Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Mujahid berbaur fitnah, kata Iksim


PETALING JAYA: Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) mendakwa kenyataan Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa tentang dapatan audit dalaman ke atas badan pemikir itu bersifat fitnah.

Iksim dalam kenyataan berkata dakwaan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di Parlimen hari ini berdasarkan dapatan pasukan audit dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang “separuh masak”.

“Menteri membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan pasukan audit dalam MAIWP yang bukan juruaudit bertauliah. Dapatan mereka masih bersifat separuh masak kerana belum dijalankan ‘exit conference’,” kata Iksim.

“Exit conference” ialah mesyuarat bertujuan menyampaikan keputusan audit kepada pihak pengurusan dan mendapatkan komen mengenai penemuan dan syor yang dicadangkan sebelum draf laporan audit dikeluarkan.

Iksim berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pasukan audit dalam terbabit dan masih menunggu “exit conference” yang ditangguhkan 3 kali oleh MAIWP.

Terdahulu, Putrajaya menyekat semua dana dan aktiviti Iksim serta merta, selepas audit mendapati wujud penyalahgunaan kuasa dan pengurusan dana yang tidak telus.

Mujahid berkata RM7.4 juta daripada RM7.6 juta yang diterima daripada MAIWP tidak direkodkan dan tiada bukti di mana ia dibelanjakan, untuk apa yang dibelanjakan, dan berapa jumlah dibelanjakan.

“RM7.4 juta dana yang dibangkitkan menteri berpunca dari prosedur kerja dan tatacara perakunan yang berbeza di antara MAIWP dan prosedur yang digunapakai oleh Iksim,” kata badan pemikir itu.

“Setiap ringgit yang diuruskan perbelanjaan oleh IKSIM mempunyai rekod terperinci dan boleh disemak dalam masa beberapa minit. Akan tetapi pasukan Audit MAIWP menganggap perbezaan itu sebagai kesilapan.”

Iksim memaklumkan mereka bukan anak syarikat MAIWP, tertakluk bawah Akta Syarikat, dan diaudit bersih sejak ditubuhkan oleh juruaudit bertauliah.

Badan pemikir itu mengingatkan kenyataan dan dakwaan oleh Mujahid itu tidak diberikan imuniti kerana ia dibuat di luar Dewan Rakyat.

“Justeru sesiapa yang memanjangkannya boleh terjebak dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Iksim ialah sebuah institut yang bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penubuhannya diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), Jakim, MAIWP dan Majlis Agama Islam Negeri.

Iksim diperbadankan pada 9 Disember 2014 dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu untuk menegakkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

MR : Fitnah kini dah biasa bagi parti AMANAH, apa nak hairannya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. 7.6 juta kemain bisingnya. 2.55 bilion untuk sebuah syarikat air buat2 pekak badak. Apa punya mangsat ni.

    BalasPadam
  2. pendedahan kepincangan itu murni tapi jangan sampai nampak motivasinya datang dari arah Guano Mung Eh yang ada di belakang yang mana kalau disapu bawah karpet, kepincangan yang berbaki masih bertimbun2.

    BalasPadam
  3. saman jee menteri bengong anjing dap ni

    BalasPadam
  4. Iksim adalah institusi Islam yang melaksanakan program dakwah Islam dan menyertai pelbagai forum untuk membela Islam dan hak umat Islam dan menghapuskan fitnah cipataan musuh Islam terhadap Islam, institusi Islam dan umat Islam.

    Maka institusi Islam seperti Iksim dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam menjadi sasaran puak munafik liberal dan puak kafir harbi untuk dilemahkan dan dihapuskan atau dimandulkan kerana Iksim, PAS dll menjadi halangan kepada usaha-usaha puak munafik untuk menyesatkan dan memurtadkan umat Islam.

    Sebagai contoh, ustaz Zamihan Mat Zin Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), ustaz Fathul Bari Mat Jahaya (UMNO) dan ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) telah membela Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang telah difitnah dan diburuk-burukkan oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat parti Islam PAS pimpinan ulama Islam, Aswaja, Iksim dan UMNO menjadi mangsa fitnah yang dicipta oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi sebelum dan selepas PRU14 !

    BalasPadam