Header Ads

ads header

Flash News

Royalti dan kongsi untung berbeza, Sarawak mahu penjelasan


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemberian royalti petroleum berdasarkan pengeluaran dengan keuntungan adalah 2 perkara berbeza dan sehubungan itu, kerajaan Sarawak mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan persekutuan.

“Kita akan mendapatkan penjelasan kerana keuntungan dengan royalti tidak sama,” katanya ringkas kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) ke-51, pagi ini.

Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa pemberian royalti 20% kepada negeri pengeluar petroleum akan dibuat berdasarkan jumlah keuntungan diperolehi daripada negeri berkenaan.

Dalam persidangan Dewan Rakyat pada Khamis, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14, termasuk pemberian royalti 20% kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.


MR : Macam nak kencing aje.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Kalau sebelum pru14 Madey cakap mcm ni mungkin Sarawak masih kekal bawah BN. Nampaknya sabah dan srwak pun akan kena belit duit minyak mereka mcm tganu dan kelantan sblm ni.

    BalasPadam
  2. Bila dengar guruh di langit.

    Air di tempayan di curahkan.

    Ajat ati nak tukar kualiti royaljelly

    Dari RJ 5% kepada RJ 20%. Pergh kaya.

    Kini hujan tak menjadi.

    Dentuman saja yang lebih.

    Ada juga yang terkena hujan asid.

    Nak kate ape... wake wake he he.

    BalasPadam
  3. Nak dpt hak negeri pun payah.. Tu la.. Ampa pecaya sgt dgn tun ni.. Yg ramai2 pi kluaq BN awai2 tu pasai apa? Hehe..

    BalasPadam