Header Ads

ads header

Flash News

Penjelasan kerajaan tak kukuh isu Pulau Batu Puteh, kata PAS


KUALA LUMPUR: PAS hari berkata penjelasan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung keputusan menggugurkan semakan semula kes Pulau Batu Puteh tidak konkrit.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim berkata, ini disebabkan wujud banyak soalan lain yang masih perlu diberikan oleh kerajaan.

Amzad turut mengemukakan 5 soalan yang perlu dijawab PH, antaranya adalah pendirian rasmi kerajaan terhadap penemuan fakta baharu pada 4 Ogos 2016 lalu.

“Kedua, mengapa tindakan menarik balik semakan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa tanpa melalui konsultasi bersama bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali.

“Ketiga, apakah kandungan pandangan bertulis kolektif yang diberikan oleh peguam-peguam antarabangsa yang dilantik sehingga menyebabkan kerajaan mengambil keputusan tersebut,” katanya pada sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, Amzad turut mengemukakan soalan, apakah rundingan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) pada 2009 yang ditugaskan bagi melaksanakan penghakiman ICJ terbabit.

“Apakah kerajaan akan merangka suatu persempadanan maritim yang jelas terhadap pertindihan wilayah perairan Baru Tengah dan Tubir Selatan yang menjadi milik Malaysia dengan Batu Puteh yang dimiliki Singapura,” katanya.

Menurut Amzad, jawapan kepada persoalan tersebut adalah penting bagi memastikan peristiwa kehilangan Pulau Batu Puteh akibat kecuaian kerajaan tidak berulang lagi.

Pada 30 Mei lalu, Malaysia dilaporkan sah menarik diri daripada semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan keputusan pada 2008 melibatkan kedaulatan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA), kementerian tersebut dimaklumkan oleh ICJ mengenai keputusan Malaysia bagi menggugurkan 2 semakan kes berhubung perkara tersebut.


MR : Kerajaan banyak kali mengadai tanah dan maruah demi mendapat sedikit bantuan dan sokongan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Kalau betul Combie bagus berTomoi, Pulau Batu Puteh adalah peluang untuk membuktikanya. Lagipun Guny Gelong kan ada untuk membantu. Kalau di anggap jaguh kampung, mana nak turuh muka, oit?

    BalasPadam
  2. Xkan malaysia d tadbir pakaturn nk teruskan kes ,rejim diktator perkauman PAP abang besar Dap yg perintah singapura.dalam pakaturn,Dap lah yg jd ketua.semua jawatan penting pun kristian dh pegang,jawatan peguam negara nk lawan kes batu putih d icj pun lantikan Dap.jd jgn harap sangat lah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Takkan Dap nak lawan Pap. Abg adek maa

      Padam
  3. Hanya KERAjaan pondan sahaja menyerahkan wilayahnya seperti Pulau Batu Puteh kepada negara asing. Tahniah kepada pengundi-pengundi pakatan kerana menang sorak , kampung tergadai.

    Kita kagum dengan negara asing yang sanggup berperang untuk melindungi wilayah mereka.

    BalasPadam