Kerja ‘bodoh’ Cuepacs
KUALA LUMPUR 2 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dpanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
"Setelah mesyuarat buat kali pertama pada tahun ini Cuepacs telah memutuskan supaya penjawat-penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.
"Secara majoritinya Kongress telah bersetuju untuk memanjangkan cadangan ini kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan serta agensi kerajaan," kata Azih dalam sidang akhbar hari ini.
Sehingga kini Tabung Harapan Malaysia telah menerima sejumlah RM132,075,418.12 dari orang perseorangan dan syarikat. Tabung tersebut bagi membiayai pembayaran hutang negara yang didakwa mencecah RM1 trilion.
Azih berkata, pihak Cuepacs berharap penjawat awam dapat menyumbang secara ikhlas.
"Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.
"Harapan dan sasaran kami adalah sebanyak RM10 juta dan hasil kutipan tersebut akan kami umumkan," kata Azih.
MR : Cuepacs sepatutnya membela penjawat awam; mendapatkan bonus atau apa-apa yang boleh membantu. Dah banyak tahun tak ada apa yang mereka buat. Nak 'bodek' bos baru cadang sumbangan TH. Sumbangan ni perkara baik, Islam galak tapi itu yang mampu mereka fikir. Selepas ini boleh cadang setiap penjawat awam bawa duit RM1 atau RM2 untuk didermakan di Masjid setiap hari dan Cuepacs bolehlah masuk dalam laporan tahunan mereka....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kalau tak bodek takut hilang jawatan
BalasPadam1. Pemakan gaji tidak ada wang masuk ikut lain. Tak sama dengan orang persatuan, ada wang masuk ikut lain.
BalasPadam2. Derma tak sepatutnya disama ratakan. Lain tahap kemampuan lainlah jumlah yang akan diderma.
Macam ni tukar nama kesatuan pekerja kepada kesatuan potong gaji.
BalasPadamKalau sumbangan ikhlas tak perlu la potong gaji. Ikut suka la orang nak bagi ka tidak. Ini dah jadi paksa rela.
BalasPadamKalau nak mengampu pun janganlah libatkan orang lain.
BalasPadamPemakan dedak krjn baru...
BalasPadamcadangan berakhir dengan paksaan harap jgn begitu
BalasPadamWalau pn tkder paksaan..tapi mesti ingat..bila pemotongan tetap..bererti ada rekord..ada rekot..boleh di salah guna menekan penjawat awam...berkaitan kenaikan dan sebagainya
BalasPadamApa nama apa namaa che det dan anak2 kan kaya raya...awat x mulakan dr mrk dulu..
BalasPadamPastu baru kroni2...pastu baru la ke rakyat jelata...
Ni tak, sebijik cam umno punya huduh perangai...semua rakyat....mampoihhhhh lagu ni...apa nama apa namaaaaa...
Apa nama apa namaa che det dan anak2 kan kaya raya...awat x mulakan dr mrk dulu..
BalasPadamPastu baru kroni2...pastu baru la ke rakyat jelata...
Ni tak, sebijik cam umno punya huduh perangai...semua rakyat....mampoihhhhh lagu ni...apa nama apa namaaaaa...
BalasPadamKesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam di wujudkan untuk membela ahli2.... Kalau macam ini keadaan lebih-lebih h baik keluar saja daripada menjadi ahli.