Header Ads

ads header

Flash News

DAP mula pertikai ‘Kabinet Mahathir’


Pemuda DAP mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengikuti senarai calon menteri yang dicadangkan kepimpinan DAP, termasuklah Anggota Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan MP Stampin Chong Chieng Jen.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh menyoal jika Dr Mahathir pada masa hadapan akan menolak setiausaha agung DAP sebagai menteri, jawatan tertinggi parti yang kini disandang Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Kini cadangan yang dikemukakan oleh DAP telah diketepikan, sekiranya Setiausaha Agung DAP juga ditolak pelantikannya atas mana-mana sebab pada satu hari nanti, adakah DAP tetap akan dipaksa menerima keputusan sebegini?" Soal Wong dalam suatu kenyataan.

Wong turut mengadu barisan kabinet tidak mencerminkan jumlah kerusi yang dimenangi DAP yang memenangi jumlah kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR.

"Tindakan Perdana Menteri adalah tidak berpatutan lantaran pengaturan senarai kabinet tersebut tidak mengikuti bilangan kerusi yang dimenangi oleh sesebuah parti untuk mengilustrasikan hasrat rakyat...

"...malah keputusan sedemikian juga tidak menghormati cadangan pimpinan parti seperjuangan," katanya.

Janji lantik Nga, Chong

Guan Eng sewaktu berkempen dalam PRU14 menjanjikan Nga dan Chong dilantik menjadi menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun, Mahathir enggan menerima Nga di dalam kerajaan sementara Chong pula dilantik sebagai timbalan menteri.

"Apabila keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan memberikan kuasa kepada YAB Perdana Menteri untuk memilih dan melantik menteri, sesungguhnya ini juga bermakna bahawa Perdana Menteri akan melantik menteri dalam kalangan senarai calon yang dikemukakan oleh parti-parti...

"... dan Perdana Menteri harus menghormati pilihan komponen parti dalam Pakatan HARAPAN supaya ia dapat membentuk sebuah kabinet yang sempurna," kata Wong yang berasal dari Perak, manakala Nga Kor Ming ialah pengerusi DAP negeri.

Wong berkata Nga dan Chong merupakan pemimpin berbakat dengan pengalaman yang banyak.

Beliau juga berkata Pemuda DAP tidak mempersoalkan pertimbangan perdana menteri dalam memilih jemaah menterinya tetapi DAP tahu kemampuan calon-calonnya dengan lebih baik.

Wong menjelaskan kritikan Pemuda DAP bukan kerana merebut jawatan menteri tetapi demi menghormati hasrat rakyat.

"DAPSY ingin menegaskan bahawa pandangan terhadap senarai kabinet yang diumumkan YAB Perdana Menteri bukan berniat untuk merebut mana-mana jawatan menteri tetapi adalah untuk menghormati hasrat rakyat serta mempertahankan maruah parti demi memastikan tidak wujudnya sistem cacat bahawa sesebuah parti terlalu berkuasa dalam Pakatan Harapan," katanya yang menegaskan keputusan patut dibuat secara persetujuan bersama.


MR : DAP pun rasa kena 'kencing' juga ke? atau strategi untuk lihat DAP macam diketepikan sedangkan DAP dapat banyak portfolio penting....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Yakjuj Makjuj ni mana pernah puas dengan harta dan kuasa!
    Perosak dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...perosak dunia tak kan pernah puas.Strategi meminta minta untuk memuaskan hati mereka kalau boleh pm pun dari dap...menunggu masa sesuai untuk berindak.Melayu dan islam telah tergadai ditanah air sendiri.

      Padam
  2. Kaum pendatang sudah besar kepala berani menghina Islam dan mempertikai kabinet sedangkan puak kafir Kristian menguasai kabinet.

    Diberi betis, puak rasis ultra kiasu sekarang menuntut paha pula. Selepas paha, apa pula?

    Siapa bodo? Pengundi Melayu jahil murakkab yang mengundi parti kafir biaDAP dan khadam-khadam sekular liberalnya.

    Puak Melayu bodo menang sorak , kampung tergadai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan komen 8:49 PG :

      Kaum asing sudah besar kepala berani menghina Islam dan mempertikai kabinet sedangkan puak kafir mendominasi kabinet.

      Padam
    2. Selepas paha dia nak tengkuk pula. Bersiap sedialah beri pada DAP wahai melayu2 yg bodoh ya.

      Padam
  3. Diorang ni siapa nak bantah cakap Mahathir

    BalasPadam
  4. kalau ikut logic memang patut dap marah sebab majority kerusi dia punya jadi tak adil pm buat begini cuma dia lupa siapa pm tu PM yg banyak idea putar belit .Harap harap jgn sampai negara tergadai

    BalasPadam
  5. diorang banyak menang kerusi parlimen pun kerana undi melayu... org melayu perlu sedar pentingnya letakkan kepentingan agama dan bangsa mengatasi kepentingan politik..

    BalasPadam
  6. dap celaka hapuskan jee parti celaka nii

    BalasPadam