Header Ads

ads header

Flash News

Zeti Aziz pun nak jadi macam Ahmad Maslan


Saya terbaca kenyataan oleh Anggota Majlis Penasihat Kerajaan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang berkata pengguna akan terus menikmati harga barangan yang lebih rendah, susulan keputusan kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) itu berkata, sehubungan itu para peruncit perlu berkongsi kebaikan itu kepada pengguna.

Zeti turut memaklumkan cukai berkadar sifar itu telah meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan rakyat. Katanya “Ia sesuatu yang baik. Ramai pengguna mengakui ekonomi semakin rancak sekarang dan ramai orang mula membelanjakan wang."

Selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Salahuddin Ayub membodohkan rakyat kononnya harga sayur dan daging turun sehingga 35 -50% ekoran pelaksanaan GST sifar sedang sayur dan dagung tak pernah kena GST kerana termaktud dalam pembentangan Bajet kini Zeti Aziz cuba membodohkan rakyat kononnya ekonomi rancak sekarang.

Memang ekonomi rancak sekarang kerana rakyat membeli untuk persiapan raya. Cuba buat kajian selepas raya nanti adakah ekonomi masih rancak. Saya hairan kenapa 'statement bodoh' terlalu banyak semenjak Pakatan Harapan ambil alih kerajaan.

Jadilah buat perkara menyakiti hati rakyat, cubalah tunai janji manifesto, turun harga minyak. Turun harga barang, pastikan rakyat menikmati kemudahan dan kesenangan yang baik daripada kerajaan UMNO/BN dulu, atau rakyat terpaksa cari penganti lain untuk 5 tahu akan datang.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Bila khidmat nasihat tak berbayar, nasihat yang diberikan tidak terikat dengan etika perkhidmatan.

    Abaikan saja atau anggap saja semua itu balasan jasa dari pihak dilantik terhadap pelantiknya.

    Lagipun ianya tiada kaitan dengan realiti bila realiti yang dilalui sesetengah golongan adalah berimpak sifar.

    BalasPadam
  2. Baik amik datuk vida dan alif shukri jd penasihat.. Blh rakyat dpt pamoga dgn krim pelebat rambut free hari2.. Haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betoi tu. Dua dua tu lebih praktikal dan pernah melalui dua situasi2 amat berguna: susah dan senang. Hehehe.

      Padam