Header Ads

ads header

Flash News

UMNO pun perli Salahuddin pasal daging, sayur turun 35-50%


 SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub kononnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sifar menyebabkan harga sayur dan daging turun antara 30 hingga 50 peratus sebagai jenaka hari raya kedua.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebelum ini Ahmad Maslan sering dijadikan bahan jenaka kerana GST. Kini giliran Salahuddin pula sehingga tidak tahu bahawa barang makanan asas seperti sayur dan daging tidak dikenakan GST? Apakah ini kualiti Menteri Pakatan Harapan?

“Tapi ada satu lagi isu yang besar. Salahuddin kata “I was told” (saya telah diberitahu).

“Soalnya siapa orangnya yang beritahu dia? Pegawai kementerian? Takkan pegawai kementerian pun tidak tahu polisi GST? Atau sebenarnya Salahuddin hanya mendengar khabar angin daripada sumber tepi jalan,” tulisnya dalam ruangan posting di Facebooknya, DrPuad Zarkashi.

Posting berkenaan mendapat 992 like dan 314 komen serta 110 perkongsian.

Mohd Puad menambah, yang pasti Salahuddin tidak turun padang dan tengok sendiri apa yang berlaku di bawah.

“Lebih buruk, jika Salahuddin sengaja mengada-adakan cerita kerana sudah terlalu biasa dengan bermain isu semasa jadi pembangkang dulu,” katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

6 ulasan:

  1. Was told dalam mimpi kot.

    BalasPadam
  2. Kualiti menteri yang sungguh rendah

    BalasPadam
  3. "Aku tak kesih semua tu, asalkan dapat keuntungan dunia, bab pahala dosa ni tolak tepi dulu"

    BalasPadam
  4. Pihak yang melantik juga ada share kalau pihak yang dilantik adalah kurang cerdik, tidak bijak, tidak cekap, kurang bersih dsbnya.

    Ini bukan tahun2 1990 yang mana rakyat tak banyak buat kritikan. Kalau adapun ia hanya di sampaikan secara bersahaja dikedai2 kopi.

    Sekarang era millenium, bukan sahaja pihak dilantik akan disergah kalau tersalah langkah waima pelantik juga akan disergah x3.

    BalasPadam
  5. Pemimpin pakatan tidak ada kerja lainkah selain dari 'kencing' rakyat?

    BalasPadam
  6. Klon Ahmad Maslan dalam PH

    BalasPadam