Header Ads

ads header

Flash News

SPR Betulkan Fakta Warta PRU-14 bagi Parlimen Kubang Kerian


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) hari ini membetulkan fakta melalui warta Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan lebihan 20,000 undi bagi kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Pembetulan dibuat melalui warta disiarkan Jabatan Peguam Negara itu secara tidak langsung mengakui wujud kesilapan dalam data dikeluarkan SPR, sekali gus mengesahkan laporan dibuat BH.

Berdasarkan pembetulan itu, jumlah 84,867 yang tertera pada warta dikeluarkan pada 28 Mei lalu disahkan bertentangan dan digantikan dengan bilangan 64,867.

Pembetulan dibuat itu berpandukan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Muka depan BH semalam melaporkan wujud lebihan 20,000 undi dalam Parlimen Kubang Kerian di Kelantan pada PRU-14, sekali gus menimbulkan persoalan kemungkinan wujud kehadiran pengundi hantu.

Menerusi warta PRU-14, kerusi Parlimen Kubang Kerian dimenangi calon PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan majoriti 11,557 undi.

Beliau yang memperoleh 35,620 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani (16,251 undi) dan calon PKR, Datuk Dr Abdul Halim Yusof (11,557 undi).

Jumlah 63,428 undi diperoleh ketiga-tiga calon itu bertepatan dengan angka baharu dikeluarkan SPR iaitu 64,867 (jumlah keseluruhan undi dikeluarkan), mengambil kira 735 kertas undi rosak dan 704 bilangan kertas undi dikeluarkan tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi. – Hmetro




Tapi malangnya cybertropper Harapan yang makan gaji untuk membuat fitnah telah menyebar fitnah untuk memburukkan PAS. Fitnah dah jadi darah daging, mungkin dia ni asal daripada UMNO dulu membesar dengan duit haram, bila tua masih lagi buat perkara berdosa tanpa rasa bersalah sedang Islam melarang perkara ini.

Sepatutnya bulan Ramadan ini dipenuhi dengan amalan mulia, tapi bagi cybertropper Harapan mereka masih lagi buat kerja jahat dan keji tanpa berasa bersalah.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

5 ulasan:

  1. Tambah satu lagi istilah: CYBERTEROMPAH

    Iaitu pengomen di laman2 maya yang mewakili sesebuah parti, badan, pakatan atau pertubuhan yang sepatutnya memberikan advantage kepada pihak 'majikan' sebaliknya komentar2 yang dipostkan telah mendatangkan kerugian dan disadvantage kepada majikan. Ibarat terompah, pemakainya tidak berasa sayang untuk berpisah dengannya lebih2 lagi bila ianya mendatangkan kesakitan pada bahagian kaki.

    BalasPadam
  2. Setuju..cyber Terompah PH ramai yang jenis cacat otak kerana otak mereka penuh dengan tahi fitnah bersumberkan berita dari kalangan yang fasiq

    BalasPadam
  3. Kebelakangan ini kelihatan usaha2 mewujudkan persepsi2 yg buruk atau negatif.. Begitu juga serangan terhadap Ydp Agong.. Malangnya, yg buat ini adalah sesama org melayu yg mengaku Islam.. Musuh sebenar bertepuk tangan.. Semoga Allah swt pelihara kita dari fitnah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka ini nak kata islam tp beramal dgn kemungkaran .nak kats kafir tapi baka islam. Istilah yg sesuai utk golongan ini agaknya MUNAFIQIN kot...

      Padam
  4. Kerja mereka adalah mencipta fitnah dan kerosakan diatas muka bumi Allah Taala ini. Kita sebagai umat islam terasa amat malu dgn golongan pencacai ini. Kita tak pasti adakah hati mereka sudah benak kerana dedak makanan haram yg dimakan kemudian diberi anak cucu makan itu puncanya yg mereka suka kpd perbuatan fitnah. Umat islam mestimenyiasat siapa golongan ini dan perlulah diadili..

    BalasPadam