Header Ads

ads header

Flash News

Setelah dilabel “Pasu Bunga” baru parti Amanah bersuara pasal JAKIM


Dah seminggu isu JAKIM menjadi bualan masyarakat apabila ada ura-ura kerajaan Harapan ingin bubar institusi agama ini.

Sebelum PRU, sudah pun timbul suara-suara lantang kelompok Islam Liberal seperti Siti Kasim yang mendesak JAKIM dimansuhkan kononnya atas sebab kewujudannya tidak berperlembagaan.

Perdana Menteri mengumumkan kewujudan JAKIM sedang dikaji semula, sama ada akan dikekalkan atau diteliti semula cara pelaksanaannya.

Katanya lagi, "Islam tidak sepatutnya digambarkan sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbang rasa, kerana itu bukan ajaran Islam sebenar."

Kedudukan JAKIM sekarang sedang dinilai oleh kumpulan ulamak yang dilantik oleh Kerajaan PH.

Beberapa persoalan timbul adakah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia itu bermaksud Religion mengikut tafsiran sekularisme Barat atau Ad Din yang sempurna sistem kehidupan mengikut acuan Islam.?

Adakah Kerajaan PH menyamaratakan kedudukan agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini dengan agama-agama lain.?

Adakah Kerajaan PH mahu menjadikan Islam sekadar simbolik urusan rasmi seperti bacaan doa dan sambut perayaan sahaja.?

Malangnya, sepanjang perdebatan isu JAKIM parti AMANAH yang kononnya parti Islam Progresif diam membisu. Apakah masih tunggu signal daripada DAP untuk bersuara pasal Islam?

Ada komen Dr. Mujahid Yusof Rawa, itu pun sekadar komen umum yang tak ada pendirian tegas soal kedudukan agamanya. Maybe nak ambil hati DAP juga.

Dulu parti AMANAH suka melabel orang yang diam tak berfungsi sebagai PASU BUNGA. Rupanya sekarang label ini terpaliti di muka sendiri. Rata-rata facebooker, netizen media sosial memanggil parti AMANAH sebagai PASU BUNGA. Malah ada juga mengatakan ulama di AMANAH sekadar ulama terompah sahaja.

Hari ini setelah terkesan dengan teguran itu, Hasanuddin Mohd Yunus Naib presiden Parti Amanah Negara merangkap anggota parlimen Hulu Langat membuat kenyataan mengakui peranan JAKIM 20 tahun di Malaysia bagi membantu syiar Islam.

Parti AMANAH juga menerima hakikat bahawa Jakim menjadi badan rujukan umat Islam di Malaysia dalam hal pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti keislaman yang rasmi bagi kerajaan pusat.

Baru parti AMANAH sedar bahawa Jakim diharapkan menjadi badan perancang dan penyelaras hal ehwal kemajuan Islam di peringkat kebangsaan yang meliputi aspek penyeragaman undang-undang dan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam, hukum syarak, pendidikan serta memastikan dasar dan perancangan pembangunan negara berkaitan agama berjalan dengan lancar.

Kini parti AMANAH tahu Jakim juga dipertanggungjawab untuk memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta penghayatan Dinul Islam melalui fungsinya menyelaras dan memberi cadangan terhadap aktiviti-aktiviti keislaman yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi memastikan tiada pertentangan antara kepentingan negara dengan Islam.

Tapi maaf Hasanuddin dan semua ahli parti AMANAH anda dah lewat. Lagi pun kenyataan awak setelah melihat partisen bantahan melebihi 50k.

Adakah kenyataan parti AMANAH ini sekadar mencari populariti hanya tuhan yang tahu. Tapi hakikatnya parti AMANAH sangat ketinggal dengan cita rasa umat Islam di Malaysia. Parti AMANAH sudah mendekati liberalisme.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

8 ulasan:

  1. Kehadapannya pan bersuara bukan kerana takutkan Allah dan tegakkan Islam tapi takutkan suara orang ramai bila mula bising. Pemimpin Islam ke tu?

    BalasPadam
  2. Emmm....agak lambat , lain kali proaktif la...jgn jadi fitnah, hampa semua 'profesional', jadi show the quality

    BalasPadam
  3. Cakap kat Medey la...untuk public buat apa

    BalasPadam
  4. Undi orang ramai adalah paling utama bagi PAN. Kalau orang ramai nak supaya Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Malaysia, PAN akan cari hujah2 untuk memenuhi permintaan ramai ini.

    BalasPadam
  5. amanah = parti pasu bunga.....

    BalasPadam
  6. hapuskan jakim elok gak pan tak payah lagi nak malu2 tikuih dgn abg besaoo dlm ph... tak gitu bang..

    BalasPadam