Header Ads

ads header

Flash News

Perogol dalam Islam akan lepas sebab tak ada 4 saksi, parti Amanah jadi “Pasu Bunga” lagi


Kalau baca sendiri quran dalam Bahasa Inggeris boleh jadi alim mujtahid, memang berat. Ayat mana tak tahu yang Tun M kata perogol dalam Islam akan lepas sebab tak ada 4 saksi. Ini dah mahakarut.

Yang perlu 4 saksi dalam kes zina manakala kes rogol termasuk jenayah yg boleh pakai saksi-saksi kurang daripada 4 orang dan bukti-bukti.

Beza kes zina dan rogol dari banyak sudut. Antara ketaranya ialah pendakwa dalam kes zina ialah pihak ke tiga yang tiada berkepentingan. Manakala kes rogol pula pendakwa ialah mangsa zina paksa yang ada kepentingan hak dalam dakwaannya.

Antara beza ketara pulak kes rogol dalam undang-undang Islam dan konvensional ialah, mangsa akan dapat pampasan Diyyat Al Budh'i (البضعي) manakala dalam kes konvensional pula mangsa tak dapat apa-apa melainkan malu. Nak dapat pampasan kena buat tuntutan berasingan.

Jadi ayat sebetulnya ialah jika mangsa yang pakai undang-undang Islam maka mereka akan dapat pampasan secara automatik manakala dalam konvensional mangsa belum tentu dapat pampasan.

Dalam kes rogol di Kedah yang pernah saya tulis satu masa dahulu, pesalah ditangkap dipenjara dan kerajaan (baca duit kita semua) yang digunakan tanggung dia dalam penjara. Mangsa 2 beradik bawah umur pula hanya mendapat malu tanpa mendapat apa2 pampasan sekalipun pesalah sudah di diputuskan bersalah.

Jika dalam islam, pesalah akan dipotong kaki dan tangan bersilang dan duit kerajaan tak habis sebab mereka tak perlu dipenjarakan. Yang lebih baik ialah mangsa akan dapat pampasan yang dikenali sebagai دية البضعي.

Jadi, penasihat agama dalam PH kena tolong bacakan Hadis juga kepada Tun M  sebab hukun hakam ni bukan Quran sahaja. Wallahaklam jika penasihat2 PH ni hanya sibuk buka hadis hentam PAS sahaja.

Wallahuaklam.

Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156655736744883&id=87363369882


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

3 ulasan:

  1. Puak liberal memang sesat lagi menyesatkan kerana mereka suka mentafsirkan Al-Qur'an dengan menggunakan akal dan logik jahil murakkab mereka sendiri dan menolak Sunnah.

    Akhirnya mereka akan mempertikai dan menolak ajaran Qur’an sendiri kerana puak liberal percaya manusia bebas melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad konon kerana manusia mempunyai hak kebebasan individu.

    Maka kita tidak terkejut melihat puak liberal bangang mempertikai Hudud konon Hudud tidak praktikal kerana ketiadaan 4 saksi maka kononnya perogol boleh terlepas dari hukuman Hudud. Inilah contoh kebangangan puak liberal.

    Jika Hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan 4 orang saksi, perogol masih boleh didakwa dan dihukum berdasarkan circumstancial evidence seperti air mani (DNA) , darah dll, cap jari dll di bawah Ta'zir.

    Sesungguhnya puak liberal telah membatalkan iman mereka sendiri ( murtad).

    Umat Islam perlu mempelajari agama Islam supaya umat Islam tidak boleh ditipu atau diperdayakan oleh puak liberal yang sesat lagi menyesatkan.

    Marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam supaya PAS boleh membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat dan negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak liberal menggunakan akal mereka yang jahil untuk mentafsir Al-Quran.

      Akibatnya puak liberal semakin sesat kerana mereka cuba memutar-belitkan ajaran Quran untuk menghalalkan kemungkaran dan kesesatan.

      Maka kita tidak terkejut melihat puak liberal membuat kenyataan bodoh berganda-ganda dalam media massa tentang Islam.

      Padam
  2. Nak belajar apapun perlukan akal. Contohnya hutang negara. Hanya akal saja dapat memahami tentang hutang negara.

    Akal yang lurus akan melihat hutang sebagai hutang, lalu dicarikan jalan penyelesaian dan dilangsaikan ikut kaedah yang lazim.

    Sementara akal yang bengkok lagi terpesong tidak melihat hutang sebagai hutang semata2. Hutang akan dilihat dari lain2 sudut dan dipolemikkan.

    Makanya akal yang ini akan memutarbelitkan fakta, menyembunyikan kedudukan sebenar dan menokok tambah apa yang tiada.

    Akal yang terakhir itu adalah akal yang ada kepentingan. Dan akal yang ini akan terus mendahului akal yang lurus.

    BalasPadam