Header Ads

ads header

Flash News

Kulasegaran sepatut cari jamal daripada cari anak bongsu Indira


IPOH: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran akan menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk mempercepatkan proses pencarian anak bongsu M Indira Gandhi yang gagal diserahkan bekas suaminya.

Kulasegaran, bekas peguam wanita itu sudah memerintahkan Muhammad Riduan Abdullah menyerahkan Prasana Diksa kepada bekas isterinya itu, selain mahkamah memerintahkan lelaki itu dahulu dikenali sebagai K Pathmanathan, ditahan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi.

“Saya akan berjumpa Fuzi tidak lama lagi untuk melihat bagaimana saya boleh mempercepatkan proses mencari anak perempuan Indira.

“Terdapat beberapa kesukaran (mencari Riduan), tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik,” katanya selepas menghadiri sambutan ulang tahun tokoh kemerdekaan Tun VT Sambanthan ke-99 hari ini.

Fuzi dalam kenyataannya pada 29 Januari lalu berkata, usaha mengesan dan menahan Riduan masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangan bukan Islam perlu memberi persetujuan bagi penukaran agama anak di bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak pasangan itu, iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki kini berusia 9, 19 dan 20 tahun.

Riduan, 47, menukar agama 4 anaknya kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi, selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan ketua polis negara menahan Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap 3 anaknya dan memerintahkan Riduan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

MR : Apabila orang Islam memberikan kuasa kepada bukan Islam tanpa berfikir secara matang dengan mengundi mereka... orang Islam sebenarnya jahil dalam politik.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Orang kafir tetap tidak akan redha terhadap agama Islam dan umat Islam walaupun umat Islam melayan orang kafir seperti VIP. Bahkan bila orang kafir diberi betis, mereka akan menuntut paha kita pula.

    Selepas paha apa pula? Ini menunjukkan orang-orang kafir tidak pernah menghargai kebaikan umat Islam yang membenarkan mereka menjadi rakyat di negara ini.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."
    (Al-Baqarah 2:120)

    Hanya umat Islam yang naif, bodoh sombong dan jahil murakkab sahaja yang mengundi calon-calon kafir menjadi pemimpin politik mereka. Bahkan sebilangan orang Melayu yang jahil telah mengundi calon-calon kafir yang telah secara terang-terangan menentang Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Nampaknya umat Islam yang bodoh sombong dan jahil murakkab ini telah lupa tentang 'Ahok Jakarta' yang telah diundi oleh umat Islam Jakarta menjadi gabenur Jakarta dan akhirnya si Ahok ini menggunakan kuasa gabenurnya untuk menghina agama Islam dan menindas umat Islam dan merobohkan masjid dan surau di Jakarta.

    Apabila MP kafir lebih ramai dari MP Melayu dalam rejim pakatan, puak kafir berkuasa untuk menentukan dasar rejim pakatan dan pemimpin Melayu terpaksa mengikut telunjuk mereka.

    Akibatnya puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sekarang menjadi semakin berani melakukan provokasi terbuka dan biadap terhadap agama Islam dan umat Islam .Akhirnya agama Islam dan umat Islam juga yang rugi kerana ditindas oleh oleh puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi.

    Allah telah berfirman yang bermaksud:

    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" (An-Nisaa' : 144.)

    Dan sekarang kita semua boleh melihat puak minoriti kafir dan puak munafik sudah mula berani menghina ajaran Islam, ulama Islam, Agong, institusi Islam dan umat Islam sebaik sahaja rejim pakatan berkuasa dan menafikan hak umat Islam.

    Orang-orang yang telah mengundi pakatan akan menanggung dosa besar setiap kali rejim pakatan melakukan kezaliman ke atas agama Islam dan umat Islam.

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga."
    (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    BalasPadam