Header Ads

ads header

Flash News

Kenapa memilih jalan menipu?


Maaflah. Kita bukannya cemburu atau dengki. Tapi kesian melihat rakyat Malaysia saban hari ditipu hidup-hidup oleh mereka yang hipokrit.

Sebelum ini, ketika mereka terjerat dalam isu "Bersalaman dengan bukan mahram". Mereka dengan segera mendelete foto-foto tersebut untuk menjaga reputasi dan kredibiliti pemimpin Islam rahmatan lil 'alamin mereka.

Dikala juak-juak mereka terus mempertahankan isu itu dengan beralasankan khilaf ulamak. Dan ada pula yang begitu ghairah mengupload foto Syeikh Al-Qaradhawi dan Syeikhul Azhar hafizahumallah untuk mengalihkan perhatian. Ya sudah, rakyat pun tahu tentang itu. Tapi anehnya jika ia tidak bersalah, mengapa didelete foto-foto itu? Setelah tahu kemarahan dan kekecewaan rakyat, mereka segera delete. Ini namanya politik hipokrit nak selamatkan diri.

Sebelum ini juga, mereka juga berhempas pulas mendelete ucapan dan janji-janji piliharaya yang mereka telah catitkan sendiri di dalam akaun-akaun FB mereka. Terutama janji-janji seperti :
1) HARI INI KITA (Pakatan Harapan) MENANG, ESOK KITA HAPUSKAN TOL.

2) HARI INI KITA (Pakatan Harapan) MENANG, ESOK KITA TURUNKAN HARGA MINYAK.

Malah, dengan angkuhnya mereka berkata : SILA TUNTUT JANJI KAMI SELEPAS PAKATAN HARAPAN MENANG!
Bila sudah menang, mengapa tergesa-gesa delete kenyataan tersebut? Ini namanya politik hipokrit nak selamatkan diri.

Allah....Macamanalah nak berkat..?

Dua janji besar inilah yang telah berjaya memancing undi rakyat Malaysia. Kita bukan tak terima kemenangan mereka itu. Mereka memang bijak menipudaya rakyat. Status ini pun bukan ditujukan untuk mereka. Tapi untuk rakyat Malaysia.

Jadilah rakyat yang bijaksini dan bijaksana. Tidak mudah terpedaya dengan sebarang tipudaya politik murahan.

Terkini, ketika mereka tersepit dengan makar yang telah mereka cipta sendiri, mereka mengambil jalan meraih simpati pula dengan memperdaya rakyat Malaysia yang memang berjiwa mudah bersimpati apabila melihat orang yang menangis.

Dengan modus operandi mencipta persepsi kesedihan, mereka berjaya menipu ummat hingga turut sama simpati, bersedih dan rasa ingin membantu dan akhirnya hilang (lupa) segala kebejatan dan ketersepitan politik mereka saat ini.

Sebagai contoh terbaru, telah tersebar satu post dengan satu gambar PM ke-7 yang dikatakan bersedih dan hiba dengan hutang negara. Post ini mendapat hampir 60 ribu lebih share. Rata-rata komen menyatakan rasa simpati dan sanggup membantu.

Rujuk link ini untuk kisah TERSEBUThttps://www.facebook.com/InspirasikuMahathir/posts/2135577063392202

TAPI ADAKAH CERITA ITU BENAR? TIDAK ! TIDAK BENAR !

Yang benar hanyalah projek penipuan politik itu telah berjaya mengubah persepsi rakyat daripada ingin menuntut segala janji-janji manis pilihanraya lalu kepada merasa simpati, lalu timbul rasa tak sampai hati nak bertanya tentang janji menghapuskan TOL, janji menurunkan harga minyak dan lain-lain.

Ya Allah....Sampai bila ya rakyat Malaysia ini ingin menjadi mangsa?

Tahukah anda gambar yang digunakan dalam kisah ini adalah gambar ketika Tun M ditemubual oleh sebuah stesen TV Indonesia pada tahun 2016 yang lalu.

Tun M bersedih kerana terkenangkan Allahyarham Suharto bekas Presiden Indonesia. Tiada kena mengena langsung dengan hutang negara ini.

Kesedihan beliau itu memang wajar. Kita juga pasti akan bersedih seperti beliau apabila mengenangkan saat sahabat baik kita meninggal dunia.

Namun penggunaan gambar yang tidak benar demi menyedapkan cerita dan memancing emosi seperti ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Inilah antara bentuk politik murahan yang akan membinasakan negara dan bangsa.

Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, jadikanlah PUASA anda sebagai puasa yang menghasilkan TAQWA. Taqwa ialah menurut perintah Allah dan meninggalkan apa yang Allah larang. Jika anda ingin berpolitik, berpolitiklah sesuai dengan syari'at dan perintah Allah. Tinggalkan sebarang bentuk politik hipokrit yang dilarang oleh syari'at.

Ya Allah...Selamatkan Kami Dan Anak Bangsa Kami Ya Robb.. 🤔

TengkuEdi
BITCLUB NETWORK MINING BTC

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

14 ulasan:

  1. Fitnah dan menipu telah menjadi budaya dan imej bagi BN 2.0 sebelum Pru14 lagi. Saya berkeyakinan mereka hanya bertahan sepenggal saja. Lepas itu mereka akan terjun laut.

    BalasPadam
  2. Fitnah dan Menipu jadi budaya itu adalah strategi sekular sejak dulukala... masalahnya bagaimana PAS mendepani masalah ini? Semua manifesto PAS realistik dan paling BAGUS berbanding PH & UMNO yang mana manifesto hya sekadar janji... akta berita palsupun bakal dihapuskan, mungkin fitnah ni makanan ruji mereka dimana mereka akan mati klu x mkn. PAS x boleh lagi menguasai pengundi melalui ceramah2 kerana trend anak muda lepak kedai2 kopi dari awal malam hingga ke pagi ditemani gajet masa kini. Jika PAS x dpt menguasai media sosial sebaiknya... FITNAH DAN PERSEPSI tetap SELANGKAH di hadapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually bila rakyat Mula berjinak2 dengan social media. Anak2 muda PAS mendahului.

      Tetapi yang PAS tak dapat atasi PH ialah dalam teknik membuat fitnah dan mereka cipta bukti palsu.

      Yang tu , memang PAS x dapat Lawan dan takkan usaha Untuk Lawan. Sebab PAS takut Allah murka. Insha Allah, PAS yakin , bila tiba masa Allah nak bagi kuasa, Allah akan bagi kuasa. Kempen dan usaha Untuk menang mesti berpandukan wahyu Allah. Fitnah dan tipu , reka bukti palsu tidak sekali2. Ia bukan sahaja akan makan diri. Malah akan menghancurkan negara yang dicintai.

      Padam
    2. Betoi didie saya sokong hang... adab sopan halal haram tidak boleh dpandang ringan... BPMS

      Padam
  3. ‘Janji 100 hari tak dapat ditunaikan kerana kerosakan BN sangat teruk’

    1. Kalau tak teruk buat apa masuk pru nak tukar kerajaan, lalu janji manifesto 100 hari!

    2. Rome tidak dibina dalam sehari, betul. Begitu juga kerosakan tidak berlaku dalam sehari. Ketika tumbang umno ianya umpama barah tahap 4. Siapa pengemudi ketika tahap 2 dan 3??

    3. Pengundi bn dan ph perlu sedia jawapan depan Allah atas dakwaan redha dengan perundangan yg tidak bersumberkan Al Quran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terang lagi bersuluh dlm ph ramai2 yg dok ada wa tak nampak sorang pon yg betoi2 ada tokoh or ciri2 sebagai pemimpin yg boleh wa kagumi.... selain madey n anuar.. yg lain... m.o.d?... tah laa..

      Padam
  4. aku wakil pengundi 5 juta memang suka kena tipu dan lahir ke dunia untuk ditipu dan diperkudakan, apa yg ko kisah.hahaha

    BalasPadam
  5. Bukan semua rakyat rela ditipu yang rela cuma anak ank muda melayu k pop dan anak 2 muda kafirun ada agenda melihat kejatuhan melayu islam di tanah Melayu sendiri.sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. YG X RELA DITIPU hanya 2 juta termasuk aku.alhamdullilah

      Padam
  6. Hadoi..

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sunyi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesama kita
    Hilang maruah di arus zaman

    BalasPadam
  7. PAS mungkin bertahan sepenggal di Trengganu kerana tiada pemimpin yg berpengalaman mnjalankan urus tadbir negeri yang mampan. PAS terdesak meminta bantuan pusat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu pekara yg sama dikatakan kpd ATGNA, cuma bertahan 30 hari, sampai skg PAS masih tadbir Kltn dgn 99% performance.

      Padam