Header Ads

ads header

Flash News

Jari oh Jari...


Tidak kusangka jariku ini sendiri membuat 1 kesilapan yang menjadi punca diriku hilang mata pencarian..

Masih ku ingat, bagaimana ku berkempen untuk sesuatu yang sebenarnya membawa musibah pada diriku sendiri...

"Ayah kena undi ph! Bn tu dah berapa lama perintah negara? 60 tahun ayah.. 60 tahun, kita dah patut tukar! Kita tukar ayah!..

"Air pun kalau bertakung lama mesti jadi keruh, air pun kena bagi mengalir, tukar-tukar airnya, barulah jernih, inikan pula kerajaan... kalau dibiar terlalu lama tak tukar-tukar, mestilah jadi busuk, rasuah sana sini"

Ayahku hanya menjawap "hmmmm..."

Wajahnya nampak berkerut, macam ada sesuatu yang Ayahku tidak setuju..

Tiba-tiba ayahku bersuara "Ayah kalau nak tukar pun ayah berani bagi pada PAS sahaja, tak berani ayah bagi pada PH, dengan orang tua itu dan parti kiasu itu dalam PH, tak berani ayah nak bagi negara pada PH"

Masih terbayang-terbayang bagaimana aku membalas kata-kata ayahku itu .. terasa malu diriku bila mengenangnya..

"Eeee, ayah tak tahu ke PAS dah gabung dengan BN ayah? Tadi di Masjid, masa jamuan selepas kuliah maghrib pun Tok Ketua cakap macamtu.. "

"Ye? Tok cakap macamtu? Hmmm, tidak patut tok ketua sebar fitnah macamtu, ni, ayahni orang umno, ayah bagitahu benda tu fitnah ja, mana ada gabung? Kalau dah gabung buat apa kita letak calon lain-lain2? Pondok panas pru lain-lain? Kalau dah bergabung patutnya umno pas pakai logo BN sahajalah.. tapi ini tengok, orang PAS pasang bendera mereka, orang BN pasang bendera mereka sendiri.."

"Tu lah ayah, ayah tak tahu... semua orang dah tahu dah mereka bergabung, di surau orang cerita benda sama, di masjid pun orang cerita PAS gabung BN, di Facebook, Twitter semua pun orang cerita macamtu.. orang kata kalau undi PAS BN akan menang lagi.. ayah, Ayah undilah PH" ku masih cuba menegakkan benang yang basah pada ketika itu..

"Itulah yang Cikgu Muhammadi Ketua Cawangan PAS kampung kita bagitau ayah semalam, banyak fitnah PAS gabung BN yang disebarkan sekarang ni, masa berbual tu dia bagitahu, sedih dia...berulang kali dia menerangkan pun orang kampung masih ada yang percaya dengan fitnah itu.. itu katanya" balas ayahku.

"Tapi..." baru aku mahu membalas, tiba-tiba ayahku memotong percakapan aku.

"Ayah pun tak suka umno, jadi ayah akan pilih PAS, ayah percaya dengan agama macam-macam masalah boleh selesai, ayah tak percaya PH yang sistemnya sama macam umno, apa orang kata... ahhh.. apa nama...apa nama.. yang asingkan agama dari politik tu..? Cikgu muhammadi kata sekular.. ah ya, sekukar, kalau sistem sama sekukar nanti PH pun sama zalim macam BN nanti.. ok, ayah nak pi mandi.. nak bersiap ke masjid dah dekat nak maghrib ni.."

Pada masa itu aku hampa kerana tak berjaya mempengaruhi ayahku untuk undi PH..
.
Selepas habis cuti peristiwa selepas pru, aku pun balik ke Putrajaya. Bersemangat rasanya mahu bertugas di bawah kerajaan yang baru..

Keesokan nya, pagi-pagi lagi aku masuk ke pejabat.. baru sahaja melangkah kaki masuk ke pejabat, ku lihat semua wajah rakan-rakan sekerjaku muram durjana, aku pun menjadi pelik..?

Aik? Bukankah rakan-rakan sekerjaku ini semua menyokong PH, patutnya bergembira atas kemenangan PH.. ini kenapa pula semua muram sahaja?

Aku dekati rakan rapatku, tiba-tiba dia tanya aku "Fiz.. ko dah tau ke fiz?..

"Tahu apa bro?belum lagi..kenapa?

Ketika itulah baru ku dapat tahu satu berita yang meluluhkan jantung ku.. ku amat terkejut dengan berita yang didengari.. ku terus melangkah keluar dari pejabatku dan duduk di restoran berhadapan pejabatku..

Masih terngiang-ngiang di telingaku..

"Bos baru bagitahu tadi, kita semua kena buang kerja, petang ni juga bos suruh kenas barang keluar dari pejabat.."

Jari ohh jari... apa yang sudah engkau buat pada 9 mei 2018? Apa yang engkau lakukan wahai jari.? Kenapa engkau dengan jari engkau sendiri membuat kezaliman pada diri engkau sendiri?

Sedangku bermonolog sendirian, baru ku tersedar ada 1akhbar di atas meja ku. Berita hairan.. Putrajaya:PH buang 17K Penjawat Awam. Kuala Terengganu: PAS kekal 400 pengawai Pembangunan Darul Iman.

Allahu..

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

7 ulasan:

  1. Itulah. Pilih Islam. Cari akhirat dan dunia akan ikut. Apa apa hal pun pilih lah Islam. Islam dah merangkumi semua dalam kehidupan manusia. Tengok dengan mata hati Bashiroh bukan dengan mata zahir sahaja. Negara kita dijajah 446 tahun bukan sebab tanahnyantapi sebab Islamnya Nusantara ni. Zaman ni ramai pula orang nak bagi sukarela dijajah.

    BalasPadam
  2. Sedih baca tapi memang ramai yang jadi punah harapan dgn PH.Ramai kakitangan kerajaan menyokong PH makcik makcik dan pakcik pakcik penyokong PH bukan main rancak disetiap group whatsap tapi sekarang bila PH dah dapat Putrajaya mereka mula senyap sudah hilang kegembiran dimana segala manifesto hanya janji palsu untuk menang.

    BalasPadam
  3. Dah menang..heboh kt media tv..suratkabar kata kerajaan hampir bangkrap..hutang sampai 1 trilion. Tapi isu utama hanya nak cari alasan supaya tak tunaikan janji manifesto. Setiap yg menang kena la bersedia dan ada perancangan, pandai berjanji tapi kaedah nk tunaikan janji tiada.

    BalasPadam
  4. kan dah beratus kali dipesan...dlm Al Quran pun dah ada...
    sesapa yng kufur nikmat Allah cabutlah..
    sesapa yng tahu bersyukur Allah tambah..nikmat
    ni bukan pasal pilih PAs or Bn ni pasal
    suka dgar janji2 melangit pihak PH laknatullah tu...dah terang lg bersuluh mereka tu Big Taikonya DAP
    Dap yng agamanya kristian evangelist lebih kurang mcm yahudi..
    Dap yng berperangai mcm anai2 senyap ingin menukar agama persekutuan Islam kepada Kristian
    Dap yng membenarkan semua anasir lgbt..pluralisme..bersarang di Tanah Melayu ni...
    Now usaha mereka dah berjaya...
    Apa yng kita perlu buat...berdoa berdoa berdoa...Allah lindungi Malaysia
    selain itu kita mohon pada Agung dan raja2 melayu...kekal 7 wasiat.sultan sultan Melayu
    kita dah tak boleh percaya pada PM..Semakin hari semakin mengarut dia memerintah...mcm diugut....pula. siap ada skrip..
    so..sekarang orang Melayu dan Islam tak kira apa bangsa kita bangkit sekiranya Islam dan hak istimewa orang Melayu nak dirampas jgn risau Agung orang yang berilmu...

    BalasPadam
  5. ini semua fitnah. mana ada kuar dlm tv/akhbar. rakyat malaysia hepi jer, GST SIFAR DUIT RAYA dapat AG pun rakyat malaysia, JAKIM nk di reform kemudian di kuburkan. bantulah bangunkanMALAYSIA MALAYSIAN . baru tahu langit tinggi rendah.

    BalasPadam
  6. Cerita benar ker ni...mmg btul.ker ada akhbar berita 17k kna buang tu..mohon.share

    BalasPadam
  7. ISLAM bila diletak pada tempatnya inshaa Allah selamat dunia akhirat... Bacalah 10 ayat pertama dan terakhir Al Kahfi inshaa Allah dihindari dari fitnah dunia dan akhirat

    BalasPadam