Header Ads

ads header

Flash News

Calon Speaker DUN Kedah dikenal pasti kata Mukhriz


PUTRAJAYA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, isu pelantikan Speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan pada 4 Julai depan.

“Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.

“Calon Speaker adalah daripada PKR manakala Timbalan Speaker pula daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bekata, ia ‘terkawal, aman damai seperti biasa’. - Bernama 


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

2 ulasan:

  1. Pakatan tidak layak menubuhkan kerajaan negeri di Kedah kerana pakatan tidak mendapat kemenangan simple majoriti kerana pakatan (terdiri dari beberapa parti) 18 vs PAS dan UMNO 18 kerusi.

    Sepatutnya pakatan menerima cadangan PAS iaitu kerajaan campuran atau mengadakan PRN di Kedah untuk menyesesaikan krisis politik ini. Rakyat sudah pasti akan menolak pakatan selepas rakyat menyaksikan bagaimana pakatan menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu.

    Pakatan ada beranikah?

    BalasPadam
  2. PH x konfiden menang wlupn dah kuasai persekutuan..elok bubar & buat pru negeri..klu pas kalah pn tkpa asalkan pas istiqomah berjuang utk islam

    BalasPadam