Header Ads

ads header

Flash News

Bahaya Besar Persempadanan Semula Berupaya Melumpuhkan Islam


Saya sedang berusaha utk menyedarkan rakyat Malaysia, khususnya penyokong PAS berkenaan Persempadanan Semula yg akan dilakukan oleh PH sekiranya mereka menang Pru15 ini.

Konsep yang kemungkinan besar akan dilakukan oleh PH ialah "One Vote One Value".

Iaitu satu undi di kawasan luar bandar mempunyai nilai yg sama dengan satu undi di kawasan bandar besar.

Buat masa sekarang Satu Undi di Kawasan Parlimen Melayu mempunyai hampir Tiga Kali Ganda NILAi berbanding undi di kawasan majoriti Cina.

Sebagai contoh di Selangor:
Jumlah pengundi Parlimen Sabak Bernam ialah 40,863
Manakala jumlah pengundi di Petaling Jaya ialah 140,920 iaitu nisbah 3.5.

Dalam erti kata lain satu undi di Sabak Bernam bernilai 3.5 daripada satu undi di Petaling Jaya.

Melalui konsep 1 vote 1 value ini, Petaling Jaya patut dipecahkan kepada 3 Parlimen.

Ini akan menambah kawasan majoriti bukan Islam.

Konsep melebihkan Nilai Undi di kawasan luar bandar melebihi kawasan bandar, bukan sahaja diamalkan di Malaysia, bahkan juga diamalkan di Amerika Syarikat di mana kawasan kurang penduduk seperti Texas, nilai undi melebihi nilai kawasan penduduk padat.

Oleh kerana itu, PH mestilah dihalang daripada memenangi Pru15. Parti-parti berasaskan Melayu Islam mesti bersatu, kerana hanya itu sahaja satu satunya jalan yang boleh menghalang PH dari memenangi pru15.

Sekiranya seseorang itu lebih takutkan UG daripada bahaya Persempadanan Semula, maka saya amat yakin bahawa dia itu adalah samada penyokong PH ataupun Geng Mesra PH.

Dr Ishak IbrahimPenganalisis Politik


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

10 ulasan:

  1. Gerakan baju hijau dan merah bagi menentang democrazy anjuran PH harus memulakan gerak kerja. Jangan berlengah dan jangan tunggu nasi jadi bubur.

    BalasPadam
  2. Umat Islam mulai hari ini perlu berdoa pagi petang siang dan malam supaya pakatan harbi ini dapat ditumbangkan insyaAllah

    BalasPadam
  3. Selagi penduduk majoriti bandar fanatik kepada satu parti sahaja, selagi itu usaha penyatuan nasional akan jadi indah khabar dari rupa.

    Sekarang ini, gabungan 95% undi FANATIK dan 30 % undi Melayu sudah boleh mentadbir Putrajaya.

    Kalau satu kepala satu undi disekatakan keseluruh pelosok, gabungan 99% undi FANATIK dan 20% undi Melayu sudah memadai untuk mentadbir Putrajaya.

    This should be treated as a wake up call oleh semua pihak yang sayangkan Tanah Melayu.

    BalasPadam
  4. Penduduk bandar hnya memerhati & undi dlm senyap..x nmpk kepartian..lebih mementingkn isu ekonomi tp masih berwaspada dgn hak istimewa melayu..sy rasa bangsa melayu di bandar muak dgn najib ttg isu rm2.6bilion , 1mdb, china

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan sekarang bangsa melayu di bandar telah mula muak dan meloya dengan pakatan lidah biawak dan semua janji palsu pakatan.

      Padam
  5. Ini hal yang hampir pasti berlaku seandainya PH masih menguasai kerajaan selepas pru15. Usaha Dan gerakkerja Melayu Islam perlu dilakukan dari sekarang..

    BalasPadam
  6. Berpegang teguhlah dengan tali agama Allah dan janganlah berpecah belah....

    Undilah PAS

    BalasPadam
  7. semoga kepimpinan pas mengambil berat kemungkinan isu2 ini akan terjadi..

    BalasPadam
  8. Petugas pas harus bekerja keras setiap bgi kemenangan pru15

    BalasPadam