Header Ads

ads header

Flash News

Anwar yakin Tun Mahathir tak 'mainkan' dia lagi


SHAH ALAM: Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui gusar dan risau sama ada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempermainkannya sekali lagi.

Dalam sesi Terus Terang bersama Invoke Malaysia, hari ini beliau berkata, perkara itu mungkin 'cakap-cakap kosong' kerana keadaan sudah berubah.

“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘main’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi  saya kata keadaan dah berubah.

“Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan ada hikmah beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika peralihan kuasa sedang berjalan.

Menurutnya, sekiranya Tun Dr Mahathir berjaya dalam program peralihan kuasa ia akan menguntungkan beliau juga kerana tugas melakukan peralihan kerajaan sangat berat untuk dipikul.

“Kalau Tun Mahathir berhasil dalam program peralihan ini ia menguntungkan saya juga kerana adalah menjadi kepentingan saya untuk melihat kerajaan ini dikendalikan dengan baik, ia membawa perubahan penting kepada saya.

“Saya ada sebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga kawan-kawan rapat, bahawa  ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana perdana menteri dalam era ini tugasnya sangat mencabar sebab terpaksa bertempur atau menghadapi kekuatan lama, rasuah besar dan perlu membetulkan seluruh sistem,” katanya.

Beliau berkata, seluruh sistem negara perlu dibaiki bermula daripada pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua sistem lain perlu diubah.

“Nak tukar dan pilih orang, itu tugas Tun Dr Mahathir. Tapi kadang-kadang ada satu, dua nama yang kita tidak setuju.. tunggulah, tak mengapa bagilah laluan kepada beliau,” ujarnya.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

17 ulasan:

  1. MAHATHIR...
    Mahathir 2tahun
    Anwar/Amin 3 tahun
    Hadi... jeng jeng jeng

    BalasPadam
    Balasan
    1. anwar telah tamat tempoh, cukup dgn round malaysia dgn royanan falsafah palsunya. tun mahathir sedang menyiapkan azmin dan maszlee untuk memimpin negara selepas nya..

      Padam
  2. utk komform yg tuan betoi2 selamat tak lebam ati pulak prk kan segera ppauh dgn kadar segera.. seelok2nya sebelum habih posa nam..nampak ganas statement ni but to ensure it must be done...

    BalasPadam
  3. kita lihat siapa yg kena

    BalasPadam
  4. ckp tu kena berlapik klau tak ke dalm balik... maklumlah yng berkuasa sekarang kan Atok Platinum..tp dlm hati hanya Allah jer yng tahu kannnn...Anwar..mcm tak biasa berlakon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya bang non dah tention dengan atok tua n d gang tapi rafizi ada utk menyalak.azmin berdiam diri tunggu dan lihat.

      Padam
    2. itulah realiti politik hari ini. apakah tun det pertaruhkan azmin sebagai benteng penahan abang non dari merebut jawatan pm?

      Padam
  5. Sejarah telah menunjukkan TDM sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

    Kita bimbang orang yang mengharapkan jawatan PM akan kecewa.

    Untuk menentukan Anuar menjadi PM, PKR perlu bersekutu dengan BN dan PAS untuk membentuk kerajaan baharu di negara ini.

    Rakyat sudah pasti menyokong langkah ini kerana rejim pakatan telah gagal menunaikan semua janji. Rejim pakatan juga bersikap pro-sekular liberal- kafir harbi dan menafikan hak agama Islam dan umat Islam.

    BalasPadam
  6. PAS nak ke? Time susah ni la nak gunakan PAS... bila dah kuat... pangggg... melingkop la PAS lg sekali... kui kui kui

    BalasPadam
  7. Nak tukar dan pilih orang, itu tugas Tun Dr Mahathir. Tapi kadang-kadang ada satu, dua nama yang kita tidak setuju.. tunggulah, tak mengapa bagilah laluan kepada beliau,” ujarnya.
    bila dah dapat pilihan atok takut takut bye bye

    BalasPadam
  8. Tak sabar rasanya nak tunggu Anuar naik jadi PM ...
    Pasti akan lebih bagus dari yang lain-lain .. :-)

    BalasPadam
  9. Tun M ni dengan siapa dia tak bergaduh, seingat saya hanya dengan Tun Razak sahaja, dengan lain PM dah TPM semuanya dia bergaduh hanya Anwar sahaja yang kena teruk. Itupun ada hati lagi percaya lahabau ni.

    BalasPadam