Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar UMNO


SELEPAS ahli parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar parti, kini tiba pula giliran Ahli Parlimen Bukit Gantang mengikut jejak langkah.

Keputusan mengejut dari Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu diadakan menerusi satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Perak Today.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan kekecewaaan berhubung keputusan pemilihan sayap UMNO pada minggu lalu.

“Kekecewaan ini menbuatkan saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Ketua UMNO bahagian bukit gantang dan menyerahkan pimpinan kepada timbalan saya, saudara Kamaruddin Abu Bakar.

“Saya akan memberikan tumpuan kepada tugas saya sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat dan memberikan perkhidmatan terbaik tanpa ada ganguan politik UMNO.

“Dan dengan itu saya mengumumkan, saya keluar dari UMNO dan BN dan menjadi ahli parlimen bebas,” katanya.

Ini sekaligus menjadikan jumlah terkini ahli Parlimen Persekutuan bagi parti utama dalam Barisan Nasional (BN) menurun kepada 52 kerusi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, Syed Abu Hussin menang di Bukit Gantang dengan mengalahkan calon PPBM, Datuk Khadri Khalid dan calon PAS, Idris Ahmad. – MYNEWSHUB.CC




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Pemimpin bacul namanya. Bagusnya ko keluar parti tu disusuli dgn letak jawatan ahl parlimen. Sbb ko bertanding pengundi pilih ko atas tiket BN/UMNO. Eloknya bila ko dah keluar UMNO, letak jwtn sekali AP dan buat PRK dan ko masuk la bertanding atas parti apa ko nak.

    BalasPadam
  2. semua ini angkara politik baru

    BalasPadam
  3. Ibarat insan yang meninggalkan tanggungjawab terhadap induk2nya tetapi mendakwa akan melaksanakan kerja2 ofis dengan penuh dedikasi.

    BalasPadam
  4. Mp bacul takut karung kurang. Semua politik duit.

    BalasPadam
  5. Rasanya nam dia ni Said bukan Syed. Duduk kpg Benggali Taiping, Pakatan pun dah buat isu pasal dia sebelum PRU14 pasal dia ni bukan melayu.Cuba siasat mak bapak dia bukan melayu ka? Hati2 dgn dia ni Umno lega lalang ni keluar Pakatan jgn cari masalah ambil dia masuk pakatan.

    BalasPadam
  6. ph patot amek dia ni,berani mati demi menegakkan kebenaran......

    BalasPadam
  7. Bila dedak cap dacing sudah tiada, sebilangan pemimpin dacing menjadi katak puru melompat sana sini mencari dedak baru dan pertuanan roket.

    Abang besar biaDAP ketawa tergolek-golek melihat pemimpin Melayu terjun kapal berenang ke roket merah untuk mendapat seguni dedak cap roket.

    Sepatutnya mereka melompat masuk parti Islam PAS dan berjuang menegakkan Islam dan mengharapkan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  8. Kalau nk keluar tu ada je alasan. Jgn jd mcm PAN sudah, dh keluar lps tu memburuk2 kan parti lama. Lu dah keluar senyap sajala.

    BalasPadam