Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan Menteri DAP sahkan 'Team DAP' ubah subjek sejarah sekolah rendah


PETALING JAYA – Satu jawatankuasa membabitkan pakar mata pelajaran Sejarah dalam Kementerian Pendidikan bersetuju bahawa subjek Sejarah sekolah rendah meliputi terlalu banyak unsur subjek lain.

Berikutan daripadanya, jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk menilai semula dan mengubah kandungannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian telah mengaturkan pertemuan antara wakil pertubuhan Cina untuk bertemu jawatankuasa itu serta pihak berkepentingan lain.

“Pertemuan diadakan pada 25 September dalam keadaan yang baik,” katanya kepada Sinchew Daily.

Jelasnya, Bahagian Buku Teks sejak 2014 telah mengadakan lapan bengkel berhubung cadangan pertubuhan Cina untuk menambah baik buku teks sekolah rendah.

Pembetulan juga dilakukan ke atas kesilapan penterjemahan dan masalah teknikal yang lain.

Menurut Sinchew Daily, cadangan 10 pertubuhan Cina mengenai buku teks Sejarah termasuk memasukkan kandungan mengenai pengaruh budaya India dalam kerajaan-kerajaan Melayu apabila membincangkan topik kerajaan Melayu awal dalam buku teks tahun empat.

Untuk buku teks tahun lima pula, tema sistem beraja dicadangkan ditukar kepada sistem beraja dan raja berperlembagaan; tema Islam ditukar kepada Islam serta agama dan kepercayaan utama yang lain; tema bahasa Melayu ditukar bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda kaum.

Kandungan mengenai penentangan penjajahan dicadangkan ditambah kandungan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan bagaimana pejuang pelbagai kaum menentang Jepun.

Kandungan mengenai pencapaian bidang sukan dan ekonomi dalam buku teks tahun enam pula dicadang supaya dimansuhkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan mata pelajaran Sejarah. – MalaysiaGazette

Sumber http://sabahkini2.com


MR :  Cara DAP hampir sama cara penjajah Inggeris hilang sejarah penting dan tokok tambah secara 'hancing'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Macam Singapore sikit demi sikit sejarah diubah.

    BalasPadam
  2. Mereka mencanangkan Malaysia Baru, tapi sebenarnya gerakan menuju kpd dasar Malaysian Malaysia

    BalasPadam
  3. Bodoh punya kementerian Pendidikan. Perubahan sejarah berunsur politik. Sepatutnya rujuk lah kepada pakar sejarah di Institusi pengajian tinggi. Kenapa rujuk team DAP yang terang terang jadi pengkhianat ilmu dan pengkhianat bangsa dan tanah air. Another Stupidity Of Pakatan Harapan

    BalasPadam
  4. Halo Bloggnya Bagus ya Kunjungi Juga Yuk Blog Aku Ada Berita Terkini Dan Banyak Loh
    Berita Terkini
    InfoYaYa
    Info YaYa
    Berita Kesehatan
    Fashion Terupdate

    BalasPadam