Header Ads

ads header

Flash News

Tuan Ibrahim soal PH: Mana 4 lagi kenderaan kerajaan?


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa sebanyak lima buah kenderaan milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dipinjamkan kepada seorang timbalan menteri untuk digunakan dalam program bersama Orang Asli.

Memandangkan salah satu daripada kenderaan itu telah didapati digunakan untuk kempen Pakatan Harapan (PH), beliau mempersoalkan sama ada empat lagi turut digunakan untuk tujuan itu.

"Difahamkan sebanyak 5 buah kenderaan Jabatan Hutan Negeri Pahang telah dipinjamkan ke pada Timbalan Menteri itu atas kapasiti jawatan melalui satu surat arahan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri untuk tujuan membuat program Ramah Mesra bersama Orang Asli.

"Setakat ini hanya sebuah kenderaan ditemui digunakan untuk berkempen. Di manakah 4 lagi buah kenderaan yang dipinjam?" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Pahang Sallehuddin Ishak mengesahkan ada meminjamkan kenderaan itu untuk tujuan rasmi timbalan menteri tersebut dan mengarahkan agar ia dipulangkan, selepas didapati sebuah kenderaan diletakkan bendera PH di Cameron Highlands.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama timbalan menteri itu.

Mengecam tindakan timbalan menteri itu, Tuan Ibrahim menyifatkan PH "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini sering menuntut pilihan raya bersih dan adil dan mengecam pentadbiran BN yang berbuat demikian.



"Kini kebanyakan pimpinan PH sudah berada di dalam kerajaan, tapi malangnya pilihanraya belum menjadi lebih bersih dan adil berbanding dulu walaupun sudah hampir 9 bulan berkuasa.

"Ironinya, PRK Cameron Highlands ini diadakan kerana PRU ke-14 di kawasan ini didapati tidak bersih dan adil.

"Namun segala yang berlaku setakat hari ini di PRK ini menyebabkan keputusan mahkamah yang bersejarah tempoh hari menjadi bahan sindiran," katanya lagi.

Beliau merujuk keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Naib Presiden MIC C Sivarraajh kerana didapati berlaku rasuah ketika kempen PRU lalu.

Isu penggunaan kenderaan itu dibangkitkan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebooknya semalam.

Hari ini calon BN Ramli Mohd Nor membuat laporan polis berhubung perkara itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan