Header Ads

ads header

Flash News

Penahanan presiden buat Skuad Badar lebih bersemangat


Penahanan Presiden Skuad Badar Azhar Mohamad tidak melemahkan kumpulan antikhalwat itu, sebaliknya mereka berazam akan bergerak dengan lebih giat lagi.

Salah seorang penggerak kumpulan itu, Ahmad Husam Baderudin mengingatkan agar pihak berkuasa agama "tidak ego" dan memberi kerjasama dengan kumpulan sukarelawan itu.

"Penahanan ini tidak menjejaskan kerja amal Skuad Badar, sebaliknya ia memberi lebih lagi semangat kepada kami.

"Jika sebelum ini kita bergerak sekitar '80 kilometer sejam' kali ini kita akan tingkatkan lagi mungkin '120 kilometer sejam'.

"Kita minta pihak penguatkuasa turunkan ego, mereka tidak mampu untuk mencegah maksiat sendirian, apa salahnya jika kita jalinkan kerjasama.

"Kalau polis pun ada polis sukarela, inikan pula kita yang secara sukarela ingin membantu pihak penguatkuasa mencegah kemungkaran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Azhar ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.

Beliau ditahan semalam bersama seorang lagi ahli NGO itu yang berusia 30-an, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda.

Difahamkan penahanan kedua-dua mereka susulan laporan yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) terhadap Azhar seperti yang tular di laman sosial.

Azhar dikatakan ditahan kerana melakukan aktiviti penguatkuasaan tanpa kebenaran JHEAIK dan skuad itu tidak pernah dilantik menjadi penguatkuasa agama yang sah.

Skuad Badar terkenal dengan sesi tarbiahnya terhadap pasangan ditangkap khalwat yang dijalankan di atas kubur.



Sementara itu Ahmad Husam berkata pihak Skuad Badar sudah beberapa kali ingin mengadakan pertemuan dengan pihak jabatan agama namun tidak mendapat kerjasama sewajarnya.

"Di awal penubuhan Skuad Badar tiga tahun lalu, kita sudah buat operasi, namun kita hentikan apabila mahu mendaftarkan pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita hantar surat mohon sokongan polis, tetapi pihak polis kata kena minta dengan jabatan agama. Bila pergi minta jabatan agama, mereka tidak memberi kerjasama yang baik.

"Akhirnya kita hentikan (operasi), kita bagi maklumat tentang isu khalwat, laporan tentang rumah urut yang mana orang Melayu Islam terbabit, tetapi pihak penguatkuasa gagal bertindak," katanya.



MR :  Amar ma'aruf dan Nahi Mungkar... Parti AMANAH dan IKRAM hanya nak amal maaruf aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Parti-parti munafik liberal dan parti kafir harbi biaDAP menjanjikan kebebasan melakukan kemungkaran dan kesesatan termasuk murtad dan menafikan hak umat Islam mengamalkan Amar ma'aruf dan Nahi Mungkar walaupun hak agama Islam dan hak umat Islam telah dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Kontrak Sosial !!!

    Inilah akibatnya apabila sebilangan orang Melayu mangkuk ayun menyokong dan mengundi parti munafik liberal dan parti kafir harbi yang telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam. Sesungguhnya mereka sedang menanggung dosa besar kerana menyokong dan mengundi parti munafik liberal dan parti kafir harbi !

    Di akhir zaman ini, orang yang tidak bermoral dilantik menjadi pemimpin dan ularmak su' pula sibuk menjual agama dengan menyesatkan umat Islam dan menyokong kezaliman pemerintah menindas agama Islam dan umat Islam.

    Maka kita tidak terkejut melihat ekonomi, pelaburan , nilai RM dll merundum dan harga barang dan perkhidmatan meningkat tinggi dan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Inilah siksaan yang sedang menimpa negara kita.

    BalasPadam
  2. selagi mangkok ayun jahil agama selagi itu DAP besau kepala... DAP ni nak sgt merasa perbalahan kaum agaknya...

    BalasPadam
  3. Penjaga pusat tahfiz liwat budak,tahfiz tu kena tutup kerana tiada daftar.Anak menteri ada ganja di disko, disko tu tak tutup kerana daftar.Dikso bagus,pusat tahfiz tak bagus.Malesia Baru celaru

    BalasPadam