Header Ads

ads header

Flash News

Belum pernah berlaku kerajaan negeri di saman berkaitan tanah Orang Asli- MB Kelantan


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata belum pernah berlaku dalam sejarah sebuah kerajaan negeri di saman oleh kerajaan Persekutuan kerana Tanah Adat Orang Asli di pedalaman Kelantan.

Katanya Kerajaan Negeri bagaimana pun bersedia menerima apa jua tindakan dari Kerajaan Persekutuan berhubung soal Tanah Adat Orang Asli.

Beliau memaklumkan sehingga hari ini, pihaknya belum menerima sebarang dokumen atau writ saman yang dihantar secara rasmi oleh kerajaan Persekutuan.
Namun katanya, sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan Negeri perlu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, AMK.

“Saman kita tunggu dokumen dari AG (Peguam Negara) apa isinya, apa tujuannya secara rasmi belum terima kita dengar dari akhbar tak dapat lagi,” katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas tindakan Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili masyarakat Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, hal itu susulan kerajaan negeri dan beberapa agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta.

Beliau menjelaskan, syarikat terlibat telah memasuki Tanah Adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor menggunakan jentera berat dan menebang hutan serta membawa keluar kayu balak.

Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber mereka sekali gus menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap hutan.

Ahmad menjelaskan, kerajaan negeri sebelum ini telah memberikan geran dan merizabkan kawasan penempatan, kawasan rayau Orang Asli sekaligus turut menjaga kebajikan Orang Asli di beberapa pos Orang Asli di pedalaman Kelantan mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara.

Terdahulu dalam pertemuan dengan Zuraida, Ahmad memaklumkan soal tanah untuk projek Perumahan Rakyat, PPR dan pengurusan sampah menjadi agenda perbincangan antara beliau dan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. PH tidak senang dengan Kelantan itu saja alasan sebenarnya.

    BalasPadam
  2. KERAjaan pakatan liberal-kafir harbi telah melampaui bidang kuasa dengan campurtangan tanah milik kerajaan negeri yang bererti KERAjaan pakatan tidak menghormati konsep federalisme antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

    Nampaknya peguam negara kafir sibuk mahu menyaman kerajaan negeri sedangkan ahli bomba Islam yang didakwa dibunuh oleh pelampau-pelampau hindu pun gagal diselesaikan oleh peguam negara kafir sendiri. Double standard atau Islamophobia atai rasis atau ...... ???


    BalasPadam
  3. Jika negeri Kelantan merdeka seperti Burnei , kita yakin negeri Kelantan akan menjadi negara kaya seperti Brunei kerana hasil petroleum. Bahkan Kelantan akan menjadi lebih maju dari pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

    Brunei cerdik maka Brunei tidak mahu menyertai Malaysia. Brunei juga berani melaksanakan undang-undang Islam menyebabkan negara Brunei mempunyai kadar jenayah yang sangat rendah berbanding. Akibatnya Brunei menjadi di antara negara-negara yang aman makmur, mewah dan terkaya di dunia.

    BalasPadam