Header Ads

ads header

Flash News

Najib edit kenyataan tol Guan Eng, bukti PH buat pusingan ‘U’


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengubahsuai kenyataan Lim Guan Eng 4 tahun lalu yang mengkritik keputusan kerajaan sebelum ini yang memberi pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya bagi membekukan kenaikan tol.

Ia dibuat selepas menteri kewangan itu mengumumkan Putrajaya akan membayar hampir RM1 bilion kepada pemegang konsesi bagi bayaran pampasan kerana kerajaan akan membekukan kenaikan kadar tol melibatkan 21 lebuh raya di seluruh negara.

Najib berkata beliau tidak pernah membenarkan kenaikan kadar tol sepanjang pentadbirannya selama 9 tahun dan ini memaksa kerajaan membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya setiap tahun.

“Dan setiap tahun kerajaan BN membayar pampasan, DAP marah saya dan tuduh saya hanya mahu memperkayakan syarikat kroni tol yang kaya,” tulis Najib menerusi Facebook yang disertakan tangkap layar kenyataan Lim pada Februari 2014 yang menunjukkan beberapa bahagian diedit untuk membuktikan pusingan “U” pampasan yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini, PH sangat bangga dengan keputusan mereka untuk membayar pampasan RM1 bilion supaya kadar tol lebuhraya tidak naik tahun depan.

“Dan menariknya, menteri kewangan adalah dari DAP, parti yang menjadikan acara tahunan untuk marah pada saya,” kata Najib.

Semalam, Lim mengumumkan hampir RM1 bilion akan dibelanjakan untuk membekukan kenaikan tol di 21 lebuh raya di seluruh negara, termasuk pemansuhan tol motosikal di 2 jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Laluan Kedua di Johor.

“Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memenuhi janji manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan. Pembekuan ini adalah sebahagian daripada usaha tersebut,” kata Lim.

Najib berkata kebanyakan konsesi tol diluluskan oleh “PM dahulu” itu.

“Malah kerajaan BN pada masa saya membeli balik dengan sepenuhnya syarikat PLUS pada 2011 dari kini PLUS dimilik 51% Khazaah Nasional dan 49% oleh KWSP. Ya, KWSP, sekali lagi ia menguntungkan pencarum,” katanya merujuk kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Najib berkata satu-satunya pengecualian adalah pada 2015 apabila kadar tol bagi lebuh raya tidak di bawah PLUS, syarikat konsesi lebuh raya terbesar di negara itu. Beliau berkata kenaikan tersebut pada masa kerajaan menghadapi krisis tunai akibat kejatuhan harga minyak.


MR :  PH mana ada idea, asyik uturn aje


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Presently we got the the stupid Minister Of Finance. What he does is jual aset Tabung Haji , jual aset Petronas, jual aset .....jual aset.... to get money. Its is a destructive way of management. He doesnt fit to be Minister Of Finance, he is a manace to our country.

    BalasPadam