Header Ads

ads header

Flash News

MAPPIM dan NGO nak Jumpa PM


1. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan 300 NGO UMMAH sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahadhir yang menyatakan masa bagi subjek agama pendidikan Islam terlalu banyak sehingga menjejaskan pengajaran subjek lain dan sehingga telah menukar fungsi sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama.

2. MAPPIM masih bersangka baik dengan kenyataan ini kerana mana mungkin bagi Perdana Menteri boleh membuat suatu kenyataan yang sangat naif sehingga menampakkan Perdana Menteri telah mendapat maklumat yang sangat silap.

3. Untuk pengetahuan Perdana Menteri subjek agama pendidikan Islam hanya menggunakan 5-6 masa atau 180 minit sahaja berbanding subjek bahasa inggeris sehingga 11-12 masa iaitu 360 minit seminggu.MAPPIM merasakan PM telah diberikan maklumat yang sangat silap dan memalukan.

4. Oleh sebab itu MAPPIM mencadangkan agar satu pertemuan dan perbincangan meja bulat secara keseluruhan tampa orang orang politik, yang melibatkan semua isu-isu pendidikan negara dapat dibincangkan bersama diantara pimpinan NGO pendidikan UMMAH dengan PM bagi mencari titik permulaan yang baik, arah dan halatuju pendidikan negara, bukan dibincangkan secara senyap dengan isu yang terpecah-pecah.

5. MAPPIM bersedia untuk menjadi wadah dan platform kepada perbincangan tersebut dan akan menjemput semua ngo pendidikan tampa mengira warna NGO dan politik.Pendidikan tidak seharus nya dipolitikkan dan orang politik jangan menggunakan pendidikan bagi tujuan politik.

6. Pendidikan adalah wadah kepada Ummah untuk membangunkan negara dan rakyat merupakan pelaburan besar kerajaan untuk membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

7. Diharapkan Perdana Menteri sedia dan sudi menerima kunjungan kami serta berbicara demi masa depan pendidikan negara yang lebih segar dan inklusif.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif
MAPPIM



MR :  Mat Zai yang istiqamah.. kg resak 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan