Header Ads

ads header

Flash News

Sebat dikhalayak sukar diterima lesbian dikhalayak ok..


Tindakan hukuman sebat dikhalayak ramai tanpa melalui proses dan kefahaman yang betul serta tanpa belas kasihan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan merupakan penindasan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Astro Awani, Anwar turut berkata, perkara tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati kerana akan timbul tuduhan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat terhadap pesalah syariah adalah sebagai anti-Islam.

Satu perkara yang perlu kita ambil kira sebagai seorang Islam, apabila kita bercakap bercakap biarlah berpandukan Al Quaran dan hadis. Paling-paling kurang pun kita rujuk kepada ulama muktabar. Jangan bercakap mengikut fikiran kita sendiri dengan membuat pelbagaian andaian.

Sebelum ini Anwar banyak kali bercakap kononnya bersandar kepada Yusuf Qardawi, tapi kali ini nampaknya tak ada pula nak berdasar pandangan Yusof Qardawi.

Firman Allah :وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2)

Jelas dan nyata bahawa hukum hendaklah di saksikan oleh sebahagian orang beriman tanpa belas kasian.

Yang pelik hukuman sebat dikhalayak ramai sukar nak terima oleh Anwar Ibrahim tapi perbuatan lesbian tengah hari iaitu pukul 1.50 pm di Dataran Arena Squre, Dungun, pada 8 April lalu ketika ditangkap oleh orang ramai boleh diterima pula?

Dataran Arena Squre adalah tempat yang terbuka, lalu lalang dan sentiasa ada manusia sampai tengah malam masi ada orang pun mereka tak malu untuk buat kerja terkutuk tapi bila hukum sebat dalam mahkamah disaksi 100 orang itu dianggap memalukan.

Sukar untuk kita terima alasan pembesar dan bakal pembesar kerajaan baharu PH. Kalau Macam Ini kenyataan tak layak untuk Anwar untuk menjadi PM Malaysia sebuah negara yang Islam sebagai agama rasminya.

Saya sendiri pun belum dengar sekarang ini Anwar rasa sukar nak terima bagaimana tilam diusung dan ditayang disemua media massa. Perkataan liwat menjadi perkataan yang boleh difahami oleh semua manusia kerana TV, radio dan akhbar menyebut dan menulisnya.

Bertapa sukarnya Anwar dengan isu liwat tapi Anwar boleh terima dan memaafkan si Mahathir. Saya tak tahu adakah Mahathir sudah insaf daridapa tuduhan liwat ini.

Jangan selepas Mahathir dan PH kencing kita, selepas ini Anwar yang kita bela selama 20 tahun akan kencing kita pula dengan menggunakan watak Islam sebagai penarik dan batu loncatan demi mencapai cita-cita nafsu dia semata-mata.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

14 ulasan:

  1. Dua individu yang telah ditangkap kerana ingin melakukan perhubungan seks sejenis yang telah mengaku bersalah dan redha menerima hukuman yang telah dilaksanakan ini, kita doakan mereka kembali ke fitrah. Amatlah diharap ada satu bentuk 'support' disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk dua individu ini setelah menjalani hukuman tersebut, kaedah yang sama diguna pakai untuk penagih dadah kerana melakukan hubungan seks yang sonsang adalah satu bentuk ketagihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwat..anwat,dlm dunia ni hg sorang ja yg di dakwa atas kesalahan liwat sampai 2 kali...2 kali!! Apa kelayakan peliwat mcm hg anwat nak bercakap soal hukum syariah?hg anwat kena sedar diri yg hg anwat keluar penjara sebab dapat pengampunan agong,bukan sebab hg di dapati tak bersalah.

      Padam
  2. Untuk membebaskan sesuatu pertuduhan yang membabitkan Jerung Politaikus amatlah senang hinggakan ada yang mendapat tepukan gemuruh para penggilap dan ianya berlaku bila ruang lingkup baru menggantikan ruang lingkup lama.

    Dalam ruang lingkup baru, bila politikus tidak melahirkan perasaan negatifnya terhadap kes rasuah melibatkan rakan sepakatan yang menjawat jawatan penting dalam Kabinet Dapur yang dilepasbebaskan meskipun sedang dalam perbicaraan, ia adalah normal.

    Dan adalah tidak normal kalau tidak diulas kes yang ada habuan politik yang mana meskipun kes telah dibicarakan dan diputuskan dalam satu perbicaraan yang adil dan sah untuk tidak diambil kesempatan sepenuhnya.

    BalasPadam
  3. Parti mata iluminati adalah parti liberal mengikut kenyataan persatuan liberal antarabangsa maka kita tidak terkejut melihat kepala bapak munafik liberal yang pernah dipenjarakan kerana kes homoseksual telah membuat dakwaan karut marut yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu hukum Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan merupakan penindasan dan tanpa belas kasihan.

    Puak munafik liberal percaya dan yakin hukuman rotan ke atas banduan dalam penjara sekular di mana setiap banduan dirotan dengan rotan yang besar dan pukulan yang sangat kuat yang pasti menyebabkan banduan menjerit kesakitan sekuat hati, menangis meraung kesakitan dan terkencing dan menggigil dan menderita seumur hidup adalah hukuman boleh diterima pakai, tanpa penindasan dan mempunyai belas kasihan.

    Ini jelas membuktikan puak munafiqun liberal adalah kepala bapak munafik @ hipokrit yang menyokong kezaliman dan bersikap prejudis dan jahat terhadap hukum Islam walaupun hukum Islam bersifat keadilan sosial, mencegah jenayah dan memberi pengajaran baik kepada pesalah dan mengurangkan bilangan banduan dalam penjara ke tahap minimum.

    Maka kita tidak terkejut melihat parti-parti liberal seperti parti bunga, parti PANdir dan mata iluminati bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP menentang, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam, perjuangan Islam, ulama Islam, jemaah Islam seperti parti Islam PAS, institusi Islam dll dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam dalam negara yang mempunyai umat Islam sebagai rakyat majoriti (66%).

    Ini bererti pakatan ini adalah pakatan pengkhianat yang telah mengkhianati dan menghina perlembagaan negara yang telah menjamin kedudukan agama Islam dan umat Islam termasuk kaum Melayu Islam di negara ini.

    BalasPadam
  4. Bila tidak terkena batang hidung sendiri ramai yang tak sabar nak membuka mulut yang berbau busuk.

    Kes Guano Mu Eh yang terkena batang hidung sendiri ramai pula yang terkedu dan mengunci mulut.

    BalasPadam
  5. mung baik diam nuar kang orang kata mung dok setuju pasal mung sokong puok tu pulak

    BalasPadam
  6. Kes yang dah selesai ikut SOP dan tiada udang di balik batu dikatakan "unislamic". Kes yang keputusannya di buat di pertengahan perjalanan yakni tidak ikut SOP dan ada udang di balik batu tidak pulak di klasifikasikan sebagai unislamic. Nampak semacam liberal terkeliru atau liberal sengaja nak membuatkan massa jadi keliru. Itu tugas2 khas agaknya.

    BalasPadam
  7. ada yang dituduh dan berbagai cara diambil agar pertuduhan tadi sangkut dan tertuduh masuk ke dalam ... ia satu tuduhan yang zalim, barbarik yang ketinggalan zaman. kini tuduhan itu sudah dilupakan.

    ada yang dituduh salahguna kuasa tapi tertuduh berselindung di belakang 'tuduhan bersifat polemik' untuk lepas bebas yakni kebetulan ada perubahan pada kabel dan kedudukan semasa.

    ada yang dituduh songlap wang 1 itu dan ini semenjak 2015 dan kertas pertuduhan sudahpun ada pada 2015 tetapi masuk September 2018, 60% siasatan saja yang telah siap.

    jadinya ada lihat dan nilailah sendiri kesudahannya apabila manusia ikut jalan yang dirintis oleh manusia sendiri, apabila manusia memanipulasi jalan tersebut untuk kepentingan tertentu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan terdapat lebai kulup roket yang telah dibebaskan dari dakwaan rasuah dll oleh bekas peguam sendiri walaupun pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan dan pendakwaan ke atas lebai kulup roket kerana wujud prima facie.

      Inilah bukti KERAjaan pakatun mengamalkan law of jungle bukan rule of law !

      Padam
  8. Anwat..aku tau hg ketua lgbt di malaysia ni.aku cuma nak tanya khabar azizan abu bakar,shamsidar taharin,sukma, munaweer anees,saiful.ada lagi yg hg anwat tutuh depan dan juga tutuh belakang tapi aku lupa nama depa.utk kes saiful, aku tau hg anwat senaraikan 12 orang saksi termasuk tunggul kayu wan azizah utk buktikan alibi hg tapi lepas hg anwat tau ada bukti cctv terus 12 saksi di tiadakan.apa sebab nya?bukan hg anwat dgn 12 org ni dh berpakat ka utk kata hg tak dak kt kondo tu?dulu aku percaya hg anwat tapi lepas aku tgk semua dan baca semua cerita dan bukti,aku percaya hg anwat memang biseksual,peliwat dan zina dgn bini org.

    BalasPadam
  9. Tanya kpd anuar pikul tilam berkali kali ada kah di tayang di TV di sakli jutaan rayat MALAYSIA baik.

    BalasPadam
  10. Pakatan Harapan (HARAPAN) menganggap pelaksanaan hukuman sebat dalam undang-undang syariah akan mengheret Malaysia ke zaman 'barbaric' atau tidak bertamadun, kata Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa.

    Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor tidak bersetuju dengan hukuman dijatuhkan Mahkamah Syariah Terengganu terhadap pasangan lesbian baru-baru ini.

    Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/441895

    Persoalan:

    Adakah pemimpin-pemimpin pakatn tidak merasa malu atau segan apabila mereka mendakwa mereka beragama 'Islam' tetapi pada masa yang sama mereka didakwa menghina undang-undang Islam? Bukankah ini membuktikan mereka bersikap anti-Islam?

    Bukankah ini bererti pengundi-pengundi pakatan juga menanggung dosa besar setiap kali pakatan menghina Islam atau menafikan hak umat Islam?

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

    "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga." (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    KESIMPULAN: Orang-orang yang menyokong pemimpin zalim adalah bukan dari umat Nabi Muhammad S.A.W. maka mereka akan menjadi manusia yang rugi di dunia dan di akhirat kecuali mereka bertaubat pada Allah dan menentang kezaliman pemimpin zalim.

    BalasPadam
  11. apabila wakil puak liberal bersuara..
    https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/
    Klik link kat atas tu kalu nak kenai dgn siapa PKR bersahabat..

    BalasPadam
  12. Pakatan syiah , liberal dan kafir harbi pimpinan Maha Qarun adalah kepala bapak hipokrit @ munafik kerana mempertikai dan menghina undang-undang Syariah konon hukuman sebat ke atas lesbian tersebut adalah zalim, tidak bertamadun, tidak berperi kemanusiaan dll.

    Tetapi pada waktu yang sama pakatan kepala bapak hipokrit @ munafik merestui banduan-banduan disebat dengan rotan yang besar dan daya pukulan yang brutal sehinggakan banduan meraung menangis kesakitan dan terkencing kerana tidak tahan menanggung siksaan rotan tersebut.
    Kesan buruk siksaan rotan ke atas fizikal dan mental banduan akan berkekalan.

    Undang-undang sekular telah gagal mendidik banduan menjadi insan yang berakhlak mulia yang akan mengamalkan amar makruf nahi munkar kerana sebilangan banduan akan mengulangan kesalahan mereka selepas mereka dibebaskan ! Akibatnya penjara penuh dengan banduan dan undang sekular dan hukuman sekular tidak berkesan ke atas penjenayah.

    Kepala bapak munafik ini juga merestui banduan dihukum gantung hingga mati yang amat menyiksakan banduan sehinggakan banduan meronta-ronta dan terkecing menahan kesakitan dan kelemasan di waktu mereka digantung sebelum mereka mati.

    Ini membuktikan pakatan kepala bapak munafik bersikap anti-Islam kerana mereka menyokong pelbagai bentuk kemungkaran dan kesesatan seperti arak, judi, zina, khalwat, murtad, atheis, LGBT dll dan mereka juga suka menghina ajaran Islam seperti Hudud, pakaian menutup aurat, fatwa, faraid, poligami, menghadkan umur pernikahan, ulama dan pendakwah Islam, RUU355 dll dan menafikan hak umat Islam.

    Oleh sebab itu, marilah kita semua umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama untuk membela dan melindungi ajaran Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak syiah, puka liberal dan puak kafir harbi di negara ini !

    BalasPadam