Header Ads

ads header

Flash News

Sampai bila kerajaan PH nak kaji Auku tanya Adam Adli


PETALING JAYA: Seorang aktivis pelajar tertanya sampai bila Pakatan Harapan mahu mengkaji Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kerana perdebatan mengenai undang-undang itu berlarutan sejak 1970-an lagi.

Adam Adli berkata tempoh masa 5 tahun untuk memansuhkan akta itu tidak wajar dan terlalu lama, dan berita melaporkan hasrat mengkaji atau memansuhkan akta itu bukan perkara baharu.

“Buat apa kaji perkara yang sudah siap dikaji dan didebatkan selama ini seolah-olah kita tidak tahu apa hendak buat?” katanya.

Adam mengingatkan Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah semasa menjadi timbalan menteri pengajian tinggi tidak memerlukan masa 1 tahun untuk meminda Auku.



“Saya tak tahu apa pendirian Maszlee Malik sebelum jadi menteri pendidikan tetapi timbalannya, Teo Nie Ching antara ahli politik yang lantang dan faham masalah Auku selama ini,” katanya.

Semalam menteri pendidikan mengumumkan pentadbiran Tun Dr Mahahir Mohamad sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan Seksyen 15 dan 16 dalam Auku yang didakwa menghalang kebebasan berpolitik di kampus.

Maszlee berkata pemansuhan akta itu, jika ia dilakukan, adalah langkah jangka pendek kerana dalam jangka masa panjang kerajaan mahu menggantikan undang-undang itu.

Adam menggesa Maszlee berhubung dengan kumpulan pelajar dan Saifuddin yang “fasih dengan masalah Auku”.

Sementara itu, Anis Syafiqah Yusof pula berkata para pelajar harus diberi kebebasan bersuara sepenuhnya dan bukan “sebahagian penuh”.

“Kerajaan perlu lihat aktivis yang disenarai hitam di universiti, diganggu atau dihukum, mengikut Auku,” katanya.

Anis juga berkata pelantikan Maszlee sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bercanggah dengan kebebasan dan autonomi akademi.

“Sepatutnya ahli akademi lain yang layak memegang jawatan presiden bagi mengelakkan pertikaian. Pelantikan Maszlee akan menyebabkan semak dan imbang terjejas kerana pertindihan tugas,” katanya.


MR : Sepatutnya aktivis mahasiswa kena kembali kepada PAS sebagai base untuk perjuangan mereka....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. yang nak buang AUKU bagai adalah PR

    tiada kaitan dengan PH

    ada beza jelas antara misi dan visi PR dan PH

    kalau itu pun tak nampak

    cakap2 nak buang AUKU akan berakhir

    tapi hanya bila kucin bertanduk!

    BalasPadam
  2. Dasar KERAjaan pakatun - AUKU sudah jadi AUTA ! Mana abang besar biaDAP dan khadam-khadam syiah dan liberalnya yang kononnya menentang AUKU?? Rakyat juga yang kena kencing kaw kaw dengan pelbagai janji palsu pakatun !

    BalasPadam
  3. Ini blog yg paling jahat!!!apa ni?!kenapa tak puji pakaturn badut harporn?auku ni pm ke 4 yg buat,kenapa nak hentam pm ke 7?jahat pm ke 4 tak macam baik dan sucinya pm ke 7.kami tunggul kayu pakaturn badut harporn berdiri teguh di belakang pm ke 7.takbur!!!!

    BalasPadam