Header Ads

ads header

Flash News

Lihat dulu cara hukuman dijalankan baru kecam - PAS


PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah negeri itu mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pasangan lesbian, walaupun dikecam hebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahari Mamat berkata, mereka yang membuat kritikan sepatutnya menyaksikan terlebih dahulu bentuk dan cara hukuman itu dijalankan sebelum membuat kritikan kerana ia tidak sama sepertimana hukuman sebatan Mahkamah Sivil yang jauh lebih keras.

“Mereka yang membuat kritikan itu mungkin tidak faham dan tidak lihat dengan mata mereka sendiri cara hukuman tetapi membuat andaian berdasarkan undang-undang sivil.

“Hukuman Sivil lebih keras, sebab itu dibuat dalam penjara dan ditelanjangkan, tetapi undang-undang syariah Islam tidak macam itu. Pesalah dihukum menutup aurat, sambil duduk dan cara pukul bukan keras kerana tujuan hanya mendidik,” katanya.


Terdahulu aktivis Islam Liberal menganggap Malaysia melalui “hari gelap” bagi perjuangan hak asasi manusia apabila pasangan kekasih itu dikenakan 6 sebatan selepas mereka mengaku bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Datuk Ahmad Farouk Musa berkata tindakan itu jelas tidak berperikemanusiaan dan ia satu bentuk penghinaan.

“Pada masa Malaysia ingin dikenali sebagai sebuah kerajaan moden, sivil, dan sederhana, episod hari ini memberi gambaran hitam kepada negara kita.

“Walaupun hukuman sebat hari ini berlaku di negeri yang tidak ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan, undang-undang menjatuhkan maruah ini tidak sepatutnya dibenarkan di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Satiful menyifatkan kritikan Farouk sebagai menghina mahkamah.

“Apa yang diputuskan hakim itu berdasarkan undang-undang sedia ada, bukan kerana kerajaan negeri bertukar kita laksanakan, hukuman itu dibuat pihak mahkamah dan semua kena tahu kuasa kerajaan dan kehakiman berbeza. Mahkamah yang putuskan.

Katanya, kes seumpama itu di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang boleh dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan bukan pertama kali berlaku kerana ia dilaksanakan juga di negeri lain termasuk di Sabah dan Pahang.


“Sebelum ini kes sama berlaku di Tawau, isu melibatkan Kartika Sari Dewi Shukarnor di Pahang, cuma hukuman sebat tidak dilaksanakan, jadi ia bukan di Terengganu sahaja,” katanya.

Satiful menambah, ramai masyarakat keliru, di mana hukuman itu sebenarnya dibuat bukan secara paksa sebaliknya selepas pesalah mengaku bersalah dan setuju untuk dihukum.

“Kes ini bukan disabitkan dengan saksi tetapi pengakuan mereka sendiri dan mereka tahu hukuman yang disabitkan.

“Mereka juga diberi tempoh merayu dan mereka tidak berbuat demikian. Dalam Islam jelas keutamaan memberi ruang kepada pesalah bertaubat, beri peluang kepada mereka bela diri selepas mereka sendiri mengaku salah, baru kita hukum, bukannya hukum secara paksa.” 


Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan perlu dilihat semula, Satiful berkata, cara tersebut selaras dengan apa yang disebut dalam Al-Quran dan bukan dibuat sesuka hati.

“Beliau (Mujahid) sebut nak melihat kepada kajian bagi penyaksian orang ramai, tapi sebenarnya itu tertulis dalam Al-Quran, yang menyebut hukuman itu hendaklah disaksikan orang ramai bagi tujuan pengajaran,” katanya.

Semalam kira-kira 100 orang khalayak umum menyaksikan pasangan itu masing-masing berumur 22 dan 32 tahun dihukum sebat di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.

Hukuman sebat di khalayak umum itu adalah pertama kali dilakukan di negeri ini yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

MR : Kini makin ramai cerdik pandai Islam rasa mereka lebih hebat daripada Allah s.w.t.....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Maka berkatalah kepala bapak munafik liberal dan puak munafik liberal yang sesat lagi menyesatkan konon perlaksanaan hukum Islam jelas tidak berperikemanusiaan dan ia satu bentuk penghinaan ke atas manusia yang sengaja melanggar perintah Allah dan RasulNya.

    Dan kepala bapak munafik liberal dan puak munafik liberal juga berkata konon Msia ingin dikenali sebagai sebuah kerajaan moden, sivil, dan sederhana yang membenarkan segala bentuk aktiviti maksiat dan kesesatan dilakukan dengan bebas oleh pendosa-pendosa besar kerana puak munafik liberal percaya kononnya setiap manusia mempunyai hak kebebasan individu untuk melakukan maksiat dan kesesatan termasuklah murtad !

    Ini seolah-olah membuktikan puak munafik liberal percaya negara akan menjadi maju jika kerajaan membenarkan semua bentuk aktiviti maksiat dan kesesatan dilakukan dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

    Dan mereka seolah-olah percaya negara yang mengamalkan ajaran Islam @ prinsip moral tinggi akan membawa negara balik ke zaman batu (walaupun sejarah telah membuktikan Islam telah menyelamatkan manusia dari zaman kegelapan dan membawa manusia ke tamadun yang lebih maju dalam sains (fiziks, kimia dan biologi), matematik, kejuruteraan, seni bina, astronomi, perubatan, ekonomi dll).

    Maka ini membuktikan puak munafik liberal sebenarnya tidak mempercayai Al-Qur'an dan Sunnah walaupun lidah biawak mereka berkata mereka mempercayai Al-Qur'an tetapi tindakan dan lisan mereka amat bertentangan dengan ajaran Islam (Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma').

    Bahkan puak munafik liberal cuba mentafsirkan ayat-ayat Qur'an dengan menggunakan akal mereka yang jahil untuk tafsiran baru mereka boleh memenuhi kehendak-kehendak nafsu serakah mereka !

    Maka kita tidak terkejut melihat mereka mempertikai, menentang, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam seperti hukum menutup aurat, hukum faraid, hukum poligami, hukum Hudud dll.

    Kepala bapak munafik liberal dan puak munafik liberal inilah yang menjemput tokoh-tokoh 'Islam' liberal @ liberal jahil murakkab yang sesat lagi menyesatkan dari dalam dan luar negara untuk membentangkan 'kertas kerja' karut marut dalam 'seminar' atau 'forum' puak liberal untuk menyesatkan umat Islam dengan pelbagai ajaran karut yang bertentangan dengan Islam.

    Allah telah berfirman tentang puak munafiqun yang bermaksud:

    (1) "Dan apabila engkau melihat mereka (puak munafiqun), engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?"
    (Al-Munaafiquun 63:4)

    (2) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
    (Al-Baqarah 2:14)

    (3) "Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik."
    (At-Taubah 9:67)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Bahkan puak munafik liberal cuba mentafsirkan ayat-ayat Qur'an dengan menggunakan akal mereka yang jahil supaya tafsiran baru mereka boleh memenuhi kehendak-kehendak nafsu serakah mereka sendiri !

      Padam
  2. Makin pening Mujahid ni.

    BalasPadam