Header Ads

ads header

Flash News

Lebih baik kamu tanya Hishamuddin kata Mahathir


KUALA LUMPUR – Mengakui Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ada berjumpa dengannya, Perdana Menteri berkata bekas Naib Presiden mempunyai tujuan dan rancangannya sendiri berbuat demikian.

Namun Tun Mahathir Mohamad enggan mendedahkan perancangan Hishamuddin namun menafikan ia berkaitan hasrat ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Beliau datang untuk berjumpa, tiada apa-apa tentang menyertai Bersatu. Beliau ada perancangannya sendiri, lebih baik kamu tanya beliau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Hishamuddin yang mengakui membuat pertemuan dengan Perdana Menteri itu berkata hanya mendengar rancangan Tun M untuk masa depan bangsa dan negara.

Pengerusi PPBM itu dalam masa yang seme mengakui terdapat pemimpin UMNO yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.

“Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa PAS pula.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan