Header Ads

ads header

Flash News

Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia


PUTRAJAYA: Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat akan membalas dendam terhadap anak-anaknya jika melihat bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dianiaya.

Presiden Pemantau Malaysia Baru itu ditemui di tunjuk perasaan solidariti untuk Najib yang ditangkap petang tadi selepas disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya pada 2013.

Menurut SPRM, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur esok.

“Jangan sampai bila dia ‘mampus’, rakyat bangkit dan buat perkara yang sama kepada anak-anak dia,” kata Lokman kepada pemberita di luar pintu masuk utama SPRM malam tadi.

Pada Julai, Najib dituduh dengan 3 tuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berkaitan RM42 juta yang disalurkan ke akaun banknya.

Bulan lepas, dia dituduh dengan 3 tuduhan pengubahan wang berkaitan transaksi yang sama bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan pada 12-28 Februari dan 4-29 Mac tahun depan.

Sementara itu, Lokman tertanya mengapa Najib ditahan dan didakwa sedangkan siasatan belum selesai.

“Peguam negara kata tak boleh tahan Najib sebab tidak ada kertas siasatan. Macam mana pula boleh masuk lokap 1 malam?

“Malaysia sahaja macam ini! Buat kerja ikut orang cakap. Siapa? Dr Mahathir cakap,” katanya.

Petang tadi, jurucakap SPRM memberitahu bekas perdana menteri itu akan dibawa ke Bukit Aman dan akan disoal polis dan badan anti-rasuah itu.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

6 ulasan:

  1. Betul kata Lokman, bukan saja anak cucu dia tetapi semua pencacai2 dia akan kita kejar sampai ke lubang cacing sekalipun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I am just wondering, apa akan jadi pada negara/anak/cucu/pengkagum atuk kalau atuk mati nanti???

      Padam
  2. Aku dah cakap seluruh umat islam kat malaysia ni kembali dengan cara hidup Islam tak nak. Nak juga ikut cara hidup kafir yahudi. Aku sekali lagi menyeru kembalilah kita kepada Islam yg syumul mengikut alquran dan sunnah. Jgn ikut Islam ala2 kafir akan dilaknat Allah.

    BalasPadam
  3. Di akhir zaman ini kita tidak terkejut melihat sebilangan umat 'Islam' jahil murakkab merangkap dalam lubang biawak mengikut puak liberal dan kafir.

    Ini yang sedang berlaku sekarang maka tidak hairanlah mereka mengundi puak liberal dan puak kafir harbi dalam PRU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Di akhir zaman ini kita tidak terkejut melihat sebilangan umat 'Islam' jahil murakkab merangkak dalam lubang biawak mengikut puak liberal dan kafir.

      Padam
  4. Keluar UMNO, Buka PPBM Dan Sekongkol DAP Untuk Akhirkan Kuasa Melayu, Tak Pecah Belah Melayu Ker???

    http://theunspinners.blogspot.com/2018/09/keluar-umno-buka-ppbm-dan-sekongkol-dap.html

    BalasPadam