Header Ads

ads header

Flash News

Identiti kaum PPBM tak bagus untuk PH, negara, kata bekas ketua DAP Johor


PETALING JAYA: Bekas ketua DAP Johor membidas pengisytiharaan PPBM sebagai parti berasaskan kaum, mengatakan fahaman sebegitu langkah ke belakang buat reformasi dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan.

Dr Boo Cheng Hau berkata ideologi “Bumiputera dan ketuanan Melayu” sebab rakyat terbahagi atas garis perkauman.

Kenyataan tegas PPBM bahawa ia parti berasaskan kaum menunjukkan ia tidak “berpandangan jauh dan tidak ikhlas menempa reformasi demokrasi dalam politik Malaysia,” katanya.

Bekas Adun Skudai itu berkata parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah menang majoriti kerusi untuk gabungan itu.

Gabungan ini menunjukkan rakyat, termasuk orang Melayu, menerima pendekatan yang rentas Malaysia dan bukan perkauman untuk reformasi institusi, katanya.

“Kenyataan dari para pemimpin PPBM melanggar manifesto pilihan raya PH dan gagal mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan dan kukuh kepada dilema yang dihadapi negara kerana mereka tidak boleh terima ketuanan Melayu-Bumiputera tidak berkesan dan tidak memulihkan keadaan negara,” katanya dalam kenyataan.

Malam tadi, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti kaum partinya sebagai realistik kerana rakyat terbahagi atas garis perkauman.

Beliau berkata walaupun ia dikritik, hakikatnya semua parti politik memilih calon berdasarkan majoriti kaum di kawasan yang ditandingi.

Tetapi Boo berhujah politik bukan perkauman mesti tidak boleh dikompromi.

Beliau menyeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya menggesa sekretariat PH memanggil mesyuarat majlis presiden tergempar untuk membincangkan isu menyahrasiskan politik Malaysia.

Majlis itu patut dapatkan penjelasan Dr Mahathir tentang mengapa PPBM bertegas dengan politik satu kaum.

“Majlis presiden PH patut beri kata dua kepada PPBM untuk kemukakan satu jadual untuk menyahrasiskan agenda ketuanan satu kaum bagi mengelakkan PH menjadi Barisan Nasional 2.0.”
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. sabenarnya yg perkauman adalah bangsa cina bangsa melayu dah banyak bagi laluan pada bangsa lain dan nampak gaya tergadai tanah melayu ini nazubillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cina bina jati diri dimana-mana sahaja dibumi ini. Dia tidak akan mengalah walaupun kumpulan mereka kecil. Tuan boleh lihat kedudukan bangsa cina diserata dunia.

      Padam
  2. cakap banyak tokpek ni,yang perkauman tu bangsa kamu dah banyak mana orang melayu mengalah tapi jenis cina biadap terus tak reti base

    BalasPadam