Header Ads

ads header

Flash News

Asalkan BN tumbang, PRK Seri Setia asalkan PAS tumbang


Bahawasanya kami rakyat PH di DUN SERI SETIA dengan ini mengistiharkan sokongan padu kami kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kami sanjungi. Ini adalah deklarasi kesetiaan kami kepada beliau. Deklarasi Rakyat PH DUN SERI SETIA bertarikh 1hb September 2018, bersempena dengan pelancaran cukai SST di seluruh Malaysia.

Bahawasanya kami tidak ambil peduli cukai SST. Bahkan kami menyokong penuh keputusan menggantikan cukai GST 6 peratus dengan cukai SST 16 peratus. Kalau boleh, awan-awan di langit turut dikenakan cukai SST kerana menjadi pengeluar air hujan. Cukai pun cukailah, tidak mengapa.   Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia berdiri teguh di sebalik setiap keputusan Tun Mahathir yang kami sanjungi. Walau kami bekikis bulu betis demi mengisi Tabung Harapan, kami rela. Walau kami papa kedana demi menjayakan projek-projek mega anak-anak Tun Mahathir, kami nekad berkorban. Tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH di Seri Setia tidak merasa rugi meskipun bantuan BRIM akan ditamatkan, kalau boleh hari ini juga rasuah BRIM diberhentikan dan tindakan undang-undang seharusnya diambil ke atas pemberi rasuah BRIM serta penerima rasuah BRIM. Walaupun ibubapa kami sendiri adalah antara 7 juta penerima BRIM... dakwa saja mereka, tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH di Seri Setia bersedia melupakan janji-janji manifesto kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir pada PRU14. Kami sedar rakyat telah ditipu bulat-bulat tapi kerana kami sudah terlanjur percaya dengan janji-janji itu maka kami mesti turut mempertahankan kepalsuan itu bersama-sama dengan Tun Mahathir. Mesti pandai cover. Salah sikit sahaja. Salah banyak pun tidak mengapa. Lagi pun manifesto bukannya al Quran.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia akan buat-buat tak dengar bila anak-anak kami bertanya kenapa PTPTN masih tagih hutang pada dia. Kami juga akan berusaha memujuk mereka supaya berpuas hati dengan gaji minima yang kekal minima. Kalau mereka tanya kenapa Kerajaan Mahathir tipu rakyat tentang dua perkara ini, kami rakyat PH Seri Setia akan cakap "Jangan lawan perintah". Ini hal dalaman keluarga, boleh settle, tak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia sangat teruja apabila Tun Mahathir mencadangkan pembinaan empangan-empangan hidroelektrik di wilayah Baram. Kalau beliau juga mahu membina Baram Dam kami akan alu-alukan. Warisan Orang Ulu di wilayah Baram akan pupus di dalam air... tidak mengapa!

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak ambil peduli kalau Projek Pan Borneo atau Jambatan Long Lama dan Jambatan Marudi, projek HDA atau lain-lain projek tajaan Federal di Baram ditarik balik wang peruntukkan atau projek dibatalkan sama sekali. Kami rakyat PH Seri Setia bersetuju kalau wilayah Malaya dibangunkan terlebih dahulu, wilayah Sarawak tunggu lagi 50 tahun, tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak berkira sangat dengan harga minyak. Kerajaan Tun Mahathir masih belum turunkan harga minyak. Tidak mengapa. Kalau tak turun langsung sampai bila-bila pun tak mengapa. Kalau harga naik 10 ringgit satu litre... pun tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia tidak akan ambil peduli kalau Tun Mahathir mahu membuka cawangan PPBM di Baram. Kami juga tidak akan halang sesiapa untuk mendaftar sebagai ahli PPBM. Kalau tidak cukup ahli di Baram, silakan bawa masuk pendatang asing Suluk atau orang Bangla dari mana entah. Kami relakan anak-anak perempuan kami beranak-pinak dengan pendatang asing. Perempuan Kayan, Kenyah, Kelabit, Berawan, Penan... angkat saja satu. Angkat empat sekaligus pun tidak mengapa. Kami rakyat PH Baram juga mahu menikmati berkat Projek IC seperti yang berlaku di Sabah. Tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Bahawasanya kami rakyat PH Seri Setia sedia berbakti untuk Dinasti Mahathir. Kalau Mahathir dan anak-anak perlukan duit lebih banyak lagi Tun Mahathir boleh melelong Baram kepada Brunei Darussalam. Tidak mengapa.

//Asalkan BN tumbang, Asalkan PAS kalah di PRK Seri Setia.

Begitulah deklarasi kepada Tun Mahathir Mohamad dari kami rakyat PH Seri Setia. Tun Mahathir adalah yang terbaik, paling bersih, tidak pernah rasuah, tidak ada dosa walau setitik pun, semua yang Tun lakukan adalah betul belaka, tidak ada cacat cela. Sekian harap maklum.




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Scarcastic habis he he...Terbaik bro

    BalasPadam
  2. tentunya PH akan mengekalkan kerusi

    tambahan adalah undi petunjuk sokongan padu

    namun satu undi yang berkurangan adalah petunjuk..

    kemuakan terhadap pembohongan dan kemunafikan

    BalasPadam
  3. Sokonglah Pakatan walaupun rakyat telah hancing dikencing kaw kaw oleh Pakatan Syiah-Liberal-Kafir Harbi dengan pelbagai janji palsu, fitnah, putar belit, penipuan, alasan bodoh dan u-turn jika kamu adalah zombi yang kematian otak atau otak letak pada lutut dan selipar atas kepala !!!

    BalasPadam