Header Ads

ads header

Flash News

100 orang saksi pasangan lesbian Terengganu disebat syarie


KUALA TERENGGANU - Buat pertama kali hukuman sebat syarie ke atas pasangan lesbian dilaksanakan di Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan oleh 100 orang awam.

Mahkamah itu mengambil masa kira-kira satu minit 52 saat untuk menjalankan masing-masing sebanyak enam sebatan ke atas dua pesalah 'musahaqah' (percubaan melakukan seks songsang) pasangan berusia 22 dan 32 tahun itu di dalam dewan perbicaraaan yang penuh sesak.

Dua Pegawai Wanita Penjara Kajang masing-masing menjalankan hukuman tersebut setelah diperintahkan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd supaya berbuat demikian.

Turut bersidang ialah Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Pesalah pertama disebat enam sebatan selama kira-kira satu minit bermula jam 10.10 minit pagi hingga 10.11 pagi. Manakala pesalah kedua disebat oleh pegawai wanita lain dengan jumlah sebatan yang sama selama 52 saat, bermula dari jam 10.13 pagi.

Pesalah diberi peluang untuk membuat rayuan dan diperiksa kesihatan mereka oleh Pegawai Perubatan Bertauliah sebelum sebatan itu dijalankan.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali, Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Haji Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-Mits) Ustaz Kamarulzaman Abdullah hadir menyaksikan hukuman tersebut.

Turut hadir ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan sekitar 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua pasangan lesbian terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Mereka berdua telah membayar denda berkenaan sebelum hukuman sebat itu dilaksanakan.
Sebelum perbiacaraan hakim menyatakan bahawa hukuman itu bukan untuk menyakitkan pesalah tetapi ia lebih kepada untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah dan masyarakat awam supaya tidak melakukan kesalahan jenayah berkenaan.

Hakim menasihatkan orang awam supaya tidak memandang hina terhadap pesalah dan menasihatkan mereka terbabit insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

...............



Jawatankuasa Badan Peguam Terengganu menyifatkan sebatan syarie yang berlangsung pertama kali di negeri itu hari ini memberikan “gambaran yang lebih positif” kepada masyarakat.

Kesimpulan itu dibuat setelah hukuman itu dilakukan di hadapan khalayak umum di dewan mahkamah di Kuala Terengganu padi tadi.

“Saya rasa perlaksanaan hukuman sebat hari ini memberi satu gambaran yang lebihan jelas kepada masyarakat.

“Saya sendiri pun agak keliru, dibayangkan hukuman itu hukuman yang sangat keras.

“Tapi apabila kita melihat apa yang berlaku hari ini, ia memberi satu gambaran yang lebih positif kepada masyarakat,” kata pengerusinya Sallehudin Harun.

Sejarah tercipta hari ini apabila pasangan lesbian 22 dan 32 tahun disebat dalam dewan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu disaksikan kira-kira 100 orang.

Hukuman dikendalikan oleh Jabatan Penjara itu dijalankan setelah mereka disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan sejenis dalam kereta.

---------

Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksikan pelaksanaan hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik mahkamah Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, hari ini adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman telah dijalankan, barulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunakan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirkan air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali hari ini kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaan hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaan hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudiannya tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahkan identiti mereka seperti dalam rekod. Pegawai penjara juga bertanya kepada kedua-dua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Selepas pegawai perubatan mengesahkan tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakangi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanakan hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang.

- Bernama

.................

Tatacara sebatan:(a) sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang Pegawai Perubatan Kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu adalah dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman itu;

(b) jika pesalah itu sedang hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas dia melahirkan anak atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c) hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu;

(d) orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang 'adil dan matang;

(e) orang itu hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah;

(f) selepas mengenakan satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya;

(g) sebatan boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit;

(h) pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak;

(i) jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah itu perempuan, dalam keadaan dia duduk;

(j) jika semasa pelaksanaan hukuman sebatan itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.



MR : Alhamdulillah akhirnya kerajaan Terengganu berjaya menunjuk contoh bagaimana hukuman sebat cara Islam boleh dilaksanakan di Terengganu dan InsyaAllah di Malaysia selepas PRU15 nanti....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

4 ulasan:

  1. Apa ni?!...kenapa persatuan bawang2 aww liberal tak pi buat demo di terengganu?mana hero penyelamat abang mat zaza sabun ni?..kalau abang mat zaza sabun p tolong nanti boleh bg no telefon kt lesbian ni.mana firaunrina anak tun taik firaun?hak hak tui lgbt mesti di pertahankan.mana asri monkey perlis ni?ini kan dosa peribadi,mana boleh mahkamah syariah maduk campur.mana mujahid tak kerat kote ni?kita kn perlu husnuzon?.

    BalasPadam
  2. Pakatan syiah-liberal-kafir harbi mengamalkan hukum rimba (law of jungle) bukan Rule of law apabila pakatan memecat peguam negara Melayu dan hakim Melayu dan melantik orang kafir mengisi jawatan tersebut. Maka kita tidak terkejut melihat Rapiggy mendapat hukuman yang ringan kerana menyebarkan fitnah dan abang besar banglo terlajak diskaun dibebaskan dari dakwaan rasuah dll !

    Apabila SPRM membuka kertas siasatan ke atas abang besar biaDAP, ini bererti kes rasuah abang besar biaDAP mempunyai prima facie maka sebab itulah abang besar biaDAP berjaya didakwa di mahkamah ! Malangnya apabila abang besar biaDAP berkuasa, dia dibebaskan dari tuduhan rasuah dll. Inilah contoh KERAjaan yang menyalah-gunakan kuasa untuk menyelamatkan diri dari dakwaan di mahkamah!

    Slogan pakatan iaitu rule of law adalah satu pembohongan yang amat kotor dan menjijikkan ke atas rakyat kerana kita melihat KERAjaan pakatan sedang mengamalkan Law of Jungle (hukum rimba) untuk melepaskan diri pemimpin pakatan sendiri dari dakwaan jenayah dan mendakwa parti lawan di mahkamah untuk menghapuskan parti lawan !

    Maka tiada perbezaan antara KERAjaan pakatan dan rejim Nazi, rejim komunis, rejim Zionis dan rejim fasis !

    BalasPadam
  3. Tahniah kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan PAS.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah NEGERI TERENGGANU ISLAM SEBAGAI CONTUH.

    BalasPadam