Header Ads

ads header

Flash News

Warga emas ketagih Pokemon Go pacak 11 telefon pintar


TIADA siapa dapat menandingi kecintaan seorang warga emas ini terhadap aplikasi permainan Pokemon Go.

Chen San-yuan, 70, menggunakan 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.


Gambar menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa tersebar di media sosial.

Lelaki itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya dan ia dilengkapi dengan caj bateri untuk menangkap Pokemon di taman tersebut.



Menurut laporan Metro UK, San-yuan terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi.

Sekiranya anda merasakan 11 telefon pintar itu satu angka yang melampau, San-yuan nampaknya masih belum merasakan ia mencukupi.



San-yuan yang dikenali sebagai 'Pak Cik Pokemon' mahu menjadikannya sebanyak 15 telefon pintar pada satu-satu masa.

Ia bermakna, dia sanggup membayar lebih bil telefon yang kini sudah pun mencecah RM6,108 sebulan.

Namun, San-yuan menganggap ia sebagai pelaburan yang berbaloi kerana permainan itu membantunya merawat penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Rasanya cerita Pak Cik ini tidak boleh lawan dengan seorang lagi Pak Cik di Malaysia. Lagi hebat pasal pokemon.


Anda boleh baca artikel seterusnya di sini.


MR : Dulu frust PR Awal, sekarang frust tak boleh jadi speaker mungkin dia bukan sahaja dah tangkap terrakion tapi dengan moltres sekali....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



3 ulasan:

  1. Usia Tok Lim jauh lebih muda dari Tok Ded namun Tok Lim berpandangan pembentukan pewarisan yang ampuh perlu bermula seawal mungkin dan untuk itu berhasil usaha itu harus megatasi usaha pembuatan legasi peribadi. Makanya seorang boleh mencari Pokeman di Airport dan seorang lagi hanya pergi ke airport untuk naik jet eksekutif. Bezanya langit dan bumi.

    BalasPadam
  2. Lagi satu orang tua 93 tahun pulak d negara 'betoi2 baru' ketagih cari dan curi pokebillion pulak.tu motif nak dapat kuasa dgn member baik nama daim. Dah ada agamawan yg tegur suruh lekat di sejadah...tapi orang tua 93 tahun ni 'hati memang hitam'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lady presiden kata nak siasat tapi bila dah dapat lencana tpm terus siasatan hilang entah ke mana. Donia2.

      Padam