Toleransi, Rahmatan lil 'alamin dan Hifz al-deen
Maksud kepada istilah toleransi kerap dipadankan dengan kehendak
barat. Peliknya ada pula cendikiawan Islam yang turut mengangkat
pandangan mereka. Begitulah besarnya pengaruh barat-kuffar menjajah
pemikiran mereka.
Bagi barat tahap toleransi
hanya dicapai apabila nilai-nilai barat diterapkan dalam sesebuah
masyarakat (khususnya jika masyarakat itu terdapat di dalamnya pelbagai
agama dan bangsa). Dalam kes masyarakat di Malaysia yang terdiri dari
masyarakat majmuk, justeru untuk menjadi masyarakat yang toleran, maka
umat Islam perlu bertolak ansur, melonggarkan pegangan ajaran agamanya
(Islam). Dalam masa yang sama, sedikit demi sedikit menerap dan
menerima nilai-nilai kafir (barat). Maksudnya umat Islam perlu
mengambil pendekatan "bertolak ansur", iaitu nilai-nilai Islam
"ditolak" ke belakang/tepi dan nilai-nilai kafir (barat) sedikit demi
sedikit "beransur-ansur" diketengahkan bagi mengambil tempat
nilai-nilai Islam yang ditinggalkan.
Dibimbangi,
takut-takut kayu ukur yang sama ini juga digunakan dalam slogan
"Rahmatan lil 'alamin" dan "Hifz al-Deen" tajaan Parti AMANAH, komponen
PH yang memerintah Malaysia sekarang..
Islam akan
menjadi "Rahmatan lil 'alamin" hanya apabila umat Islam berpegang dan
beramal mengikut tiga sendi agamanya (aqidah syariah dan akhlak) lalu
dengan itu umat lain (yang bukan Islam) dan makhluk-makhluk lain
termasuk binatang dan tumbuhan selamat dan tidak teraniaya dibawah
sistem Islam.. Masing-masing secara otomatik terbela. Itulah yang
dikatakan Islam datang untuk rahmat sekian alam. Begitu juga dengan
istilah "hifz al-deen" yang hanya untuk Islam. Biarkan penganut agama
lain menjaga agama mereka masing-masing, tidak perlu orang Islam turut
jaga agama mereka, kerana Allah SAW sendiri pun hanya mengistiharkan
akan menjaga/ memelihara agama Islam ini. Islam agama yang hak, maka
selayaknya dipelihara.
Surtahman Kastin Hassan.
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :




Bila duduk dibawah kuasa orang kafir, mereka rela ketepikan Islam; kalau lawan, mereka akan hilang jawatan. Ruginya yang mengundi mereka ini!
BalasPadamPerbezaan antara Rasulullah S.A.W. dan parti PANdir ialah
BalasPadam(1) Rasulullah S.A.W. berjuang menegakkan Islam dan menentang kemungkaran dan kesesatan dan baginda tidak pernah bersekongkol dengan puak kafir harbi untuk menentang Islam dan umat Islam.
(2) Pemimpin-pemimpin parti PANdir mempunyai lidah biawak @ lidah bercabang yang mendakwa konon parti PANdir adalah parti 'Islam' dan tanpa merasa malu dan segan mereka bersekongkol dengan parti kafir harbi biaDAP menegakkan semua bentuk kebatilan (kemungkaran dan kesesatan) dan menentang, menfitnah dan menghina ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam dan menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.