Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Zunar Kini Mejar Zaidi pula ‘frust’ dengan Pakatan Harapan


Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu, menyuarakan kekecewaan selepas selepas kerajaan menolak permohonannya agar jawatannya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikembalikan atau beliau dibayar pencen.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pegawai penerangan pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini berkata, Majlis Angkatan Tentera memberitahunya bahawa beliau tidak layak mendapat tuntutan itu kerana dipecat daripada tugas.

"Saya akan jumpa mereka di hari pengadilan," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya tidak mahu ulas panjang tentang keputusan itu tetapi saya mahu ingatkan pemimpin HARAPAN agar tidak lupa, mereka kini sudah menjadi menteri, gembira dan boleh menikmati kemewahan.

"Jangan lupa rakyat yang berjuang dan mengangkat anda ke kedudukan sekarang, kerana rakyat yang sama juga boleh jatuhkan anda," katanya lagi.

Beliau membuat permohonan itu Mei lalu kepada Mohamad Sabu yang ketika itu baru menjadi menteri pertahanan.

Dalam permohonannya, Zaidi meminta agar pencennya dikembalikan atau beliau dimasukkan semula dalam TUDM atas asas dirinya sebagai juruterbang berpengalaman yang "dipaksa" melepaskan jawatan oleh kerajaan BN.

Mohamad berkata akan mengkaji permohonan itu dan akan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi Mohamad dan menunggu maklum balasnya.

Zaidi dipecat pada 12 Januari 2015 selepas mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis ketika PRU 2013, dan tindakan itu dianggap bertentangan dengan etika kerjanya.


MR : Mat Sabu nak balas dendam dulu buat surat terbuka hentam Mat Sabu dan Amanah, masuk DAP....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



4 ulasan:

  1. Bila matlamat digunakan untuk menghalalkan 'cara' dan bila matlamat dicapai belum tentu 'cara' yang sama boleh membasuh kesalahan yang lama itu. Jadikan iktibar.

    BalasPadam
  2. Kerajaan Kominis mana kisah. Bersyukurlah masih hidup.
    Cradle CEO pun kena bunuh dengan Hitman.

    BalasPadam
  3. Bersabarlah kapten Zaidi dgn ujian Allah. Mungkin ini kafarah kerana lari dari perjuangan islam. Islam akan menolong orang yg dizalimi. Masuklah perjuagan Islam semula. In Sya Allah dirahmati Allah.

    BalasPadam
  4. Ada entiti yang mudah terhutang body dan ada yang tidak. Entiti yang mudah mengungkapkan "thank u ph": TUPH, masih boleh di kaw tim slow-slow. Tombie Tomoi boleh cuba buat sesuatu.

    BalasPadam