Header Ads

ads header

Flash News

Sekolah, universiti diarah berhenti langgan Utusan Malaysia


Kementerian Pendidikan mengarahkan sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk berhenti melanggan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sebuah memo berhubung perkara itu dikeluarkan melalui Wan Saiful Wan Jan yang merupakan penasihat khas kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.


"Untuk makluman, menteri pendidikan memohon agar langganan suratkhabar Utusan Malaysia bagi semua bahagian, agensi, sekolah, universiti, kolej, dan semua institusi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia dibatalkan serta-merta," kata memo berkenaan.

Memo bertarikh 18 Julai itu ditujukan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan ketika dihubungi mengesahkan memo berkenaan.
Pegawai berkenaan yang minta namanya tidak didedahkan berkata Kementerian Pendidikan juga sedan meneliti untuk membatalkan langganan suratkhabar lain.

"Ini bagi menjimatkan kos kerana pada hari ini berita sama boleh dibaca di atas talian," katanya.
Utusan dilihat mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, suratkhabar berkenaan sekian lama mendapat sokongan kerajaan kerana kaitannya dengan Umno.

BN yang diterajui Umno tewas dalam pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu.


MR : Semasa Mahathir jadi PM dulu 22 tahun tak dengar pula nak larang baca Utusan Malaysia....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Pantau apa penggantinya

    Kalau akhbar jawi, thumb up

    Kalau Majalah Roket

    Kata dulang paku serpih...

    BalasPadam
  2. Demokrasi ala Pakatun. Mengalahkan BN.

    BalasPadam
  3. Dulu tuduh bn takut dgn akhbar pembangkang.la ni pakaturn pulak takut dgn akhbar pembangkang.kebebasan bersuara la sangat.takkan la kebebasan bersuara cuma utk lgbt,atheist,murtad,cina kiasu,india perkauman.dgn utusan pun takut?klu utusan fitnah hangpa,hangpa boleh saman.peguam negara pun org hangpa,ketua hakim negara pun orang hangpa.nak takut apa lagi?saman la juta macam hangpa jd pembangkang dulu.

    BalasPadam