Header Ads

ads header

Flash News

Rayer MP Jelutong banyak kali buat kerja bodoh ganggu perbahasan


Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berang apabila RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) berulang kali mengganggu beliau di Dewan Rakyat dengan soalan mengenai isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan kapal layar Equanimity.

Semasa membahaskan Rang Undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, Khairy menegaskan bahawa GST adalah sistem yang lebih cekap daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Rayer kemudian mencelah dan bertanya: “Kalau efisien, isteri YB Pekan (Datuk Seri Najib Razak) ada bayar GST untuk semua barang-barang yang dibawa masuk.... (bernilai) RM60 juta.”

Najib ketika soalan diajukan tidak berada di Dewan Rakyat. Rayer dipercayai merujuk kepada barangan kemas yang dihantar oleh seorang tukang emas Lubnan kepada Rosmah untuk dipertimbangkan untuk dibeli.

Khairy kemudian terus membidas Rayer dan mendakwa pemimpin DAP itu cuba untuk meletakkan namanya setaraf dengan bekas pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh, yang merupakan Ahli Parlimen Jelutong dari 1978 hingga 1999.

"Jelutong sahabat saya tetapi sejak jadi ahli parlimen, dia sangat desperate nak jadi seperti Karpal Singh, ahli Parlimen Jelutong dulu.

“My friend, I have the honour being in this Dewan with Karpal Singh and you are no where near,” katanya.

Rayer membalas dengan menjawap bahawa tidak sesiapa yang dapat menyaingi Karpal Singh dan mencadangkan supaya Khairy menjawab soalannya jika beliau adalah "seorang lelaki".

“Seperti tuduhan kamu, perkara ini mestilah didakwa di mahkamah terlebih dahulu sebelum kamu membuat andaian,” kata Khairy sebagai Rayer.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudian campur tangan dan menggesa Khairy untuk meneruskan ucapannya.

Khairy berhujah bahawa sistem GST membolehkan kerajaan untuk melihat keseluruhan rantaian bekalan.

"Ini kerana mereka perlu mengisytiharkan kepada kerajaan," katanya.

Bagaimanapun, Rayer sekali lagi mencelah, kali ini bertanya jika GST telah dibayar untuk pembelian kapal layar mewah Equanimity, yang dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho dengan menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Khairy akhirnya mula hilang sabarnya dan membidas Rayer.

"Betul, betulkah? Jika ini kualiti perbahasan kamu, baik baliklah, duduk,” katanya.

Dalam perbahasannya, Khairy menggesa kerajaan supaya memperbaiki kelemahan dalam sistem GST dan bukan memasuhkannya.

Beliau berkata mungkin termasuk penambahbaikan mekanisme pembayaran balik, mengurangkan kadar dan memperluaskan senarai pengecualian.


MR : Macam mana PH nak bentuk kerajaan yang berwibawa kalau MP mereka masih kebudakan membuat pertanyaan mengganggu isu dibahaskan dengan trolling daripada isu sebenar ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Apa yang rakyat mahukan bukanlah SST tapi penurunan kos sara hidup. Hanya PH yang perasan bahawa rakyat yang mahukan SST menggantikan GST. Ini membuatkan PH mengelabah BEruk bak beRUK dapat bunga dalam dalam dewan.

    BalasPadam
  2. Woi paria..jgn sampai melayu katok hg. Duk negara orang melayu ni,tlg jaga perangai elok2.INI TANAH MELAYU,MELAYU PUNYA MALAYSIA!!!

    BalasPadam