Header Ads

ads header

Flash News

Rasuah 1.5 Billion: Shafie Apdal Tidak Akan Didakwa


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak akan didakwa atas kes penyalahgunaan dana sebanyak RM1.5 bilion yang dikaitkan dengan beliau ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.

Malah, kata beliau, Pejabat Peguam Negara memutuskan kes tersebut sebagai `tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan `kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi.

Pendakwa Raya memutuskan pada 28 Jun lalu bahawa tiada pendakwaan diteruskan kerana bukti yang diperolehi tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang meminta menyatakan kedudukan kes penyalahgunaan dana yang dikaitkan dengan Mohd. Shafie dan sama ada pendakwaan akan diteruskan atau tidak.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri DS Najib Razak tetap akan didakwa pada tahun hadapan walaupun bukti masih lagi tidak mencukupi mengenai tuduhan di atas penggubahan wang haram.

Ini adalah kerana DS Najib bukan pemimpin Pakatan Harapan.


MR : Sehari dua ini kita lihat beberapa kes mahkamah yang melibatkan pimpinan atau orang PH telah dibebaskan atau dibuang kes. Nampaknya PH tak kurang hebatknya macam BN pasal kroni....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. ph ni lebih dahsyat kejahatannya dari bn,maklumlah diktaktor tua dulu kan penjahat no 1

    BalasPadam
  2. Pakaturn badut harporn punya undang2.peguam bangang negara orang pakaturn badut.ketua celaka hakim orang pakaturn badut.nak dakwa?dakwa bukan orang pakaturn badut harporn sudah la.

    BalasPadam