Header Ads

ads header

Flash News

Projek Gagal Diwarisi Kerajaan Terdahulu sedang disemak


Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh, Kemaman didakwa antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek yang bertujuan bagi m
erealisasikan matlamat menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluar kambing terbesar negara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang itu, melibatkan 20 hektar tanah, lima unit kandang, rumah penternak dan pejabat serta stor baja.



"Pada September ini, perjanjian dengan syarikat yang gagal kita akan tamatkan untuk kita mulakan satu perancangan baru.

"Infrastruktur penternakan yang dibina menggunakan puluhan juta wang rakyat tidak sewajarnya terbiar dan rosak begitu sahaja,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.


Untuk rekod,  Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menswastakan projek Lembah Kaprima kepada lapan anak jati negeri melibatkan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Chabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus).

Projek berkenaan yang bermula sejak 2006 peringkat pelaksanaan fasa ketiga (2015) selepas melaksanakan fasa pertama dan kedua iaitu penyediaan infrastruktur berjalan lancar.

Kerajaan negeri ketika itu juga membelanjakan lebih RM13 juta untuk penyediaan infrastruktur seperti jalan dan kandang untuk ternakan kambing berkenaan. Selain itu, projek berkenaan turut diswastakan kepada pengusaha dalam bentuk sewaan kandang yang mana setiap lembah kaprima mempunyai lima kandang dan setiap kandang disewa dengan harga RM200 sebulan.

Sumber: LINK


MR : Terengganu negeri kaya, rakyat jadi miskin kerana pimpinan kerajaan terdahulu bodoh menggunakan wang untuk kebaikan....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Bila nak tolong kroni sanggup berhabis-habisan. Terbaru 2.55 bilion sanggup di belanjakan. Bila nak tolong marhaen macam2 syarat dan halangan dibina. Bila projek separuh jalan, nama marhaen jadi sebut-sebutan dan diungkit-ungkit.

    BalasPadam


  2. Kegagalan ke??

    Ini sebenarnya kegagalan sebenarnya



    Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni


    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
    *
    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
    *
    * Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
    *
    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
    *
    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
    *
    * Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
    *
    * Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.

    3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni

    * Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik kroni UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat PWTC.

    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
    * Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
    * Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
    * Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
    * Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
    * Memaksa Petronas membeli saham Proton.
    * Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
    * Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
    * Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
    * Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
    * Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.



    BalasPadam