Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan PKR: Azmin sindir rafizi & Anwar Bukan agenda individu


Menjelang pemilihan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menasihati semua pihak agar tidak mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Azmin yang akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya mengajak semua pimpinan serta anggota parti meletakkan agenda negara di hadapan berbanding individu.

"Saya menasihati semua pihak tumpu pada kerangka besar Pakatan Harapan (HARAPAN). Rakyat telah beri sokongan yang sebelum ini tidak pernah terjadi seperti ini.

"Rakyat mahu kerajaan baru atas nama HARAPAN. Sebagai pemimpin kita tidak boleh khianati amanah yang diberi rakyat untuk lakukan perubahan.

"Maka saya mengajak semua pimpinan dan anggota supaya letak agenda besar ini mengatasi kepentingan individu, kelompok, peribadi dan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung konflik yang melanda PKR ketika ini apabila 'kem Rafizi Ramli' didakwa menyerang Azmin.

Terdahulu, Anggota Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Azmin berpakat bersama Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pihak yang membuat dakwaan itu perlu diambil tindakan, Azmin berkata beliau menyerahkan kepada pihak jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Namun, menurut Azmin, yang paling penting ketika ini bukan masalah disiplin sebaliknya isu kewibawaan seseorang untuk menjadi pemimpin.

"Saya percaya ini bukan masalah disiplin sahaja tetapi ini isu kewibawaan seseorang untuk laksana tanggungjawab sebagai pemimpin dalam mana-mana parti.

"Saya harap semua pihak dapat maju kehadapan untuk kukuhkan lagi HARAPAN dan laksanakan tanggungjawab kita sebagai pemimpin," katanya.

MR : Mampukan team Azmin menjatuhkan team Anwar?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



2 ulasan:

  1. Rakyat beri mandat pada Pakatan 1001 Harapan kerana percaya tol akan dihapuskan. Kini harapan itu sudah malap. Tak nampak apa lagi harapan yang boleh P1001H tawarkan kecuali Barang Naik 2.0 (BN2.0).

    BalasPadam
  2. Bila agenda Harapan jadi hangat2 tahi ayam, hanya agenda individu yang kekal marak dan membara. Lebih banyak pekung akan dibuka. Tunggu.

    BalasPadam