Header Ads

ads header

Flash News

PAS sambut baik BN undur diri di Seri Setia


SHAH ALAM: PAS menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) memberi laluan kepada parti Islam itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi percaya keputusan Umno itu akan disambut baik partinya, selepas dibincangkan di peringkat Pusat.

“Saya sangat mengalu-alukan pendirian, keputusan dan ketegasan dibuat BN dan Umno, DUN Seri Setia akan diberikan laluan kepada PAS.

“PAS negeri akan bawa keputusan ini untuk dibincangkan di peringkat Pusat. Walau apapun keputusannya, kita harapkan yang terbaik demi kekuatan Islam dan Melayu,” katanya sewaktu ditemui di DUN Sungai Kandis, hari ini.

Terdahulu, Umno memutuskan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding dalam PRK Seri Setia.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini ialah titik permulaan dan persefahaman antara 2 parti itu sebagai gerakan politik baru di bawah Malaysia baru.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu FMT, pendekatan satu lawan satu mencerahkan peluang pembangkang untuk merampas kerusi yang merupakan kubu kuat PKR itu.

“Jentera PAS tempatan bersedia memainkan peranan dalam PRK Seri Setia, tertakluk kepada keputusan PAS Pusat.

“Ia suatu langkah positif, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno bagi menghadapi Pakatan Harapan. Ia juga bagi memastikan proses semak dan imbang terus terjamin di Selangor.

“Kita sudah tunjukkan keikhlasan kita membantu calon BN di DUN Sungai Kandis, begitu juga kita harapkan untuk Umno buktikan keikhlasan kepada PAS di DUN Seri Setia,” katanya.


MR : Untuk memantau PH dalam menerajui kerajaan perlukan pembangkang yang kuat. PAS perlu eratkan hubungan sesama pembangkang....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:

  1. Perpaduan umat Islam melalui kerjasama PAS dan UMNO adalah mimpi ngeri yang amat menakutkkan pakatan liberal-kafir harbi kerana pakatan ini telah memenangi PRU 14 melalui pelbagai janji palsu pakatan dan pelbagai fitnah ciptaan barua-barua DA-Pig dll terhadap parti Islam PAS dll. Akibatnya umat Islam telah berpecah-belah dan sekarang puak kafir berkuasa di negara kita.

    Akibatnya 17,000 kakitangan kerajaan termasuk ustaz dan ustazah, peguam negara dan hakim-hakim yang terdiri dari kaum Melayu Islam telah, sedang atau akan dipecat oleh KERAjaan pakatan. Jawatan peguam negara dan hakim tersebut telah diisi oleh puak kafir. Bahkan sebilangan penyokong pakatan telah menghina Agong, agama Islam dan ulama Islam dan mereka mahu institusi Islam dan peruntukan wang untuk Islam dihapuskan walaupun Agong, umat Islam termasuk kaum Melayu Islam dan agama Islam telah dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persektuan.

    Pemimpin DA-Pig sendiri telah menfitnah pendakwah keamanan Islam yang terkenal iaitu Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan' dan 'pengganas' dan mahu program dakwah Islam Dr Zakir dihentikan. Bahkan pemimpin DA-Pig juga telah menghina kaum Melayu Islam dengan mendakwa kononnya negara ini milik kaum India dan kaum Melayu adalah pendatang !

    Maka kita tidak merasa hairan melihat aktivis pakatan yang tidak bermoral telah menyokong pertubuhan pengganas komunis PKM sebagai pejuang kemerdekaan walaupun pengganas-pengganas telah merompak, menyiksa, merogol dan membunuh ramai rakyat terutamanya kaum Melayu Islam yang tidak bersalah dan membakar banyak kampung kaum Melayu Islam.

    Wahai umat Islam marilah kita semua kembali kepada ajaran Islam dan bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik liberal dan puak kafir harbi.

    BalasPadam
  2. Hidup Umno Hidup BN takbir..!!

    BalasPadam
  3. Ini masanya utk satukan semula umat islam d malaysia.walaupun terlewat,walaupun sama2 dah cedera teruk.ini masa utk yakinkan umno terima dasar islam dan tinggalkan kebiasaan rasuah,kronisme,korupsi,budaya cah keting,budaya warlord,budaya berkhidmat dgn tuan punya duit.konsep dosa dan pahala,konsep syurga dan neraka mesti di pegang kuat.bersama demi islam!!!

    BalasPadam