Header Ads

ads header

Flash News

Munafik Salaf Vs Munafik Kalaf


Sejarah Islam menobatkan Abdullah bin Ubai sebagai bapa munafik.  Beliau hidup sezaman dengan Rasulullah saw.  Ketika dia mati, Rasulullah saw telah bersolat jenazah keatas mayatnya, walau pun cuba dinasihati (halang) oleh Sayaidina Umar ra untuk tidak melakukannya.

Namun Rasulullah saw tetap melakukannya dengan alasan "persaksian Islam" (shadatain) Abdullah sendiri. Malah beliau (Abdullah) kerap kelihatan solat berjemaah di saf pertama dibelakang Rasulullah saw.. Selepas solat jenazah, turun wahyu (al-Quran) yang mengharamkan buat selama-lamanya solat dan berdiri (hormat) di kubur keatas mana-mana orang munafik yang mati.

(Munafik ialah orang yang zahirnya Islam tetapi hatinya kafir, benci dan mahu menghancurkan Islam.  Apa yang ada pada penampilan zahir tidak sama dengan apa yang terpendam di hati (batin)).

Cuba renung baik-baik, ada tak orang atau pertubuhan atas nama Islam yang tanpa perasaan (tanpa disedari) kerjanya mahu meruntuhkan/merosakkan Islam sama ada dasarnya, strukturnya, sistemnya........aqidahnya, syariatnya, akhlaknya......  Mereka cuba membentuk acuan Islam yang baru dan tersendiri sesuai dengan nasional dan akal pemikiran mereka atau mencorak Islam yang disenangi dengan barat/kafir, Kristian, Yahudi,  Freemansion, Hindu.  (dan  banyak lagi).

Mereka menolak nas yang bertentangan dengan rasional akal (bukan membimbing akal dengan nas), mahu mentafsir al-Quran  bersesuaian dengan zaman (sedangkan al-Quran sesuai untuk sepanjang zaman hingga kiamat), menolak tafsir muktabar dan melakukan pelbagai kerja lagi   .Akhirnya Islam jadi rojak.  Adakah golongan ini merupakan salah satu daripadany?.Ana pun termenung memikirkannya. Takut-takut jawapannya "Ya".  

Surtahman Kastin Hassan


MR : Ada 4 sifat munafik yang boleh dilihat dengan jelas untuk kita mengukur sifat sebenar golongan munafik dalam politik Malaysia....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. ramai ostad2 yang kononnya alim rupa2nya tidak seperti disangka. lepas tahun 2015 baru kenal siapa mereka.

    BalasPadam