Header Ads

ads header

Flash News

Mohamad Hassan ucap terima kasih pada PAS


Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan menzahirkan ucapan terima kasih kepada PAS atas persefahaman, khususnya apabila parti itu tidak meletakkan calon dalam persaingan BN menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil kali ini, lapor media tempatan.

"Saya selaku timbalan presiden Umno dan pengarah jentera PRK BN di Sungai Kandis secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana telah memberikan suatu persefahaman dengan tidak meletakkan calon parti itu di Sungai Kandis.

"Bukan setakat tidak meletakkan calon, para pemimpin PAS sudah turun padang dan berkempen kepada pengikut-pengikut parti itu supaya tidak menyokong HARAPAN dalam PRK ini," kata Mohamad Hassan dipetik wawancara Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga berharap titik persamaan dua parti itu dalam PRK Sungai Kandis akan dapat disambung untuk menjalin kerjasama.

"Jadi, saya amat berharap supaya titik persamaan yang diterjemahkan semasa PRK Sungai Kandis dapat disambung dan diperkasakan untuk jalinan kerjasama antara dua parti Melayu terbesar di negara ini," katanya.


HARAPAN kalah tak jadi 'kudis'

Menurut bekas menteri besar Negeri Sembilan lagi jika HARAPAN kalah dalam PRK kali ini ia tidak akan memberi kesan terhadap kedudukan pentadbiran pakatan itu di Selangor dan meskipun PKR menang besar dalam PRU14 lalu, Umno tetap berharap pengundi dapat buat pilihan rasional.
"Padahal kalau kalah pun tidak akan jadi 'kudis' pada Pakatan Harapan.

"Tak apa, kita 'langgar'. Kalah belum tentu, menang belum tahu. Saki-baki kempen dua hari ini diharap dapat meyakinkan orang ramai kepada BN," jelasnya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara rasminya menyeru penyokongnya keluar mengundi pada pilihan raya kecil Sungai Kandis 4 Ogos ini, tetapi menegaskan parti itu tidak akan menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN)dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya pemimpin PAS yang menghadiri program di kawasan Sungai Kandis tidak bercanggah dengan pendirian parti.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin dipetik berkata tiada arahan daripada parti itu kepada ahli dan penyokongnya yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Sabtu ini.


MR : PAS kena serius untuk membentuk satu barisan pembangkang yang mantap dan kuat....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


6 ulasan:

  1. Masalah jugak kn,kita tetap takut persepsi pas nak berbaik dgn umno, pas tidur sekatil dgn umno,pas nak u.g dgn umno.sampai kita tak nampak islam dan melayu d pijak2.dgn ayat2 ini cina ultra kiasu dan india ultra kiasu guna supaya islam dan melayu tak bersatu padu d malaysia.skrg apa jadi?ultra kiasu melampau batas, lgbt dh rasa macam suasana d amerika , murtad/atheist tunggu permohonan tukar agama d mahkamah.orang islam jgn macam mati pucuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malangnya barua-barua pakatan liberal-kafir harbi sibuk menfitnah PAS dan UMNO konon PAS ber'UG' dengan UMNO sedangkan apa yang berlaku sekarang ialah ialah parti kafir harbi DA-Pig sedang bersekedudukan di luar perkahwinan dengan parti mata satu (mata dajal @ iluminati?) , parti bunga dan parti kuali.

      Jika PAS dan UMNO benar-benar berkerjasama menentang pakatan liberal-kafir harbi, barua-barua dan pemimpin-pemimpin pakatan akan meroyan histeria kerana kaum Melayu Islam kembali bersatu padu bangkit menentang pakatan liberal-kafir harbi.

      Padam
  2. pas dan umno klu tak berkerjasama dah kira mcm berdosalah ni kerana membiarkan puak pakatan terus merobek2 kan islam di malaysia ni..

    BalasPadam
  3. Setuju kerjasama demi Islam & melayu

    BalasPadam
  4. Ssh jg klau pimpinan atasan pas ckp berlainan dan saling bercanggah.
    Ahli pas pon jd pening kpala, takot brtmbh buruk sangka.
    Patut semua pimpinan pas keluar knyataan yg sama la br nmpk pas ni ada umphhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju sebab dulu tok kita,ayah kita yg sokong pas benci sungguh dgn umno sebab yg ramai generasi muda la ni tak tau yg umno baru dr mahathir masa dulu cukup kejam penyokong pas.ada penyokong pas d bunuh,d siksa,d layan macam rakyat kelas kedua,d tukar ke hulu banat dan banyak lagi tindakan tak berperikemanusiaan ke atas ahli dan penyokong pas.zaman pak lah dh kurang kekerasan umno ke atas pas.zaman najib umno lebih terbuka utk dgr cakap pas dalam hal islam.ini fakta,jgn sebab kita benci najib,kita cenderung utk berlaku tidak adil.

      Padam