Header Ads

ads header

Flash News

Mat Sabu Memberi Amaran Kepada Tukang Sebar Fitnah, Biar Betul


Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah dirinya berhubung tugasnya di Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata, dirinya tidak boleh menerima sekiranya ada fitnah atau berunsurkan fitnah dilemparkan kepadanya.


Saya sangat setuju dengan Mat Sabu, Presiden parti AMANAH ini. Islam sangat melarang fitnah kerana fitnah boleh merosakan kedudukan seseorang, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Hanya saya musykil sahaja. Adakah apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu ini betul-betul serius atau sekadar cakap politik untuk berdalih dalam isu yang menimpa dirinya?

Mari kita renungi beberapa peristiwa yang berlaku.


Pertama kes khalwat Mohamad Sabu yang berlaku di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Di pihak PAS, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah, tetapi pada 21 Februari 1995, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambil tanggungjawab dalam isu ini.

Bahkan, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan.

Kes ini kemudiannya disebut dalam Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 21 Februari 1995, sebelum didengar oleh Kadi Besar Kelantan, Dato’ Daud Mohamad pada 25-28 Mac 1995.

Dalam penghakimannya pada 4-6 April 1995, Kadi Besar Kelantan itu telah membebaskan Mat Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan ketegangan saksi. Masalah teknikal berkenaan percanggahan nombor bilik.


Yang kedua isu agar besar ialah tersebarnya gambar Mat Sabu dengan Zaza G-String oleh 3 orang dikatakan ahli parti AMANAH.

Pada 4 Mei 2018 Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menyatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga lelaki yang menuduhnya melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, tarikh dan masa untuk beliau yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Kota Raja memfailkan kes berkenaan di mahkamah menimbulkan tanda tanya kerana belum membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan.

Timbalan Setiausaha Agung AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, beliau dimaklumkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu terbabit. 


3 orang kuat parti AMANAH yang membela sebaran gambar dan video Mat Sabu sebelum PRU-14 baru-baru ini diam membisu. Laporan polis tidak ada malah saman yang diperkataan hanya untuk KENCING pengikut parti AMANAH sahaja.

Haji Hassan Omar menulis dalam blogsnya supaya Mat Sabu saman Razali Abdul Rahman
merupakan bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng. Juga Pegawai Tugas-tugas Khas LGE. Dia juga merupakan bekas Ketua Organisasi DAP Bahagian Jelutong. (sila rujuk di sini)

Daripada petikan artikel Haji Hassan, Razali membuat tuduhan kepada Mohamad Sabu;

1. Seorang yang hipokrit dengan Islam. Dia bermuka-muka dengan agama dihadapan orang ramai.
2. Mohamad Sabu juga menyokong agenda kritianisasi DAP
3. Mohamad Sabu seorang perasuah (rasuah 1 juta)
4. Mohamad Sabu mengamal politik menghalalkan cara.



Malangnya sampai hari ini, bila PAKATAN HARAPAN sudah berkuasa isu yang dibangkitkan oleh Razali Abdul Rahman diam begitu sahaja. Mana maruah diri Mat Sabu. Mat maruah diri parti AMANAH?

Yang saya pelik Dr Asri, Dr Daniel, Dr Rozaime, Dr Zaharudddin dan beberapa orang lagi cerdik pandai agama seolah-olah buta mata atas isu ini.

Pertubuhan IKRAM yang menjadi pengerak utama parti AMANAH juga sama membisu tuli dalam isu rasuah, seks dan pengkhianatan perjuangan agama. Apakah mereka sibuk membahagi "harta ghanimah" sehingga hilang jati diri Islam dalam diri mereka membiarkan perkara yang mengaibkan berlaku dalam parti mereka?

Saya cukup kesian dengan penggerak IKRAM di kawasan-kawasan yang bekerja keras untuk pertubuhan ini sedangkan pimpinan atas hanya melihat keduniaan melebih perjuangan.
 





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :



7 ulasan:

  1. Memang sah Jibin terlibat isu 1 mdb kerana sampai kini Jibin tidak menyaman Penyamun Haprak (PHk) apabila PHk menuduh Jibin menggelapkan wang 1mdb.

    Dalam konteks sama, adalah sah yang PHk melakukan banyak perkara seperti yang dituduh oleh ahli atau pihak lawan apabila PHk tidak mengambil tindakan saman terhadap penuduh.

    Paling klishe ialah pendedahan IRI bahawa atas usaha IRI lah PHk dapat menumbangkan gergasi BN1.0, tapi sampai detik ini tiada saman dihantar pada IRI.

    Bila IRI tidak dapat surat saman, otomatik tuduhan IRI adalah benar iaitu PHk memenangi kerusi penyamun setelah ditolong oleh IRI. Ini satu pengkhianatan.

    BalasPadam
  2. saper mat sabun? tukang masak kee?

    BalasPadam
  3. Mike Selfie Amoi memberi amaran kepada pihak yang cuba memfitnah dirinya tetapi pada masa yang sama barua-barua @ cybertrooper @ tentera kacang merah (RBA) ternakan pandap pula sibuk mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan menghasut rakyat membenci PAS sejak sebelum PRU14 lagi hingga sekarang.

    Adilkah amaran Mike Selfie Amoi ini? Sepatutnya Mike Selfie Amoi dan barua-barua pandap melihat cermin dulu sebelum menuduh orang lain cuba menfitnah Mike Selfie Amoi !

    BalasPadam
  4. Cian Tuntantin... sudahlah di fitnah sebagai Mahakarut, ditambah pula gelaran 'bapa pelungkup negara'. Oleh siapa. TST.

    BalasPadam
  5. lupake masa kamu jadi pembakang dulu macam macam kamu kata kan kat mahatir nampak sangat kebencian atas mahatir .semua yg kamu katakan dulu fitnah ke atau yg benar muhasabarlah che mat

    BalasPadam
  6. SPRM siasat orang kuat Mat Sabu susulan 'bantuan RM800k'

    https://www.malaysiakini.com/news/438873

    BalasPadam
  7. Sudah jadi Menteri lalu zaman fitnah dia sudah tammat.

    BalasPadam