Header Ads

ads header

Flash News

Mana simbol dan logo Harapan?


Semua orang tahu PRK Sg Kandis yang keputusan akan diketahui tak lama lagi setelah masa mengundi sudah tamat. PKR masih menggunakan logo PKR sedangkan logo HARAPAN dah lulus dengan bangganya diumumkan oleh Mahathir sendiri.

Semua orang tahu keputusan Sg Kandis tidak akan mengunggat kedudukan Pakatan Harapan tapi malangnya PKR masih nak guna logonya kononnya orang tak biasa dengan logo baru, alasan sangat dangkal. Bukan itu sahaja PKR seolah-olah tak percaya kepada logo HARAPAN. Malah bukan itu sahaja setiap poster dan banner calon PKR Zawawi tidak terpapar pun HARAPAN.





Malah banner dan poster hanya menulis dan mencatat undilah keadilan dan menepikan sama sekali PAKATAN HARAPAN.

Pakatan Harapan nampak macam bersatu teguh tetapi masih-masih ada pisau dibelakang akan menikam antara satu sama lain. Tak hairan baimana video audio Anwar boleh keluar kerana pakar video dan audio yang 'dipelihara' oleh Mahathir masih gagah bersama Mahathir.

Kini DAP cuba membetulkan perkara ini. Soalnya adakah DAP akan guna logo PKR atau logo HARAPAN?

Kita lihat permainan dalam Pakatan Harapan.

Anda boleh baca berita Malaysiakini ini untuk pencerahan isu.

DAP mengesahkan parti itu tidak akan menggunakan logo roketnya dalam pilihan raya kecil (PRK) di Balakong.

Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) dua hari lalu memutuskan parti komponen akan menggunakan logo HARAPAN dalam PRK kecil akan datang ini.

"Kita adalah HARAPAN dan kita mesti guna satu logo dengan sepenuh hati untuk menunjukkan perpaduan keempat-empat parti komponen," katanya.

Bagaimanapun, anggota parlimen Cheras itu berkata HARAPAN patut menggunakan logo bersama dalam pilihan raya akan datang.
"Saya fikir, bermula dari Balakong dan selepasnya, kita mesti menggunakan satu logo," katanya.

Logo DAP yang terdiri daripada warna merah, putih dan biru, direka oleh pengasas parti itu, yang juga bekas setiausaha agungnya, Goh Hock Guan.

Ia digunakan sejak pilihan raya umum (PRU) 1969.

Logo DAP itu kali terakhir digunakan semasa PRU14 pada 9 Mei lalu tetapi hanya di Sarawak.

Di Sabah dan Semenanjung, DAP seperti parti komponen HARAPAN lain menggunakan logo PKR.

HARAPAN tidak boleh menggunakan logonya semasa PRU14 kerana tidak didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada masa itu.

RoS meluluskan pendaftaran HARAPAN pada 16 Mei, iaitu kira-kira seminggu selepas PRU.

Malam tadi, naib presiden PKR Xavier Jayakumar berkata PRK Sungai Kandis hari ini merupakan kali terakhir parti komponen HARAPAN akan menggunakan logo PKR dalam pilihan raya.




MR : PH macam si suami terluka dimuka kena cakar kuku....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


1 ulasan: