Header Ads

ads header

Flash News

Gali Kubur dan Rogol Mayat Wanita Islam


Putrajaya: Ajay Singh Bisht seorang sami Hindu yang juga dikenali sebagai Yogi Adityanath merangkap Menteri Besar Uttar Pradesh, dituduh sebagai dalang yang menyebarkan kebencian terhadap umat Islam. Menteri Besar kepada negeri yang mempunyai lebih 200 juta penduduk itu sering dilihat membuat provokasi kepada penyokongnya untuk menentang dan menindas umat Islam di negara itu.

Yogi Adityanath juga telah diberi gelaran ‘Sami Militan’ kerana hasutan-hasutan yang dibuat ke atas penduduk bukan Hindu di India.

Pada tahun 2014, Adityanath telah menghasut penyokongnya untuk menghindukan wanita-wanita Muslim sekiranya terdapat wanita Hindu yang diislamkan. Pada tahun 2015 pula, Adityanath dalam satu ceramah berkata, jika diberi peluang, beliau akan meletakkan patung tuhan-tuhan Hindu dalam setiap masjid.

“Jika (orang Islam) mengambil (mengislamkan) seorang perempuan Hindu, kami akan mengambil (menghindukan) 100 perempuan Muslim,” tegas Adityanath.

Sebelum itu pula, seorang penyokong Adityanath yang berkongsi pentas dengan beliau berikrar untuk mengubah setiap masjid yang ada untuk menjadi kuil serta mengubah laungan azan kepada laungan “Har Har Mahadev” dari masjid.

Penyokong-penyokong Yogi Adityanath, juga mendesak tuntutan untuk menggali kubur-kubur wanita Islam dan merogol mayat mereka. Adityanath yang juga merupakan seorang ahli parti nasionalis Hindu iaitu Bharatiya Janata Party (BJP) telah dikritik ramai kerana telah menyukarkan kehidupan penganut-penganut Islam di India.

Apabila disorot semula tragedi pada tahun 1992, lebih 2,000 nyawa yang tidak bersalah telah menjadi mangsa korban pelampau Hindu yang menyaksikan Masjid Babri di Ayodhya dirobohkan oleh sekumpulan pelampau Hindu yang juga terdiri daripada ahli-ahli parti nasionalis Hindu, BJP.

Tahun ini genap 25 tahun semenjak BJP, sebuah parti ekstremis Hindu, berjanji untuk membina Kuil Dewa Rama di tapak masjid yang telah dirobohkan itu. Menurut akhbar Washington Post, Adityanath merupakan ‘senjata’ terakhir Narendra Modi untuk melaksanakan hegemoni Hindu di India.

Sumber : Menara

MR :
Umat Islam diserata dunia kini ditindas dan diancam tapi malang ada umat Islam di negara kita boleh leka dan lalai....



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:

  1. tu iblis dari india pengikutnya ramasamy dari pp

    BalasPadam
  2. KERAjaan hindu dan puak pelampau Hindu sedang menindas dan membunuh umaT Islam di India dan Kashmir. Malangnya sebilangan Melayu jahil murakkab pula menyokong dan mengundi calon-calon hindu yang menjadi pemimpin-pemimpin dalam parti ultra kiasu roket.

    Apabila calon-calon roket ini menang, mereka menjadi sombong dan bongkak menghina agama Islam dan umat Islam di negara ini dengan :

    (1) mendakwa negara ini mereka punya dan kaum Melayu adalah pendatang.

    (2) menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan pendakwah Islam antarabangsa yang terkenal Dr Zakir Naik dan menghasut orang ramai membenci dan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini supaya program dakwah Islam boleh dihapuskan sedangkan tokoh DA-Pig itu sendiri adalah ahli @ penyokong pertubuhan pengganas HIndu LTTE.

    (3) Waydafuck pemimpin hypocriticaldraf juga telah melakukan seperti no (3) di atas.

    (4) Dll

    Kasihan sebilangan kaum Melayu Islam masih sedang tidur dan dibuai mimpi.

    BalasPadam
  3. Hitler adalah insan yang menurut sejarahnya adalah insan paling giler terhadap manusia yang tidak sama bangsa. Hitler sudah tiada, ingatkan kegileran terhenti di situ. Ingatan tadi kini meleset, ropa-ropanya ada insan lagi giler dari Hitler: bukan kerana berlainan bangsa, bangsanya sama, tetapi kerana berlainan agama saja. Cumanya apakah terminologi yang sesuai untuk kegileran ini? Xenophobic? atau???

    BalasPadam