Header Ads

ads header

Flash News

Buang Semangat Kecinaan Dulu Sebelum Buang Label 'Bumiputera' - Tai Zee Kin


Bumiputera, kepada yang bukan Bumiputera.

Ketika perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak 1400an).

Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini. Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh, Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai, berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.

Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?

Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah.

Dengan itu, satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan meminta kepada kerajaan ketika itu, British, untuk kewarganegaraan beramai-ramai, dengan mengambil kira sumbangan kami kepada pembangunan Malaya/ Persekutuan Tanah Melayu dan berjanji taat setia. (Zaman ketika itu, konsep "natif" / Native adalah senang : adakah anda keturunan nusantara/warga Asal (melayu, jawa, sakai, jakun) atau bukan keturunan nusantara.

British telah bersedia untuk mengiktiraf kewarganegaraan kepada orang Cina melalui Malayan Union Charter (piagam), yang mana membawa kepada 1) negeri-negeri Selat 2) Negeri-negeri Bersekutu dan 3) Negeri-negeri tidak Bersekutu untuk tertakluk di bawah Tanah Jajahan Mahkota. (Crown Colonies)

UMNO kemudian ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. Suka atau tidak, mereka tidak bersedia untuk membenarkan penjajah British ini untuk memberikan kerakyatan secara beramai-ramai kepada imigran yang tidak berintegrasi/ mengasimilasi kepada budaya mereka (Saya gunakan perkataan "mereka" untuk merujuk kepada keturunan Nusantara - melayu, jawa, etc, kerana ketika itu perbezaan antara kaum sangat ketara, tiada cina yang boleh bertutur bahasa Melayu).

British mengaku kalah akibat tekanan dari UMNO. Begitu juga dengan kaum Cina. Tunku ditugaskan untuk mencari jalan tengah untuk memastikan kompromi antara orang keturunan Nusantara (melayu) & imigran dari Cina dan India ini.

Jalan penyelesaian, yang meyakinkan orang Melayu tempatan untuk megizinkan kewarganegaraan secara beramai-ramai untuk generasi pertama dan kedua orang Cina ini adalah, dengan syarat mereka diberi layanan "istimewa", maka Suruhanjaya Reid menggubal 'kedudukan istimewa' orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Orang Cina ketika itu bersetuju dan melaungkan sokongan dengan konsep ini

Ayah saya bertanya kepada saya, bila sebenarnya hakikat dan akibat dari tolak ansur/kompromi ini berakhir?

Saya beranggapan faktor UTAMA kepada perkara ini disebabkan pengekalan "kecinaan" dari datuk nenek kita. Mereka memulakan sekolah cina, mendesak untuk menggunakan bahasa Cina, menjalani gaya hidup orang Cina. Pendek kata, membina sebuah lagi wilayah Cina di luar negara China.

Mengajar nilai-nilai Cina, membaca buku dari negara China (sebelum revolusi budaya) dan sebagainya. Tiada usaha daripada kaum cina untuk integrasi dengan keturunan Nusantara/Melayu pada ketika itu. Ini menyebabkan ketidakpuasan hati, yang terus menjadi faktor UTAMA yang membawa kepada idea 'bumiputera'.

Sekiranya anda mengkaji dengan teliti konsep Bumiputera, anda akan sedar bahawa tidak banyak mengenai 'mempertahankan kepentingan orang asal (Melayu)'. Ideologi dan falsafahnya melibatan 2 aspek utama.

Pertama sekali untuk membendung 'Kecinaan'. Saudagar Cina dahulu kala amat rapat dengan penguasa British. Kita ada Nyonya Peranakan dulu-dulu yang memakai kerongsang bergambaran Queen Victoria sebagai tanda setia kepada kerajaan British (rujuk kepada Museum Peranakan Singapura). Kita juga ada dewan perniagaan Cina yang mempunyai Patron Inggeris. Ini menunjukkan bahawa, selain kawalan asing terhadap ekonomi kita, orang Cina mengawal hampir 70% daripada apa yang tinggal (Profesor Shamsul Amri berkata, dalam 50-60%).

Pendek kata, Warga keturunan Nusantara/Melayu tiada kuasa ekonomi langsung. Pada pandangan mereka, sekiranya imigran-imigran ini memegang tampuk kuasa ekonomi, cuba untuk melebarkan kuasa politik, akan sekaligus menghakis "kewujudan" mereka. Anda tidak boleh menyalahkan mereka jika mempunyai pandangan sedimikian. Ia merupakan satu sentimen yang amat ketara dan biasa dalam kalangan kebanyakan dari mereka masa itu. Disebabkan itulah mereka memerlukan satu jaminan sekiranya mereka bersetuju memberi kerakyatan secara beramai-ramai kepada golongan imigran.

Aspek kedua, adalah perasaan "tidak selamat" dengan lambakan imigran Cina dan India. Terdapat kerisauan terhadap mereka yang tidak mahu mengintegrasi/ mengasimilasikan budaya mereka dengan budaya tempatan, andai mereka bersatu menentang warga Nusantara/warga asal. Perasaan sebeginilah yang mencegah warga nusantara/Melayu dahulu daripada bersetuju untuk mengiktiraf kerakyatan generasi imigran tadi.

Dengan 2 perkara ini, Tunku harus mengorak langkah. Beliau harus membuat keputusan sama ada; menolak permintaan kerakyatan secara beramai ramai orang Cina dan India, mendesak mereka pulang ke negara asal secara berperingkat, atau pun mencari titik tolak ansur antara kedua-dua pihak.
Beliau kemudiannya, menasihati Suruhanjaya Reid untuk menggubal Kontrak/Perjanjian terbesar antara Warga Nusantara/Melayu/Warga asal & Imigran, yang dikenali sebagai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kontrak sosial).

Dengan pengenalan Perkara 153, warga Nusantara/asal berasa mereka boleh lega hati atas aspek kerisauan sebelum ini, iaitu serangan "Kecinaan" dan "rasa tidak selamat" seperti yang dinyata di atas. Kedudukan mereka tidak akan tergugat oleh orang imigran, tidak secara ekonominya mahupun pendidikan, kerana terjamin oleh perlembagaan.

Nenek moyang kami (Cina), yang awal-awal dulu hanyalah imigran (pendatang) generasi pertama, sangat gembira dengan tolak ansur ini sebagai pertukaran kepada taraf kerakyatan secara beramai-ramai .

Ianya hampir mustahil bagi sebuah negara dengan penduduk asal yang berkongsi budaya dan gaya hidup yang agak sama, untuk memberi kerakyatan secara beramai ramai kepada pendatang yang langsung tidak berkongsi persamaan dengan budaya mereka. Asalnya orang Cina dan India tidak mahu asimilasi dan integrasi budaya, tetapi menuntut kerakyatan secara beramai-ramai. Wajarlah warga Nusantara/Melayu/warga asal menentang perkara itu. Orang Cina dan India kemudian sedar ianya berbaloi untuk bersetuju dengan perjanjian itu, memandangan mereka tiada tempat lain ingin dituju.

Atau, senario kedua, mereka kekal sebagai penduduk tetap (PR) sahaja, dan tidak mendapat kerakyatan dari orang Melayu. Sudah tentu, ianya bukan idea yang baik. Mereka menginginkan KERAKYATAN.

Bayangkan, generasi kedua/ ketiga orang Bangladesh atau Nepal atau Indonesia, yang membentuk 6-9 juta populasi Malaysia kini, menuntut hak kerakyatan secara beramai-ramai di Malaysia. Ia termasuklah kelebihan tertentu, dana, pendidikan, penjagaan kesihatan dan juga HAK UNTUK MENGUNDI.

Mereka boleh saja mengungkit bahawa mereka membayar cukai, menyumbang kepada negara, membantu perkembangan ekonomi. Mereka boleh menuntut bahawa mereka dilahirkan di Malaysia dan menginginkan kerakyatan. Perlu diingat, bukan seorang dua, tapi 6-9 juta KERAKYATAN BERAMAI-RAMAI.

Apakah anda mampu memberikan taraf kerakyatan Beramai-ramai sebanyak 9 000 000 kepada mereka?

Begitulah, Warga Nusantara/Melayu/asal berpuas hati dengan pemberian kerakyatan secara beramai-ramai dahulu kepada imigran Cina dan India, selagi kedudukan mereka terjamin dalam pendidikan dan ekonomi dan sebagainya seperti tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana dengan anda? Letakkan diri anda dalam keadaan ini.

Untuk menjawab soalan bapa saya, bilakah konsep BUMIPUTERA akan berakhir? Saya menjawab, setelah aspek "Kecinaan" dan "perasaan tidak selamat" (Chineseness & insecurity) itu berhenti menghantui mereka.

Sehingga kini, semakin ramai warga Nusanstara/Melayu/Asal yang mempunyai titik persamaan dengan orang Cina dan bukan-Bumiputera. Sebab itulah anda lihat semakin ramai orang Melayu yang bersedia untuk menyerahkan status Bumiputera itu (bukan ramai, tetapi lebih ramai dari dahulukala).
Namun demikian, titik persamaan itu tidak cukup kuat. Lihat saja lelaki Cina yang ditumbuk di KFC, dia membuat sidang media. Lelaki ini, tidak boleh bercakap BAHASA MELAYU MAHUPUN INGGERIS. Dan saya boleh katakan kepada anda, terlalu ramai orang Cina yang sebegini di Malaysia. Begitu banyak orang Cina bandar duduk di PPR, tak boleh bercakap Melayu atau Inggeris. Kawan-kawan saya di Kedah juga begitu.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian. Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.

Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.
Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat.
Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.

Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, asimilasi dan berusaha mencari titik persamaan dengan orang Melayu, seperti kaum cina di negara lain (kecuali tanah besar cina, taiwan, HK dan singapore).

Malahan di kedai Mamak, Cina duduk dengan Cina, Melayu dengan Melayu. Hanya sesekali, dan jarang untuk melihat 3 bangsa Melayu Cina India bersama.

Tidak cukup!

Tidak cukup untuk memberitahu warga Nusantara/Melayu/asal yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.
Penyelesaian untuk Kontrak (Perkara 153) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas.

Sama ada:

1) Kita mengagungkan Kontrak tersebuat buat selama-lamanya, dan juga mengamalkan tabiat berunsurkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dalam aspek pendidikan dan ekonomi).

atau

2) Kita Mengintegrasi atau mengasimilasikan budaya kita dengan budaya warga Nusantara/melayu/asal..

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari lebih banyak titik persamaan dengan orang Melayu.
Tai Zee Kin

MR : Malangnya Dong Zong tamak kata seorang profesor Cina sendiri....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


10 ulasan:

  1. Pemimpin2 Melayu dulu hanya mahu kuasa; untuk itu, mereka sanggup jual maruah bangsa. Mereka tidak sanggup berperang, macam Tok Janggut dan lain2, untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu untuk orang Melayu. Setelah Merdeka, pemimpin2 Melayu terus menjual maruah untuk duit dan kuasa. Sekarang sudah terlewat, kuasa dipegang pendatang.
    Melayu jual Melayu!

    BalasPadam
  2. Beginilah. Tukar semua sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan.
    "Melayu"kan orang Cina dan India.
    Integrasikan mereka dalam masyarakat Melayu daripada kecil lagi.
    Habis cerita.

    BalasPadam
  3. Your arguments is flawed in many areas. You are using emotions and own understanding INSTEAD of actual facts to come to your conclusion.

    Please access the British archives before stating that Chinese are only 1-2 generations before Merdeka.
    Thousands of Chinese were in Malaya since 17th century.

    Also Melayu before Merdeka if you get your demographic right only comprised 25% of population. You cannot suddenly ask 75% to leave without harming the economy.
    Your example of current Bangladesh and foreigners is flawed on many aspects.
    For your info, our current Malaysian census of 2012 only placed Melayu at 50.4% of the population. Take out those Indonesia migrants absorbed as Malays, and it's still less than 50%.
    It's only shown above 66% after adding the 3 million Bumiputera Borneo ND we all know they are 80% Christians.

    So the notion that Chinese and Indians DO NOT deserve citizenship is flawed. In fact, it was of this very reason the British had to insist that Malaya cannot achieved independence unless this fact of the Melayu is minority that the other races received citizenship.
    Please read up before commenting.

    The Bumiputera of this land should be given to every RACE and not only Malays and Borneons because a lot of Chinese and Indians are more Bumiputera and prince of this land as compared to migrant Indonesians Shi are now Bumiputeras.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow now this idiot come and claim chinese and indian are more bumiputera?even before 17th century malaysia indonesia brunei singapura phillipines are count as one - nusantara.not chinatara or indiantara.why chinese always force people to accept their right?force to accept their own language,force to accept their own silibus etc.you guys the one that should adapt how to live in this country,not us.you the one that should learn the natinoal language of this country. Why always you chinese get the special treatment?always your about your chinese rights.how about our the malay islam?you guys so lucky to live in malaysia - the land of the malays and bumiputera.

      Padam
    2. It seems to me that 'delren' (deadbrain?) is so desperate that he or she (delren) shamelessly fabricate questionable, ridiculous, laughable and baseless allegations in order to justify his or her nonsensical lie that [Quote] a lot of Chinese and Indians are more Bumiputera and prince of this land[Unquote].

      He or she has failed to show us any concrete evidence but false allegations to support his ridiculous and nonsensical that [Quote] a lot of Chinese and Indians are more Bumiputera and prince of this land[Unquote.

      By contradicting and denying historical facts in order to deny the right of Malays as the rightful owner of Persekutuan Tanah Melayu ,delren's statement is known to be untrue and is used to mislead the readers into believing falsely that 'a lot of Chinese and Indians are more Bumiputera and prince of this land '.

      The Malays have been living in Malaysia and The Malay Archipelago ( Kepulauan Melayu/Nusantara) between mainland Indochina and Australia for 60,000 years according to USM (Universiti Sains Malaysia) genome research.

      According to the Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals of USM director of research Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin, mitochondrial DNA (mtDNA) data have proven that the Malay population in the Malay Archipelago has dated back over 60,000 years.

      “This fact is contrary to claims that the Malays are immigrants from China and Taiwan, whose population’s mtDNA data is dated about 10,000 years younger than ours,” she said.

      “The north to south migration claims is therefore not possible. The people from the Malay Archipelago, particularly Peninsula Malaysia, populated the islands of Southeast Asia and moved towards the north of the continent through Thailand, Indo China and mainland China,” she added.

      So where were the Chinese and Indian people etc ? The Chinese and Indian and other foreigners did not exist in Persekutuan Tanah Melayu while Malays have been living in Persekutuan Tanah Melayu and Malay Archipelago since 60,000 years ago.

      Very few Chinese and Indian had temporarily come to Persekutuan Tanah Melayu as traders, seafarer, miners etc before the Portuguese, Dutch and British came to this country so their presence was not significant due to their negligible number.

      So the Indian and Chinese people etc are 'pendatang' because they have just emigrated from India and China respectively recently either to escape poverty, famine, harsh rule, persecution or execution in India or China respectively or they were imported by the British to work in the mines and plantations.

      By refering to the official population statistics of Persekutuan Tanah Melayu @ Malaysia before, during and after independence, Malays and Muslims are always the majority and non-Malays and non-Muslims are always the minority. We can refer to www.cicred.org/Eng/Publications/pdf/c-c34.pdf to support this fact.

      Padam
    3. Continued ....

      The population as of February 2007 is 26.6 million consisting of 62% Malays, 24% Chinese, 8% Indians, with other minorities and indigenous peoples (Dept of Stats. Malaysia). (Reference: http://www.ciaworldfactbook.us/asia/malaysia.html )

      By constitutional definition, Malays are Muslims who practice Malay customs (adat) and culture so people Minangkabau, Bugis or Javanese origins etc can be classified "Malay" under constitutional definitions.

      Bumiputras totaling 68.8% of Malaysia's population as of 2017 are divided into Muslim Malays proper, who make up the majority of the Malaysian population at 54.66%; and other bumiputra, who make up 14.14% of the Malaysian population. (Reference:

      According to the Population and Housing Census 2010 figures, approximately 61.3 percent of the population practised Islam; 19.8 percent Buddhism; 9.2 percent Christianity; 6.3 percent Hinduism; and 1.3 percent practise Confucianism, Taoism and other traditional Chinese religions. (Reference: "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. p. 82. )

      So based on the facts above, the allegation that [Quote] a lot of Chinese and Indians are more Bumiputera and prince of this land[Unquote] is a false, ridiculous, nonsensical and laughable lie!

      Malays as the prince of this land are the rightful owner of Persekutuan Tanah Melayu @ Tanah Melayu ! Neither Chinese nor Indians are the prince of this land. That's is the undeniable historical fact ! Only idiotic ungrateful racists reject this historical fact.

      Padam
    4. Nak minta jadi bumiputra tapi masih terus guna BI bukan BM....

      Padam
  4. Jangan selalu abaikan Kadazan, Iban, dan bumiputra lain. Tak patut kaum lain seperti Cina dan India atau pun Melayu diminta mengasimilasi dengan Kadazan, Iban, dll juga. Lagi pun ramai anak Melayu belajar di Sekolah Cina juga. Demi kemajuan dan kesejahteraan negara, semua kaum harus menerima berbagai budaya masyarakat majmuk. Isu hak istimewa bumiputra ada kaitan dengan dayasaingan golongan bumiputra. Kalau nak pilih sistem meritokrasi yang benar, baik hapuskanlah amalan yang menyekat kemajuan. Kalau mahu senang-senang cari makan sebagai jaguh kampung, tak apalah.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah terima kasih tuan di atas maklumat ini..senario yg berlaku hari ini sebenarnya bukanlah sentimen perkauman yg ingin ditegakkan..kita seharusnya menegakkan tiang kenegaraan Malaysia
    bersifatnsatu hati dlm mngharungi pelbagai cabaran..apa yg berlaku hari ini adalah kesinambungan kerajaan yg ada tunduk kepada desakan untuk menghapuskan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara...kita seharusnya mencapai kesepakatan dalam mengekalkan bahasa kebangsaan..
    tetapi apa yg berlaku sebelum ini bahasa yg digunakan adalah jauh sekali..contohnya
    seorang lelaki melayu menggunakan bahasa melayu
    pasar dengan lenggok cina untuk berbicara untuk sesuatu keperluan ketika membeli barangan di kedai
    orang cina"" tauke, ini barang berapa harga"" apamacam mau kira ini barang""

    oenggunaan bahasa malaysia yg terangan salah dengan mnggunakan lenggok cina..sepatutnya kita menggunakan bahasa yang betul tanpa perlu mengajuk cara orang cina bercakap melayu..
    dengan ini secara tidak langsung semua bangsa mendekatkan diri dn menggunakan bahasa melayu yang betul dan dapat dipraktikkan selalu..

    bahasa menyatukan kita semua

    BalasPadam