Header Ads

ads header

Flash News

Badan pemikir Ideas beri amaran kuasa tak seimbang dengan Dr Mahathir dalam Khazanah


PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menyuarakan keraguan berhubung keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad.

Penyelaras Unit Demokrasi dan Tadbir Urus di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, kuasa “besar” perdana menteri mungkin menyebabkan ahli lembaga pengarah tidak berani membantah keputusan penting yang dibuatnya.

“Wujud ketidakseimbangan kuasa dengan adanya perdana menteri. Sebagai alternatif, mungkin seorang penjawat awam seperti wakil dari Jabatan Perdana Menteri boleh berada dalam lembaga pengarah.”

Semalam, Dr Mahathir mempertahankan pelantikannya sebagai pengerusi Khazanah dengan berkata, ia adalah tanggungjawabnya untuk mengembalikan dana kekayaan negara itu kembali ke landasan betul.

Tetapi, Aira berkata, semak dan imbang Parlimen untuk badan seperti Khazanah akan memastikan ketelusan dan akauntabiliti di tahap tinggi.

Beliau memberi contoh dana pencen kerajaan Norway yang dikenali sebagai “Dana Minyak” dan diuruskan Kementerian Kewangan yang perlu bertanggungjawab kepada Parlimen Norway.

“Di bawah Dana Minyak, semua orang boleh melihat dan meneliti setiap pelaburannya di laman webnya.

“Semuanya didedahkan, seperti mandat yang diberikan selaku dana untuk kepentingan rakyat Norway. Malaysia patut cuba mencontohinya.”

Pensyarah Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez bagaimanapun berkata, kebiasaannya, menteri kewangan dan perdana menteri perlu menganggotai lembaga pengarah Khazanah.

Pakar mengenai politik dan korporat Malaysia itu menyifatkan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah adalah janggal, tetapi “tidak salah sama sekali” kerana Khazanah berurusan dengan perkara berkaitan ekonomi.

Katanya, Khazanah boleh dikeluarkan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan diletakkan dalam kementerian lain.

“Ketika ini, Khazanah masih di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Jika menteri kewangan tidak berada dalam lembaga pengarah Khazanah, kemungkinan besar beliau tidak tahu apa yang dilakukan lembaga pengarah Khazanah.”

Sebelum ini, Gomez membantah ahli politik mengetuai badan berkanun dan yarikat berkaitan kerajaan (GLC), kecuali mereka berbuat demikian dalam kapasiti menteri atau kerajaan.

Centre for a Better Tommorrow (Cenbet) berkata, walaupun ahli lembaga pengarah Khazanah yang baru adalah “orang berkaliber”, mereka tidak sepatutnya terdiri daripada ahli politik atau Kabinet kerana mereka akan terdedah kepada liabiliti yang boleh ditangani pemimpin korporat dengan cara lebih baik.

“Dana kekayaan negara patut dikendalikan seperti syarikat lain dan ini bermakna pertimbangan politik perlu dikecualikan daripada lembaga pengarah,” kata Cenbet dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya, jika ada tujuan politik khas untuk dana itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian misi untuk diketahui dan dilaksanakan pihak pengurusan, serta bertanggungjawab kepada rakyat.

“Dengan adanya profesional dalam lembaga pengarah, kerajaan boleh mengkritik lembaga pengarah jika berlaku salah urus.”

Katanya, demokrasi matang di seluruh dunia mengelakkan amalan melantik ahli politik menguruskan pelaburan dibiayai awam dan Malaysia perlu mengelakkan satu lagi kegagalan atau misi menyelamat disebabkan campur tangan politik.

“Ini juga sejajar pembaharuan institusi yang disokong kerajaan baru.”

Isnin lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelantikan 5 ahli lembaga pengarah baru, iaitu Dr Mahathir sebagai pengerusi, menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei lalu.

Azmin bersama ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh dan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.


MR : Politik matang mana-mana didunia tidak melantik ahli politik mengurus pelaburan tapi Mahathir buat apa yang selama ini BN buat. TAK ADA BEZA....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


5 ulasan:

  1. Badan pemikir apa ni tak boleh berfikir hal ni sebelum pru14?!takkan tak kenal sapa mahathir ni?takkan lupa anak2 sapa yg 'daddy-kasi' samapai kd billionair.mahathir yg bawa budaya kronisme,nepotisme,rasuah ni dan anwar ibrahim yg mwmpopularkan budaya2 ni.sembang kemas,nama nak gah IDEAS....ptuiihhh.

    BalasPadam
  2. Siapa dahulu kata "Absolute Power Corrupt" ????

    Siap cakap depan orang Cina dan India. Nak memalukan Melayu.

    Rapuji oh Rapuji.... pujilah banyak-banyak orang kapir tu.

    Lupa siapa yang hantar kamu ke luar negara dahulu.

    Kacang lupakan kulit.

    BalasPadam
  3. Pakatan liberal-kafir harbi adalah pakatan kepala bapak munafik @ hipokrit yang berpura-pura 'suci' di waktu pakatan menjadi pembangkang selalu berceramah pong pang pong pang mengutuk kerajaan UMNO BN konon mengamalkan nepotisme, kleptokrasi, kronisme, hedonisme dll.

    Semua putarbelit, penipuan dan u-turn pakatan jelas membuktikan pakatan adalah kepala bapak nepotisme, kleptokrasi, kronisme, hedonisme dll kerana KERAjaan meneruskan pelbagai projek UMNO BN dengan menambahkan kos projek-projek tersebut untuk membazirkan wang rakyat dan menguntungkan kroni pakatan.

    Harga minyak dunia sedang merundum tetapi harga minyak di negara kita tidak turun sejak pakatan penyamun berkuasa yang telah memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan kecuali UEC dll yang menjadi kepentingan kaum china dll.

    Sebaiknya sahaja pakatan memenangi PRU, pemimpin-pemimpin pakatan munafik liberal-kafir harbi telah menunjukkan sikap anti-Islam secara terbuka. KERAjaan pakatan menindas agama Islam dan menafikan hak umat Islam secara terbuka.

    Terdapat pemimpin DA-Pig yang telah bersikap biaDAP menghina kaum Melayu Islam dengan mendakwa kononnya kaum India memiliki negara ini dan kaum Melayu adalah pendatang. Dan seekor lagi pemimpin DA-Pig yang menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pengganas hindu LTTE telah menfitnah dan menghina Dr Zakir Naik dan menghasut orang ramai membenci pendakwah Islam yang terkenal tersebut.

    Pemimpin-pemimpin DA-Pig memusuhi Islam dan umat Islam sejak dahulu lagi tetapi sebilangan orang Melayu sanggup diperkudakan oleh DA-Pig untuk menentang Islam dan kaum Melayu sendiri. Merekalah pengkhianat yang sangat berbahaya kepada Islam dan umat Islam.

    Bahkan sebilangan aktivis pakatan telah mendewa-dewakan pengganas komunis PKM sebagai 'pejuang kemerdekaan' walaupun pengganas-pengganas komunis PKM telah merompak, menyiksa, merogol dan membunuh ramai orang Melayu yang tidak bersalah , membakar kampung Melayu dan memusnahkan negara ini ! Ini jelas menunjukkan betapa sesatnya mentaliti puak pakatan.

    Dan kita merasa dukacita melihat sebilangan pemimpin Melayu liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam berkerjasama dan bersekongkol dengan parti kafir harbi DA-Pig menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Ularmak dan ostad parti PANdir pula berdiam diri seperti syaitan bisu @ pasu bunga setiap kali pemimpin PANdir dan pemimpin DA-Pig menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Maka sesiapa sahaja yang menyokong dan mengundi pakatan munafik liberal-kafir harbi, mereka akan menanggung semua dosa KERAjaan pakatan setiap kali KERAjaan pakatan menindas dan menzalimi agama Islam dan umat Islam.

    Allah telah berfirman:

    "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan." (Hud 11:113)

    BalasPadam
  4. Terbaik ulasan 10.33.Moga membawa kesedaran kepada melayu islam yang telah terpedaya dengan fitnah kafir dap dan melayu munafiq.Bertaubat la dengan kembali bersama Pas dan Umno sama sama kita perjuangangkan Agama Islam dan bangsa melayu kita di TANAH MELAYU INI.

    BalasPadam
  5. Setuju dengan sahabat semua.
    Pakatan Harbi ini wajib dikalahkan. Sudah jelas bahawa menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengundi UMNO BN dan PAS. Ini perintah Allah dalam Al Quran.

    Pakatan Harbi akan kata bahawa PAS-UMNO menggunakan Al Quran untuk kepentingan politik.

    Ya betul ! Bukankah itu ajaran agama Islam. Kalau tak guna landasan Al Quran , kamu mahu guna apa lagi !

    Sedangkan memang jelas DAPig menggunakan kitab Evangelist untuk mendapatkan sokongan orang-orang kafir. Bible tidak menyokong LGBT tetapi kitab Evangelist dengan terjemahan semula kita bible , membenarkan amalan LGBT dan sodomy.

    Mereka menggelarkan Malaysia Baharu sebagai New Kingdom of God. Bacalah buku Hannah Yeoh. Tapi jangan beli. Baca aje kat kedai MPH. Koyakkan aje plastik luar tu. Baca sahaja . Kalau pekedai tanya, kata kita nak tahu apa yang dia tulis dan mahu dakwa dia ke mahkamah. Dan nak sedapkan hati pekedai beli sahaja buku lain. Kemudian baca balik.

    BalasPadam