Header Ads

ads header

Flash News

Azmin dedah PH dari awal cadang ‘royalti’ berdasarkan keuntungan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali digasak wakil rakyat pembangkang selepas dia mendedahkan Pakatan Harapan dari awal lagi mencadangkan pembayaran “royalti” 20% berdasarkan keuntungan selepas cukai.

Menteri hal ehwal ekonomi berkata PH sudah mengkaji kewajaran penambahan royalti itu berdasarkan “prinsip pengagihan lebih adil”.

“Mengikut kefahaman pimpinan ketika mengubal Buku Harapan ialah cadangan menambah jumlah royalti dari 5% kepada 20% berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan ahli majlis pimpinan PH itu menarik perhatian Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang bangun meminta Azmin membacakan kandungan Buku Harapan berkaitan kepada Dewan Rakyat.

“Dalam Buku Harapan jelas kita akan tambah jumlah royalti Petroleum kepada 20%,” kata Azmin selepas membacakan petikan berkenaan.

“Nak tafsir apa lagi? Bukan 20% campur 5%. Faham atau tidak?” kata Azmin cuba menepis serangan pembangkang.

Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pula menegur Azmin cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana takrif “royalti” bukan seperti yang PH cuba katakan sekarang ini.

Azmin cuba menolak tuduhan itu dengan berkata PH hanya menggunakan “istilah umum”.

“Takrif yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 tak sebut ‘royalti’ tapi ‘bayaran tunai’, tetapi istilah umum yang kita mudah faham ialah ‘royalti’.”

Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) dan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mencelah untuk mengingatkan Azmin bahawa perkara yang dipersoalkan ialah janji royalti PH dan bukan takrif dalam undang-undang.

“Dulu masa buat janji tak rujuk akta?” kata Noh Omar.

“Kelakuan yang cukup biadab! Semua biadab!” kata RSN Rayer (PH-Jelutong) tiba-tiba kepada pembangkang.

Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kemudian meminta wakil rakyat DAP itu menarik balik kata-katanya dan bertindak menutup mikrofon semua Ahli Parlimen bagi menenangkan Dewan Rakyat.

Azmin meneruskan ucapannya dan memaklumkan kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas Kabinet melibatkan wakil-wakil rakyat Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk mentafsir undang-undang berkaitan.


MR : Dalam bahasa mudah Amin menyatakan memang daripada awal lagi memang PH nak menipu rakyat untuk rais undi....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :


4 ulasan:

  1. kalau dah jenis penipu...celaka semua puok2 ph laknat ni

    BalasPadam
  2. Dulu pnyokong b.n d anggap bodoh buta tuli ,kalau tunggul kayu pun b.n akan menang. Skrg penyokong pakaturn lebih sikit daripada bengong makan nasi kangkang,lebih sikit je.kalau ada yg mempertahankan menteri2 pakaturn ni,ish memang teruk la woi.mana dia penyokong2 pakaturn yg bijak2 ni?takkan semua sokong pas?

    BalasPadam
  3. Woi pakatan malulah asyik u-turn sahaja untuk mengingkari janji pakatan sendiri. Nampaknya 'pakatan munafik' adalah gelaran yang sesuai untuk pakatan liberal-kafir harbi suka bercakap dan menulis putar belit.

    BalasPadam
  4. Wah pemimpin pakatan liberal-kafir harbi memaki hamun pembangkang apabila pemimpin-pemimpin pakatan gagal mematahkan hujah-hujah MP PAS dan UMNO. Nampaknya MP pakatan seolah-olah mahu menjadikan parlimen seperti sarkis !

    Inikah MP yang dipilih oleh pengundi pakatan untuk mewakili mereka dalam parlimen? Amat memalukan !

    BalasPadam