Header Ads

ads header

Flash News

Wang RM470 juta bukan dari 1MDB, kata Najib


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, wang berjumlah RM470 juta yang disalurkan kepada pelbagai entiti politik termasuk Umno bukan berpunca daripada 1MDB.

Malah, Najib juga menegaskan perkara itu masih disiasat pihak berkuasa.

"Ia masih tertakluk kepada siasatan. Tidak boleh dikatakan sebagai dana 1MDB.

"Sumber dana mesti ditetapkan dengan jelas. Biar perkara ini diserahkan kepada pihak penyiasat sebab kami tidak mahu mengganggu apa jua hasil siasatan," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan oleh pemberita sama ada RM470 juta yang didepositkan daripada akaunnya kepada 102 entiti politik termasuk Umno merupakan wang 1MDB.

Ditanya sama ada wang itu akan dikembalikan sekiranya ia merupakan wang 1MDB, Najib sekali lagi menafikannya.

"Ia bukan dana 1MDB kerana saya sedar dengan jelas ketika keluarkan kan cek, kami sangat-sangat jelas ia bukan datang dari 1MDB," tegas Najib.


MR : nampak perempok dengan pencuri main pusing-pusing. Rakyat juga 'terbodoh'....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. weii admin..mulut tu jaga main tuduh2 jer tanpa bukti merangkak esok kt padang mahsyar..nak jumpa DS Najib...

    BalasPadam