UEC adalah Api dalam sekam kata Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong
SEJARAH
Pada tahun 1975, Unified Examinantion Certificate (UEC) telah diwujudkan
oleh dua persatuan cina iaitu Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina
Malaysia ( Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina
Malaysia (Dong Zong). Berikutan daripada pelancaran UEC ini, kedua-dua
pemimpin daripada Jiao Zong dan Dong Zong telah dipanggil ke parlimen
oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu tidak lain dan tidak bukan
Perdana Menteri ke-7 kita, Tun Dr Mahathir sendiri.
Beliau meminta kedua-dua orang pemimpin tersebut untuk membatalkan pelaksanaan UEC. Ironinya, sudah 43 tahun UEC bersarang didalam aliran pendidikan di Malaysia dan menjadi satu isu yang tenggelam timbul. Sekali lagi isu UEC ini dibangkitkan apabila UEC ini menjadi salah satu daripada manifesto dalam PRU ke-14 kerajaan Malaysia yang baharu ini.

JIAO ZONG & DONG ZONG
Kedua-dua persatuan ini wujud pada tahun 1952 sebagai tindak balas
kepada Ordinan Pendidikan 1952. Ordinan ini mengangkat Laporan
Pendidikan Barnes. Barnes, seorang pegawai British diamanahkan untuk
mengetuai jawatankuasa pendidikan pada tahun 1950 untuk mengkaji tentang
pendidikan aliran melayu.
Antara saranan Barnes dalam laporan beliau yang diangkat oleh Ordinan Pendidikan 1952 ialah beliau meminta untuk sekolah vernakular melayu, cina dan india dihapuskan dan mewujudkan sekolah kebangsaan berasaskan satu aliran sahaja sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
Berikutan perkara ini, Jiao Zong dan Dong Zong mengambil langkah untuk mempromosikan pendidikan dalam aliran Bahasa Mandarin supaya setaraf dengan Bahasa Melayu. Kedua-dua pertubuhan ini telah bergabung dan menukar nama kepada Dong Jiao Zong.

UEC vs SISTEM PENDIDKAN KEBANGSAAN
Mereka yang memilih untuk meneruskan pendidikan di sekolah menengah
jenis kebangsaan cina yang menawarkan aliran UEC boleh disifatkan
sebagai taksub dengan bahasa cina/mandarin. Kerajaan memberi kelonggaran
pada peringkat pendidikan rendah untuk mereka yang ingin bersekolah di
sekolah jenis kebangsaan cina. Tetapi, selepas menyelesaikan pendidikan
di peringkat rendah, ada segolongan mereka yang tidak mahu untuk ke
sekolah menengah aliran kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah
persendirian cina yang menawarkan UEC walaupun sudah berada dalam aliran
vernakular peringkat rendah selama 6 tahun. Apakah sistem pendidikan
negara begitu rendah nilainya di mata golongan-golongan ini ?
KURIKULUM UEC
Kebanyakkan kurikulum atau sukatan pelajaran yang diaplikasikan dalam
aliran UEC diambil daripada sistem-sistem pendidikan dari Hong Kong,
Singapore dan China. Tidak dinafikan mereka juga menggunakan sedikit
daripada sistem kurikulum di Malaysia tetapi hanya sebahagian tertentu
yang dirasakan cukup sekadar untuk meraikan sistem pendidikan
kebangsaan. Apa yang penting disini ialah golongan ini tidak menggunakan
kurikulum kebangsaan sepenuhnya seperti mana yang dikehendaki oleh
kerajaan.
PENGIKTIRAFAN UEC
Sekiranya kerajaan baharu mengiktiraf UEC ini, perkara ini dilihat
sebagai satu ketidakadilan kepada mereka yang belajar menggunakan sistem
pendidikan kebangsaan terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang
berbangsa cina sendiri. Perkara utama yang dapat dilihat sekiranya UEC
diiktiraf ialah UEC ini akan merampas hak anak-anak cina yang setia
dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem kuota akan terjejas dan
pengiktirafan UEC akan membuka jalan mudah kepada golongan UEC ini untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
Golongan UEC ini yang tidak bersama dengan sistem bersama dengan sistem pendidikan seharusnya kekal dengan cara mereka yang sedia ada. Ramai lagi mereka yang terus setia dan yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan dan golongan inilah yang pelu dijaga oleh kerajaan. Pengiktirafan UEC dapat diumpamakan sebagai kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

UEC, MANIFESTO & SOLUSI
Pengiktirafan UEC seharusnya tidak boleh berada di dalam manifesto
kerajaan pakatan langsung. Sekiranya isu ini hanya digunakan hanya untuk
meraih kemenangan dalam PRU ke-14, ketahuilah kerajaan hanya menang
bersorak, kampung tergadai. Pengiktirafan UEC ini akan meyebabkan kita
tersasar daripada akta pendidikan kebangsaan itu sendiri yang
mengkehendaki bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
pendidikan.
Kerajaan terdahulu pernah menawarkan sistem UEC untuk berada sekali dengan sistem pendidikan negara tetapi tidak ramai yang ikut serta dan masih berdegil untuk terus tetap berada dalam aliran persendirian UEC. Golongan UEC ini tahu natijah dan akibat yang bakal ditempuh sekiranya mereka berada di luar sistem dan perkara inilah yang perlu mereka korbankan semenjak mereka memilih untuk bersendiri.
Tuntutan pengiktirafan UEC ini merupakan satu tuntutan yang mementingkan diri dan hanya ingin mengaut untung disepanjang jalan pendidikan di Malaysia. Konklusinya, UEC tiada tempat dalam aliran pendidikan di negara ini.

ABU DZAR AL-GHIFFARI BIN SYAKIRIN
INSPIRASI VARSITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=902124776638970&id=430665967118189
TEMUBUAL DENGAN Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=902124776638970&id=430665967118189
TEMUBUAL DENGAN Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong.
MR : Api yang dimainkan oleh pemain politik yang ada kepentingan diri dan kumpulan mereka tanpa mengira masa depan anak bangsa....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :

Pengiktirafan UEC akan jadi bukti yang kuat bahawa PH ini barua kafir Pakatan Harbi.
BalasPadamMaka ia akan mengukuhkan perpaduan orang Melayu untuk bergabung.
Pakatan telah memungkiri semua janji pakatan sendiri kecuali UEC dll yang memberi keuntungan kepada puak kafir.
BalasPadamNampaknya agenda pakatan ialah membela puak kafir (puak minoriti) dan menafikan hak umat Islam yang menjadi rakyat majoriti.
Tahniah kepada lembu-lembu yang menyokong pakatan.
Takpe kau iktiraf je la UEC ke apa binatang pun. Yg penting bila kerajaan Melayu Islam naik balik, siapkanlah anak2 kau utk terima padanya bila UEC ni di tarik balik pengiktirafannya. Penarikan balik dan pengharaman kekal sijil UEC ini wajib ada dalam manifesto GS/Pas utk pru15. Jangan harap utk Umno melakukannya sebab BN sendiri pun telah secara biadap berjanji dlm manifestonya nak iktiraf binatang haram ni. Insya Allah pejuang2 akademik dan bahasa melayu akan bersatu di belakang Pas kalau perkara ini disebut dalam manifesto Pas. Jangan takut pada golongan kafir munapek ni.
BalasPadam